Thursday, January 26, 2012

Mencarut Soal Kehidupan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:10:00 AM 1 kata-kata hebat !
assalamualaikum..

aku kembali mencarut selepas mata gagal menjalankan amanahnya apabila tibanya waktu malam.carutan aku carutan kehidupan.hanya perkongsian bersama.

sengaja aku menggunakan perkataan 'mencarut' sedangkan tiada apa yang cuba aku carutkan.hanya omong kosong tentang perspektif kehidupan manusia melalui memikiran aku.

Hipokrit.
mesti kau sudah faham benar bukan ? kau tahu apa itu hipokrit ?
sebenarnya aku benci hipokrit.tapi kadang kala aku boleh menerima hipokrit.gilakah aku ? kurang waras ?

hanya aku yang ada jawapun tersebut.bukan doktor yang berkelulusan tinggi.

apa yang aku benci adalah bila ada saja yang mengamalkan prinsip 'cakap tak serupa bikin '
mau saja aku panggil bodoh cerdik.
kau tahu kenapa ?
bodoh kerana menggunakan prinsip tersebut sebagai pegangan hakiki dan cerdik kerana terlalu pandai mengatur ayat sampai sering kali orang menyebut-menyebut prinsip tersebut.

pada aku,aku lebih suka tipikal 'bikin,tapi tak cakap'
maksudnya kerja kau beres tanpa kau bermegah.aku memang respect sekiranya kau mampu.tapi aku faham.tiada manusia yang lari dari kekhilafan,termasuk aku sendiri.

'cakap macam tin kosong' - CMTK
itu peribahasa yang aku sendiri rekakan.kenapa ? kerana bagi aku memang wujud sebegitu.
dasarnya dia memberi nasihat kepada orang lain.ya itu baik.
tapi yang kurangnya bila hakikatnya apa yang dinasihatkan itu tidak diaplikasikan kepada diri sendiri.

sebagai contoh :
hamba CMTK - dik,bertudunglah..jangan kau goda golongan ajnabi dengan mendedahkan auratmu
#sejuk telinga kau dengar bukan ? tersentuh untuk berubah bukan ?tahniah kerana nasihat berjaya diterima.tapi hakikatnya ?

bila disuluh oleh lampu (kawan) hakikatnya ia adalah tin kosong.sedangkan si nasihat sendiri tiada batas pergaulan bersama temannya akrabnya.

-aku mohon kau faham apa yang aku cuba sampaikan disebalik ayat teman akrabnya.


kesimpulan :
aku rasa aku memang mencarut.kerana ia menimbulkan sedikit ketidakpuasan hati sesetengah pihak bukan ?

#tepuk kepala,tanya akal.apa prinsip anda ?

Story Of The Night : Pikah dan Hospital

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:56:00 AM 0 kata-kata hebat !
assalamualaikum..

story of the night :)

actually baru je balik dari hospital..bawak Pikah..kaki dy luka sebab terkena pintu..kalau tengok dari luka tu memang agak parah la jugak..sebab baru sepuluh minit dah jadi darah beku and ada air bisa..so kitorang amik keputusan untuk call warden (sebab ketuk pintu rumah xd respond) untuk bawa ke hospital..nak taw trinologi ? mai kita belek-belek dulu :)

  1. 11.15pm baru balik dari final meeting untuk Program Bakti Siswa Anak Angkat.Roomate dah tido
  2. 11.20pm g bilik Baiti untuk siapkan and bincang soalan tutorial account (sebab kena hantar hari ahad)
  3. 1.15am balik bilik.roomate tido xsedar yang roomate dy y rajin ny balik =.=
  4. 1.20am on call dengan MR (memang hobi kacau dy tdo :P )
  5. 1.30am dengar orang ketuk pintu berirama.dah mula cuak sebab xdengar bagi salam.dah mula tarik selimut tutup satu badan.mulut kumat kamit baca ayat kursi
  6. 1.34am Pikah call mintak ke bilik dy sekarang jugak (rupanya yang ketuk pintu bilik tu Azizah dengan Hawa..hehe..takut mak taw :D)
  7. 1.35am belek-belek kaki pikah.g rumah warden.call warden.decide nak g hospital atau tak
  8. 1.40am gerak g hospital dengan warden (taw masa sebab tengok jam dalam kereta warden =.=)
  9. 2.40am gerak balik poly safety (pon jeling jam kereta warden..sharp sejam :D)
  10. 2.45am balik bilik.terkejut tengok roomate tengah nangis sambil on call kat meja study.(pa hal xtal la..huhu )
  11. 3.00am mata tak terpejam.buka laptop.connect tu wifi ptsb.sign in blogger :)
  12. 3.30am wajib tido sebab esok ada program 3d2n =.=
#kaki pikah tu teruk la jugak
#semoga pikah cepat sembuh
#thanks to azizah and wardensebab accompany p hosp
#on call dengan MR sebab tengah malam je free,pagi petang mmg bz habis :(
#erk !masih tertanya-tanya kenapa tetiba roomate nangis :/
#nasib baik wifi ptsb xboleh connect fb dgn utube,kalau tak..:D
#wish me luck for programme tomorrow ! =.=

Monday, January 23, 2012

Program Bakti Siswa Anak Angkat

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:38:00 PM 0 kata-kata hebat !


Assalamualaikum..

Program bakal berlangsung tak lama je lagi..tapi aku yang mula menggelabah..huhu..macam la aku ni pengarah program kan ? sibuk nak gelabah sini sana..padahal jadi floor manager je pon..(actually sangatlah berat tugas floor manager,ayat nak bagi sedap hati)

tak kisah la apa pangkat and jawatan pun dalam program tu..hopefully semua settle and berjalan dengan lancarnya..go PRS go ! acewah..semangat pulak..hehe

by the way..another scope tugas yang aku kena handle adalah aktiviti malam kebudayaan and kena make sure semua exco or ajk bawak barang yang diperlukan..

dah la..tak nak cakap banyak..thanks untuk semua yang susah payah turun meeting and menjayakan program ni..untuk pengarah program,jangan tension2 taw..senior senior sentiasa membantu anda :) # senior la sangat kan :P


kalau ada masalah,hampa jangan
duk salahkan pengerusi oke !
aku ketuk hampa !
aku nak hampa berdikari :)
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea