Monday, May 26, 2014

Dia, Mungkin Jodohmu

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:59:00 AM 2 kata-kata hebat !


Assalamualaikum.

Kisah cinta, kisah yang senantiasa ada pada setiap diri manusia. Cinta yang pelbagai. Cinta ibu bapa, cinta keluarga, cinta satu sama lain dan cinta Ilahi.

dan, untuk kali ini, terus kuat aku untuk menaip kisah cinta antara manusia, uda dan dara.

ada manisnya,- pertengahannya duka dan mungkin - pengakhirannya bahagia.

siapa sangka ?

siapa sangka bagaimana pengakhiran sebuah cinta itu akan berakhir.

tidak mustahil andai permulaannya suka dan bahagia, tapi pengakhirannya duka.

dan tidak mustahil juga, andai permulaannya sakit dan perit, tapi pengakhirannya sebuah kebahagian.

dan begitu juga kisah dia.

padaku, dia memang seorang yang kuat.

cuba juga aku bayangkan sekiranya aku itu dia.

rasanya.......

ya Allah, jauhkanlah kebarangkalian itu terjadi padaku.

apa pun, aku yakin mereka sangat kuat tembok perasaannya.

cuma kadang kala ego yang mustahilkan segala.

teruskan berjuang, dan berdoa.

itu saja yang mampu aku katakan buat mereka.

ya, mereka itu dia dan dia

tanpa restu keluarga hubungan entah kemana.

hanya doa bakal merubah segala.

bukan pandangan luaran sebagai tanda aras penilaian.

tapi hati yang ikhlas, kunci utama jawapan penilaian.






Friday, May 23, 2014

Sambutan Hari Guru !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:49:00 PM 0 kata-kata hebat !






Assalamualaikum !

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambut Sambutan Hari Guru untuk tahun 2014 ! 

Siapa sangka siapa duga kan ?

Pengalaman yang sangattt mahal !

Allahu ! 

Rasa nak menitis air mata !

Walaupun entry ini agakk lambat, tapi perasaan masa sambutan tu masih terasa.

Mulanya seperti biasa, tapi !

Saat saat tergempar tu bermulaa bila PK Hem beri kepercayaan kat aku untuk baca teks ucapan/ teks perutusan hari guru.

Allahu ! ketaqnyaa ! kenapa tiba-tiba ?

Sebab cikgu lain dah dapat sebelum tu lagi, bolehla practice dengan potong mana-mana patut. hee

Tapi takpalah, PK Hem kata " I put my trust to you Hanis "

waa.. besarnya harapan !

okelah okelah. sempat telek belek dalam masa 5 min camtu je.. 

tup tup,

nama dah panggil ! haa sudahhh !

apa pun semuanya Alhamdulillah :) selamatt dengan jayanya !

the best part masa aku berucap tu Guru Besar bangun n snap my picture for quite a long time !

dup dap dup dap masa dah.

dalam hati dah macam-macam. ada salah baca ke ?

sebab masa orang lain berucap tak de pulak dia nak snap gambar bagai kan..

lepas turun tu, jadilah bahan gurauaannn cikgu-cikgu lain..

mampu senyumm je.. hehehe

habis je semua wakil-wakil pengarah dan menteri berucap, semua guru di jemput naik pentas untuk nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dengan lagu Transformasi Pendidikan Negara dan diakhiri dengan ikrar guru.

Masa nyanyi lagi kami Guru Malaysia tu, alahai hati, sebak je rasa.. rasa berkobar-kobar n lagi semangat nak mendidik anak bangsa.

bla bla bla.

settle perhimpunan.

bla bla bla.

settle permainan guru bersama murid.

bla bla bla

majlis pertukaran hadiah antara guru dan sesi murid bagi hadiah kepada cikgu.

hadiah toksah cakap.

sampai cikgu-cikgu kata hadiah Hanis 'selori'

penuh seat kereta bahagian belakang ! ==,

apapun sangatla best ! hargai guru anda okey !

mengajar penuh ikhlas dan bukan makan gaji buta !




Friday, May 09, 2014

Fobia Kucing - Ailurophobia

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:14:00 PM 2 kata-kata hebat !





Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
, seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.



Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
Aneh bukan?







 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea