Monday, September 03, 2018

Bulan Siapa ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:09:00 AM
Reactions: 



Jumaat, 9 Mac 2018
Hospital Slim River, Perak.

Kawasan kecemasan dipenuhi dengan tangis rintih, sedih sakit. Derap kaki para medik yang menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik dengan sedikit percikan peluh di dahi.Pelbagai reaksi terpancar. Sukar untuk gambarkan. Ada yang meraung kesakitan, ada yang terkulai lemah dengan berlumuran darah, ada juga ahli keluarga yang merintih sedih - tapi mereka punya satu pengharapan dan doa yang sama.

Namun, di satu sudut, termangu satu susuk yang diam membisu. 
Wajahnya suram, namun tiada pula tangis kedengaran.
Wajahnya pucat tak bermaya, tapi masih pula mampu duduk tegak.
Cuma kepalanya tunduk kebawah, kaki menguis-nguis di lantai.
Entah apa yang dia fikirkan.

Setelah beberapa seketika,
Dia bangun, menuju ke pondok berdekatan.
Ada pokok besar.
Ada bangku simen.
Dia duduk.
Dia dongak ke langit, biru.
Dia senyum.

Ini bulan aku,
Aku kena kuat,
Ini bulan aku,
Aku kena lawan,
Ini bulan aku,
Aku kena gembira.
Ini bulan aku.
Ini bulan aku !

Biar apa nak jadi,
Aku kena berdikari,
Biar apa nak jadi,
Aku bukan lemah lagi.

Ini bukan redha,
Aku cuma ikut rencana Dia,
Ini bukan pasrah,
Aku cuba betulkan semula.

Tapi, aku punya cara aku.
Aku nekad tak mahu lagi sakit
Aku nekad tak mahu lagi menghamba abdi
Aku nekad, aku bukan yang dulu lagi

Jangan cari aku,
Jangan cuba rungkaikan siapa aku

Biar aku dengan caraku
Biar aku kuat dengan semua ini

Kerna ini bulan aku.
Bulan aku yang baru !

Lalu dia bangun, menggenggam tangan umpama ada satu semangat baru. 
Dia toleh ke arah kawasan kecemasan tadi,
Memberi senyuman yang sinis sekali.

Mungkin dia sudah cukup sakit sebelum ini, jadi biarlah dia pergi.


0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea