Tuesday, February 12, 2013

Tips Perhubungan : Keinginan Pasangan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:02:00 PM 3 kata-kata hebat !
Assalamualaikum.. and evening people !

Bagaimana mood anda hari ini ? 

happy ? sedih ? kecewa ?

atau biasa biasa saja ?

Untuk yang sedang bermuram  atau pun yang menhadapi krisis perhubungan, disini ingin dikongsikan bersama satu kisah yang mungkin boleh membuka minda atau persepsi pembaca terhadap sebuah perhubungan. 

Kisah ini diolah dari buku Mens are from Mars, Women are from Venus.

Kisah ini dialami sendiri oleh penulis buku tersebut iaitu John Gray.

Mengikut kisah beliau, semasa isterinya melahirkan anak pertama mereka, isteri beliau menghadapi sedikit komplikasi dan ia memerlukan ubat tahan sakit untuk menahan sakit tersebut. Pergerakkannya terbatas.

Setelah penulis mengambil cuti seberapa lama, kini beliau harus kembali bekerja. Pada permulaan hari pertama kerjanya ia bekerja seperti biasa cuma bebanannya sedikit bertambah memandang dia sudah lama bercuti.

Semasa dia sedang bekerja, isterinya pula sedang bertarung kesakitan di rumah dek kerana kehabisan ubat tahan sakit. Namun dia harus kuat untuk terus menjaga anaknya yang masih bayi memandang dia hanya keseorangan di rumah. 

Isterinya hanya meminta bantuan adik suaminya untuk membeli ubat tersebut di kedai berhampiran semasa adiknya menziarahi mereka. Namun, kemungkinan adiknya tersebut memandang perkara tersebut sebagai hal yang remeh, adiknya keluar rumah tanpa pulang-pulang sedangkan dirinya sedang menahan kesakitan sambil menjaga bayi. Dia langsung tidak menghubungi suaminya yang sedang bekerja.

Pada sebelah petang, apabila suaminya pulang. Dia lantas mengadu bahawa dia kesakitan keseorangan di rumah tanpa ada siapa pun yang membantunya. Dia menjaga bayi yang kecil dalam keadaan yang kesakitan.

Tanpa bertanya banyak, si suami terus memarahinya. Marahnya kerana si isteri tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehabisan uba tersebut. Dimarahinya sepenuh hati. Hatinya menjadi panas apabila letih bekerja diadukkan bersama keluhan si isteri.

Lantas isterinya membalas bahawa dia sudah meminta bantuan adiknya, tapi adiknya keluar tidak pulang pulang sehingga sekarang. Dia tidak mampu menghubungi suaminya dek kerana tidak mampu berjalan menahan kesakitan sambil menjaga si bayi kecil.

Tanpa banyak berkata-kata si suami terus mencapai kunci kereta dan ingin keluar dari rumah tersebut. Dia ingin mendapatkan ketenangan di luar. Dia ingin keluar sebagai tanda protes terhadap tindakan isterinya yang umpama menyalahkannya dalam hal tersebut.

Tatkala si suami ingin membuka pintu rumah, isterinya berkata bahawa sesungguhnya suaminya itu hanya akan menyayanginya apabila dia cantik, berupaya melakukan apa sahaja dan akan meninggalkannya apabila dia sudah hodoh, tua dan tidak dapat melakukan apa-apa.

Si suami terkedu, lantas dipandang isterinya.

Isterinya membalas pandangan tersebut dengan berkata-kata bahawa tatkala hati seorang perempuan itu sedih, dia hanya perlukan orang yang paling disayanginya cuba mendengar apa yang ingin diluahkan dan peluknya sebagai tanda cinta dan sayang. Itu sahaja yang sebenarnya yang diinginkan. Iaitu pelukan sang suami.

Lantas suaminya terkedu lalu terus memeluk isterinya. Sangkanya si isteri ingin menyalahinya tapi bukan, si isteri hanya meminta dia mendengar keluhan tersebut dan memeluknya sebagai tanda kasih dan cinta.

Mulai dari hari itu, mereka hidup bahagia. Dasarnya, tak semestinya apa yang ada di fikiran kita itu merupakan pemikiran pasangan kita. Sesungguhnya perbezaan di dalam diri masing masing membawa erti kelainan yang boleh menciptakan sejuta kebahagian.

Cinta umpama kopi - pahit, manis dan ia membuatkan kita ketagih | Kyra

Monday, February 11, 2013

Emansipasi Wang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:35:00 PM 0 kata-kata hebat !
Memandangkan cuti mid sem baru sahaja bermula, maka ayuh ! berekplorasi minda bersama !


Antara buku yang menjadi pilihan and hell yeah, bau kedai lagi :D 

by John Gray

by Jack Canfield, Mark Victor Hansan, and Amy Newmark

by Muhammad Muhyiddin

by Hilal Asyraf

by Ustaz  Kazim Elias

Emansipasi Masa dan Wang :)









Saturday, February 09, 2013

Kontradiksi Kematian

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:58:00 PM 2 kata-kata hebat !
Kadang kala apabila hati merentun hiba, pasti terdetik 'baik mati'


Tapi tanpa sedar, sekiranya benar 'baik mati'. Cukupkah bekalan untuk dibawa bersama ?

Kala hati diruntun sayu, pasti mati kekal diingatan.

Bukan untuk melarikan diri, tapi cukup untuk menghentikan amalan dosa orang lain terhadap diri.

Dari menjadi penyumbang dosa terhadap orang lain, baik mati.

Mati apa ?

Jasad ? Akal ? Dosa ? Hati ?

Mati apa pilihan kau ?

'' Dari hidup menyusahkan orang, baik mati ''


mati terkangkang.
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea