Tuesday, February 12, 2013

Tips Perhubungan : Keinginan Pasangan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:02:00 PM
Assalamualaikum.. and evening people !

Bagaimana mood anda hari ini ? 

happy ? sedih ? kecewa ?

atau biasa biasa saja ?

Untuk yang sedang bermuram  atau pun yang menhadapi krisis perhubungan, disini ingin dikongsikan bersama satu kisah yang mungkin boleh membuka minda atau persepsi pembaca terhadap sebuah perhubungan. 

Kisah ini diolah dari buku Mens are from Mars, Women are from Venus.

Kisah ini dialami sendiri oleh penulis buku tersebut iaitu John Gray.

Mengikut kisah beliau, semasa isterinya melahirkan anak pertama mereka, isteri beliau menghadapi sedikit komplikasi dan ia memerlukan ubat tahan sakit untuk menahan sakit tersebut. Pergerakkannya terbatas.

Setelah penulis mengambil cuti seberapa lama, kini beliau harus kembali bekerja. Pada permulaan hari pertama kerjanya ia bekerja seperti biasa cuma bebanannya sedikit bertambah memandang dia sudah lama bercuti.

Semasa dia sedang bekerja, isterinya pula sedang bertarung kesakitan di rumah dek kerana kehabisan ubat tahan sakit. Namun dia harus kuat untuk terus menjaga anaknya yang masih bayi memandang dia hanya keseorangan di rumah. 

Isterinya hanya meminta bantuan adik suaminya untuk membeli ubat tersebut di kedai berhampiran semasa adiknya menziarahi mereka. Namun, kemungkinan adiknya tersebut memandang perkara tersebut sebagai hal yang remeh, adiknya keluar rumah tanpa pulang-pulang sedangkan dirinya sedang menahan kesakitan sambil menjaga bayi. Dia langsung tidak menghubungi suaminya yang sedang bekerja.

Pada sebelah petang, apabila suaminya pulang. Dia lantas mengadu bahawa dia kesakitan keseorangan di rumah tanpa ada siapa pun yang membantunya. Dia menjaga bayi yang kecil dalam keadaan yang kesakitan.

Tanpa bertanya banyak, si suami terus memarahinya. Marahnya kerana si isteri tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehabisan uba tersebut. Dimarahinya sepenuh hati. Hatinya menjadi panas apabila letih bekerja diadukkan bersama keluhan si isteri.

Lantas isterinya membalas bahawa dia sudah meminta bantuan adiknya, tapi adiknya keluar tidak pulang pulang sehingga sekarang. Dia tidak mampu menghubungi suaminya dek kerana tidak mampu berjalan menahan kesakitan sambil menjaga si bayi kecil.

Tanpa banyak berkata-kata si suami terus mencapai kunci kereta dan ingin keluar dari rumah tersebut. Dia ingin mendapatkan ketenangan di luar. Dia ingin keluar sebagai tanda protes terhadap tindakan isterinya yang umpama menyalahkannya dalam hal tersebut.

Tatkala si suami ingin membuka pintu rumah, isterinya berkata bahawa sesungguhnya suaminya itu hanya akan menyayanginya apabila dia cantik, berupaya melakukan apa sahaja dan akan meninggalkannya apabila dia sudah hodoh, tua dan tidak dapat melakukan apa-apa.

Si suami terkedu, lantas dipandang isterinya.

Isterinya membalas pandangan tersebut dengan berkata-kata bahawa tatkala hati seorang perempuan itu sedih, dia hanya perlukan orang yang paling disayanginya cuba mendengar apa yang ingin diluahkan dan peluknya sebagai tanda cinta dan sayang. Itu sahaja yang sebenarnya yang diinginkan. Iaitu pelukan sang suami.

Lantas suaminya terkedu lalu terus memeluk isterinya. Sangkanya si isteri ingin menyalahinya tapi bukan, si isteri hanya meminta dia mendengar keluhan tersebut dan memeluknya sebagai tanda kasih dan cinta.

Mulai dari hari itu, mereka hidup bahagia. Dasarnya, tak semestinya apa yang ada di fikiran kita itu merupakan pemikiran pasangan kita. Sesungguhnya perbezaan di dalam diri masing masing membawa erti kelainan yang boleh menciptakan sejuta kebahagian.

Cinta umpama kopi - pahit, manis dan ia membuatkan kita ketagih | Kyra

3 kata-kata hebat !:

combi said...

T.T..nice share

Kyra Ismera said...

Thanks sudi baca :)

Anonymous said...

hello kyraismera.blogspot.com admin discovered your blog via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea