Thursday, January 24, 2013
Life is Like Examination
Wednesday, January 23, 2013
Hidup Umpama Bola - Sepak, Terajang, Terabai
Saturday, April 21, 2012
Sekilas Pandangan,Sekilas Kehidupan
Apakah maksud kehadiran seorang lelaki dalam hidup seorang wanita?Begitu juga sebaliknya.Di saat tidak perlukan teman daripada kalangan bukan sejenis, telah didatangkan pada kita.
Ya, ujian barangkali.Namun, waktu itu, sukar untuk kita berpijak pada nyata.Lalu ternoda dek arus yang datang pada saat itu. Terlupa bahawa tidak semua yang Allah berikan itu adalah suatu takdir, boleh jadi ia didatangkan sebagai ujian semata.
Namun, kerana terlalu muda untuk memahami setiap pemberian daripada Allah itu berbeza maksudnya.Lalu terjerumuslah kita ke dalam lembah yang menggelapkan kesucian kita sebagai hamba-Nya.Hamba-Nya yang sebelum ini mendambakan kasih hanya pada-Nya.Hamba-Nya yang sebelum itu sangat menjaga kesucian diri dan maruah diri.Tetapi, tidak lagi selepas itu.
Kehadiran setiap individu dalam hidup ini perlu dinilai dari aspek yang berbeza.Ada yang baik untuk kita, dan mungkin juga sebaliknya.Kerana Allah itu sentiasa menduga keimanan hamba-hamba-Nya.Sejauh mana kita benar-benar berpegang pada prinsip ketaatan kita pada-Nya.
Nikmatnya sangat besar.Sama besar dengan ujian yang didatangi-Nya.Mungkin pemberian-Nya membuatkan kita gembira, bahagia, dan kita mula leka kembali dengan nikmat itu. Sedangkan ia mungkin hanya ujian kedua sama seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Juga, kebarangkalian itu merupakan suatu balasan pada titik-titik noda yang pernah kita hadapi sebelumnya.Konsep kehidupan. Tidak semudah itu kita bisa merungkaikan apakah maksud sebenar akan sesuatu pemberian daripada Allah.
Mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita.Ia mungkin dilihat dapat membahagiakan jiwa namun sebaliknya, berkemungkinan ia akan memakan sedikit demi sedikit keimanan kita. Pada yang lemah imannya, terus dibuai lena dek kemanisan itu. Tanpa sedikit pun memikirkan kepahitan yang bakal menjelma.
Benarlah;
"Kepahitan itu perit untuk diterjemahkan, namun sekurang-kurangnya kita akan menemui jalan kebaikan setelahnya.Namun, kemanisan itu sangat asyik di pelayaran, sedikit pun kita tidak terfikir ia bakal mengundang kehancuran setelahnya."
Saturday, March 17, 2012
Deadlocks Guy with Dreadlocks Hair
Tuesday, February 28, 2012
Hadis Pilihan : Menuntut Ilmu
- Pembacaan dan Penulisan
- Berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang belum diketahui
- Mengenali diri sendiri
- Tanggungjawab membina kehidupan dan menunaikan amanah sebagai hamba dan khalifah
Saturday, February 25, 2012
Hidup Berorganisasi
Sunday, February 05, 2012
Blogger Meets Up ! Bowling Scene
- Sis Nanie Zainudin
- Sis Iera Shakirah
- Sis Hanis Rahim =.=
- Bro Syafiq Maula
- Bro Aldy Shah
- Bro Dzafuan Yasmi
Monday, January 23, 2012
Program Bakti Siswa Anak Angkat
Friday, January 13, 2012
Pemimpin : Bukan Sekadar Nama
Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:
قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)
2. Mempersoalkan sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :
a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :
قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)
Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)
b. Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki.
Ini bermakna, kita perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-olah cuba memberi isyarat di sini, bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.
Wednesday, December 28, 2011
Syaitan Tolong Aku !
Friday, December 23, 2011
Teringin Nak Buat Dosa
- persekitaran
- kawan-kawan
- cinta
- perubahan zaman
- trend/fesyen
- kehendak diri
- pengaruh internet
- terpaksa ?
- lain -lain
.png)
.jpg)