Monday, December 30, 2013

Gua #Havoc

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:31:00 PM
Gua.



Gua suka melukis.

kadang Gua suka menyanyi.

Gua lebih suka diam dari berbicara.

Gua lebih suka menyendiri dari menyibukkan diri dengan manusia.

Gua lebih suka melihat dan menganalisa

tapi bukan menghukum membabi buta.

Gua suka dalami apa perasaan orang.

dan kadang Gua suka baca pemikiran orang.

paling penting, paling lemah.

jiwa Gua lembut, mudah benar terasa, mudah benar mengalir air mata.

kerna itu

kadang senyum Gua tak bererti Gua suka,

senyum Gua penuh rahsia.

mengalir air mataku tak bererti duka,

dan

itu Gua 

susah untuk mengerti.

susah untuk difahami

susah.

dan Gua suka

bila ada yang cuba bersungguh sungguh

untuk mengerti Gua, untuk fahami Gua.

terima kasih untuk itu.

tapi itu bukan alasan untuk Gua berubah menjadi Gua yang baru.

kerna itu identiti Gua.

hanya yang sabar dan kental sahaja yang mampu

untuk fahami siapa Gua.

prinsip Gua senang

" jangan kejutkan harimau yang sedang tidur kalau tak mampu berlari laju "

kadang Gua diam, dalam diam Gua mengaum.

elak dari ngauman gua.

kan gua dah cakap, gua havoc havoc eh havoc havoc.




1 kata-kata hebat !:

Ana Jingga said...

selamat tahun baru...banyak yg boleh ditafsir tentang penulisan di atas..yg ana pasti mmg havoc....

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea