Aku Alia Diandra. Ahli medik sepenuh masa. Sebenarnya aku punya
kelainan, kelainan yang tiada siapa yang dapat mengesannya. Sudah berapa banyak
mangsa yang jatuh ditanganku. Aku puas dengan direktori pekerjaanku.
Sering kali aku bermonolog sendirian,sambil tersenyum memikirkan
tektik dan teknik seterusnya yang bakal aku lakukan. Semakin dipuji hebat.
Semakin terangsang hormon dinorfinku. Umpama ayat hipotesis pula.
Abaikan.
" Aku nak organ dalaman. Permintaan tinggi. Dapatkan hati.
Aku nak yang fresh, senang ratah. Bau darah "
" Susah nak dapat bos. Kena cari yang pandai potong "
" Tak payah nak bising la vavi. Pergi cari ! "
Itu kisah pasaran gelap. Aku antara yang membanterasnya.
Bukan mudah nak dapatkan hati fresh. Nafsu aku pun susah nak
lempias.
Hari ini aku nampak mangsa baru. Mengeliur rasanya. Geram. Tak
sabar nak basahkan tangan dengan darah.
Bau hanyir, melajukan lagi hormon endorfin dan denyutan nadi. Ya
itu yang aku suka. Buat aku rasa seronok.
Aku rentap, ramas dan cincang. Puas.
Tapi bukan pengakhirannya di situ, hati yang dicincang aku simpan.
Kerana bau hanyir darah masih bersisa. Enakk. Kalah ganja atau gam yang dihidu.
Selepas puas dengan kerja luar biasaku aku balingkan saja kepada
anjing. Buat makan petang. Ya aku seronok. Seronok dengan dengan dunia gelap
aku sendiri.
Sehingga hari ini tiada siapa lagi yang dapat menghidu
perbuatanku. Buat pengusaha restoran, maaf kerana permintaan hati ayam goreng
berlada tak dapat dipenuhi. Aku tamak. Tamak dengan dunia aku sebagai penjual
ayam dan penggemar hati ayam.
Semua hati itu milik aku. Seronok bau hanyir. Seronok melihat
warna merah klasik, seronok mencincang hingga tiada rupa hati lagi.
1 kata-kata hebat !:
entry best baca.. :)
Post a Comment