Saturday, March 09, 2013

Sijil SPM hilang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:41:00 PM
Sijil SPM HILANG ??


ini caranya :

PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN


1. Sijil dan Pernyataan Keputusan peperiksaan awam hanya dikeluarkan   
    sekali sahaja.
2. Lembaga Peperiksaan boleh mengeluarkan salinan keputusan sekiranya sijil
    / Pernyataan Keputusan asal hilang atau rosak. 
3. Permohonan boleh dibuat dengan cara datang sendiri ke ibupejabat

    Lembaga Peperiksaan atau melalui pos.
4. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/06 yang boleh

    didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan.
5. Bayaran proses ialah RM10.00 (Ringgit : Sepuluh sahaja) yang boleh 

    dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter. 
6. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos 

    atau kiriman Wang Pos bernilai RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) atas nama
    Pengarah Peperiksaan. Cek Persendirian tidak diterima.
7. Pemohon digalakkan melampirkan salinan sijil atau 

    Pernyataan Keputusan sekiranya ada.


MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN
1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
    (i) Isnin hingga Khamis : 8.30 pg – 4.30 ptg
    (ii) Jumaat   : 8.30 pg – 12.00 tengahari
                          2.45 ptg – 4.30 ptg
3. Salinan sijil SPM tahun 1994 dan selepas manakala PMR tahun 1998 

    dan selepas akan dikeluarkan dalam masa 1 jam bagi permohonan di kaunter LP.
4. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja

    tanpa mengira perjalanan pos.
5. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR.

    Permohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
6. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. 

    Calon yang tidak mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah
    atau Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil asal      
    sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah menduduki peperiksaan.
7. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:


LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PRESINT 1
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)

muat turun borang : klik SINI

1 kata-kata hebat !:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nak tanye, salinan sijil spm & pmr akan siap berape lame ye kalau kite pegi mohon kat kaunter? Ade yang kate satu jam je dah boleh dapat tapi ade yang sebulan baru dapat. Saye confuse.

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea