Wednesday, November 30, 2011

Rules and Regulations

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:22:00 PM 6 kata-kata hebat !
Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day

‘’bang tolong bang,jangan pukul saya bang’’

‘’baru sekarang kau nak merayu JANGAN ! tadi aku mintak elok-elok,bukan main kau berdrama hebat ! nah rasakan’’

Hayunan buku lima tepat di mata kanan.Peritnya terasa hingga ke saraf.
Tendangan sulung jatuh tepat di ulu hatinya.Senak menyelubungi.
Mata sepet itu semakin layu.Kesakitan di badan kian merenggut.

Gelakkan galak masih lagi kedengaran,namun sudah sayup-sayup diawangan.
Akhirnya mata menyerah kalah.Lantas terkatup.Badan jatuh rebah.

“wey,sudah ! sudah ! terkulai dah si Adi ni ! kau nak bunuh dia ke Darius ?”
“ biar dia mampus ! baru dia tau langit tinggi ke rendah ! bukan aku mintak duit banyak pon..aku mintak yang mana ada dalam poket dia tu ! bapak kaya,anak kedekut ! puuihh !”

Cecair putih yang punya buih-buih kecil melekat di baju dan muka Adi,ludah.

Namun itu masih belum buat dia bermaya untuk membuka mata.apatah lagi bangun berdiri.

Dia Adi,Adi Muzalman b Adam Muzalman.

Ayahnya seorang pengusaha besar. Punya bisnes pelusuk negeri. Punya syarikat yang gah sedang membangun.

Namun dia ?

Dia hanyalah Adi yang biasa,Adi yang pendiam.Adi yang suka menyendiri dan seorang pemerhati yang baik. Oh ya tak lupa. Adi senang dibuli.

Dibuli ? membuli ?

Apa bezanya ? tetap BULI di hujungnya bukan ?

Adi mendengus perlahan. Mata kanannya masih lagi bengkak , senak di ulu hati masih lagi terasa sakitnya. Namun dia masih mampu tersenyum.

Baginya dia punya prinsip.
  1. Jangan melawan bila dibuli
  2. Jangan melayan sekiranya disendawa
  3. Jangan sesekali memberi wang kepada pembuli
  4. Jangan.
  5. Jangan..dan
  6. Jangan

Ahh ! prinsip bodoh. Prinsip yang memakan diri. Itu bukan untuk kebaikan,itu lebih kepada keburukan.

“ Itu bukannya berdisiplin sekiranya kau tak langgar prinsip bodoh kau tu ! itu memperbodohkan diri ! sanggup kau kena buli saban hari dengan Darius tu ? sampai bila Adi ? sampai bila ? ”

Arissa mula membebel. Tergesa- gesa dia selepas mendapat panggilan telefon dari guru disiplin sekolah. Katanya Adi ditemui pengsan di dalam tandas. Bila disoal puncanya,Adi hanya diam membisu.

Hanya Arissa yang mengetahui segalanya. Arissa seumpama diari harian Adi. Apa yang berlaku pasti dia akan ceritakan.

Adi orangnya bijak.Cuma dia sedikit dumbass. Terlalu berpegang kepada prinsipnya.

Entah mengapa,antara banyak-banyak undang-undang kehidupan. Undang-undang itu juga yang dipilih sebagai prinsipnya. Bila disoal mengapa, dia hanya menjawab ‘sekadar ingin mengetahui apa itu dunia’

Lame excuse.

“Adi Muzalman”
“ya akak”

“Rules and regulations,force you to play it safe and now get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day”

Ditinggalkan Adi dengan kata-kata tersebut. Arissa sudah malas untuk menasihati. Adi sudah dewasa. Pandai untuk membuat keputusan,pandai untuk mengubah diri

Dan akhirnya. Hari ini. Adi yang baru. Adi yang sudah Berjaya. Adi yang tidak lagi hidup dalam pegangan prinsip bodoh.

Terima kasih kakak.

Tuesday, November 29, 2011

Sketsa kehidupan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:20:00 PM 5 kata-kata hebat !


You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?


matanya masih lagi melihat ke luar.masih lagi mengharap satu kelibat yang mungkin tidak akan tiba.pada kelibat itu dia bergantung nasib,bersandar harapan.kakinya dilunjurkan ke hadapan.minyak gamat di capai lantas penutup merah di buka.

titisan demi titisan minyak gamat jatuh dikaki mudanya.seperti air matanya yang jatuh menghentak lantai.diusap perlahan kakinya.kakinya yang dulu gah kemana saja.kini kaku di sisi katil.

rumah kotak itu menjadi tempat dia berlindung hujan panas.sekilas dia mendongak ke atas.ternampak sedikit lubang di hujungnya.tanda atap bocor.dengusan kedengaran.matanya kembali melihat ke luar jalan.masih lagi menanti kelibat itu.


dari sudut tengah rumah,Adi nampak segala perilaku kakaknya.kakaknya yang menanti suaminya yang memang tidak akan pulang.Abang Dian,sudah pulang ke rumah asal,kubur.

selepas kemalangan,kakaknya menjadi seorang yang pendiam.kecacatan fizikal kakaknya membuatkan keadaan bertambah rumit.Adi hanya mengharap ehsan orang sekiling untuk membantu mereka.tiada lagi kesedaran untuknya untuk bangun bekerja dan mencari rezeki.dia sudah putus asa,sudah banyak kali dia menghadiri temuduga.DULU.tiada satu pun yang lekat.

namun itu dulu.sekarang dia sudah menjawat sebagai jawatan tinggi di sektor awam.kakaknya tidak lagi menanti kelibat yang tidak mungkin datang.kakaknya mula tersenyum hiba melihat kejayaan adiknya yang dulu diam tanpa suara.semuanya berubah,mereka tidak lagi tinggal di rumah petak yang atapnya bocor.kini tinggal di rumah mewah beratapkan indah.

terdetik di hati Adi,benarlah


You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Monday, November 28, 2011

Quotes May Reflects Them

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:43:00 PM 1 kata-kata hebat !


kyra ismera :)



#the quotes reflects everything =.=




they say everything happen for a reason,but it will be nice to know some of the reasons why :)
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea