Wednesday, October 27, 2010

Dedikasi Buat Sahabat

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:23:00 PM 5 kata-kata hebat !
Salam..entry yang penuh emosi..klik video ni..untuk lebih menghayati..:)


Kawan,teman..penting ke?yup..insan yang paling penting..entry ni khas buat sahabat yang dahulunya memang rapat dengan Kyra,totally rapat..tapi sekarang dah menjauh..kenapa..hanya sebab kata-kata seorang kawan yang cakap kami scandal..sebab tu je awak dah tak rapat dengan saya??

Awak..saya rindu kenangan kita..mungkin bagi awak..tak punya sebarang makna..tapi ianya paling bermakna dalam sejarah persahabatan saya..awak faham cara saya..tapi tu dulu..dan dah jadi kenangan..cepat betul awak berubah..saya ikhlas kawan dengan awak..

Awak..saya rasa macam nak tunjuk je balik msg awak dulu..awak cakap kita akan still keep msg walau apa pun..cuma kalau tak da kredit ja awak tak msg saya..tapi sekarang?tak da langsung msg dari awak..awak malu kawan dengan saya ke?Awak kawan dengan diorang..tapi awak tahu tak belakang awak diorang kutuk awak..saya nak bagitaw..tapi awak mesti tak percaya saya kan sebab awak dah memang kamcing dengan diorang..saya tahu..awak nak sembang dengan saya..tapi awak takut kan?tapi kenapa perlu rasa takut tu?

Awak..saya rindu nak mengadu kat awak..saya rindu nak cakap kat awak yang saya dah balik kampung dan rindu nak gaduh dengan awak jugak..

tak pelah awak..harapnya awak bahagia..gudluck dengan perjuangan hidup seterusnya!

-takmudahnakdapatsahabatyangbetulbetulsentiasabersamakita-
*terharu dengan post Anis >>Kotak Hati Erin..tq!!

terkilan,
kyraismera

Tuesday, October 26, 2010

Abu Kawen,Mak Senah Mati

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:27:00 PM 9 kata-kata hebat !


gambar tipu-tipu je..

Entry kali ni agak kurang asam garam gula dan juga lada..maap buat makcik-makcik jika terasa,andai kata kena batang hidung..ampun lah ye..


Senario : kawasan perkampungan : majlis kenduri

Ayu dengan penampilan voguenya hadir ke majlis perkahwinan sahabat lama,Abu.Niat di hati,dapat jumpa kawan-kawan lama.Dapat tengok Abu bersanding dengan suri hati.Wah..bestnya..

Situasi : Dapur Rumah Abu : Nak amik air mineral

Kyra : Eh Ayu,lama tak jumpa..amboi..vogue nya kau~!
Ayu : Biasa je la..Kyra,kacak beno Abu tu..padan dengan si Ct tu..
Kyra : Ha'a..selalu selekeh je mamat tu..hari ni..kalah Sheikh Muzappar (sambil tunding-tunding ke arah pelamin)
Mak Bedah : Amboi anak dara berdua ni..wangi beno..comel-comel..Dah tengok p
elamin Abu?
Ayu : tengah tengok la ni..cantik tema dia..kawen jugak si Abu tu ya..(gelak-gelak)
Kyra : Mak Bedah..pihak pengantin perempuan yang mana?
Mak Bedah : itu haa..yang baju hijau semua tu..Si Abu dah kawenn..Korang bila lagi nak kawen?tak teringin nak naik pelamin ke?Usia dah meningkat,tak kan nak jadi anak dara tua kot..
(Ayu,Kyra terus diam,terpaku,terpesona dengan kata-kata Mak Bedah..sungguh terpuk
au hingga hati sedikit membakar)

Adeh..pernah tak ditanya soalan macam tu?mesti pernah kan..soalan yang HOT sampai mati semua mood..tapiii.....ada sambungan dia..jengjengjeng..

Situasi : Suram : Rumah Mak Senah

gambar tipu-tipu je..

Mak Bedah : Mati sudah kawan
kita yang sorang tu..baru saja semalam sembang-sembang dengan aku..(sambil sapu air mata)
Mak Piah : Ye lah Bedah..Dalam sihat-sihat dia pergi tinggalkan kita..siapa sangka..
Kyra : Sabarlah makcik..dah sampai ajal Mak Senah..giliran dia..
Ayu : janganlah sedih..setiap yang hidup pasti merasa kematian..cuma tak tahu bila je..Mak Senah dah meninggal..turn Mak Bedah bila?
Mak Bedah : Turn aku?baca yassin ke Ayu?
Ayu : Turn ikut Mak Senah laa..teman Mak Senah..(terus blah)
(Mak Bedah,Mak Piah terus terpaku,terpesona dan terpukau dengan kata-kata Ayu yang memang tak bertamadun..hehe)

haha..itu baru kena buku dengan ruas..soalan bertemu jawapan..hehe..apa pun..hanyalah gurauan semata-mata..jangan aplikasikan pulak..:)hanya sekadar menilai kembali lumrah kehidupan..
*penggunaan bukan nama sebenar

sincerely,
kyraismera

Sunday, October 24, 2010

Cinta : Dua-dua sayang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:22:00 PM 8 kata-kata hebat !
Semua orang pernah bercinta.Semua orang tahu apa itu cinta.Tapi tak semua orang tahu menilai apa itu cinta dan ada jugak yang masih tak dapat bezakan antara sayang,suka dan cinta.

Betul ke cinta tu sesuatu yang payah?cinta tu bermasalah..*ayat orang tak bercinta plus baru putus cinta*

Cinta tu indah..cinta buat kita rasa gembira*ayat orang mabuk cinta*

Cinta ni..ntahla..perlu pengorbanan,perlu komitmen dan perlu tolak ansur*ayat orang blurr*

Ayat Kyra : cinta itu akan menghadapi masalah sekiranya cinta itu tak dipandu dengan kasih sayang,tidak diperbaiki dengan tolak ansur dan pemandunya laju malah terburu-buru.Tapi,cinta itu akan buat kita gembira jika dipandu dengan rasa hormat,rasa kasih sayang dan sambil layan siaran radio kepercayaan.

Dua-dua sayang : Macam mana nak buat pilihan?Si A sayang..Si B pun sayang,
Bila dengan A rindu B,bila dengan B rindu A..

macam mana nak bezakan?macam mana nak tahu pilihan hati kita..
*dialog on phone : de-rytpe,de-remember plus de-reka semula..hehe

Abu : Salam..sihat ke?dengar kata Migraine
Kyra : Tak berapa sihat la Bu..exam week sama kot..
Abu : orang ada masalah la kamu..(diam)
Kyra : masalah apa? kamu dengan ct ok?
Abu : Ct ok..Mira pun ok..
Kyra : hah??Mira??sapa plak dahh
Abu : haha..kamu ni suka buat lawak..
(maka berceritalah Abu tentang Mira dari A-Z sambung pulak sampai 1-10)

Kyra : ouhh..macam tu ke..so tak perang?
Abu : ntah..diorang tu baik je..payah betul..
Kyra : so sebenarnya apa masalah?*minah blurr
Abu : Ct ajak orang bertunang..orang buntu..dua -dua orang sayang..
Kyra : haha..makan nasi minyak la nanti nieyh..Buat la solat hajat..jgn jumpa buat seketika..pilih betul-betul..
Abu : oh..ok byep~!
Kyra : hah?dah nak letak..cepat tol..nak g mana?
Abu : orang nak buat apa yang kamu suruh tu la..
Kyra : (gelak)
Abu : agak-agak kalau payah sangat orang tunang dengan kamu jela..(klik~!talian di matikan)
Kyra : Gulp~!!aku??cis~!

So kalau korang la kan..korang buat macam mana?pilih yang mana?
*penggunaan bukan nama sebenar*

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea