Showing posts with label dosa fitnah. Show all posts
Showing posts with label dosa fitnah. Show all posts

Monday, September 03, 2018

Bulan Siapa ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:09:00 AM 2 kata-kata hebat !



Jumaat, 9 Mac 2018
Hospital Slim River, Perak.

Kawasan kecemasan dipenuhi dengan tangis rintih, sedih sakit. Derap kaki para medik yang menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik dengan sedikit percikan peluh di dahi.Pelbagai reaksi terpancar. Sukar untuk gambarkan. Ada yang meraung kesakitan, ada yang terkulai lemah dengan berlumuran darah, ada juga ahli keluarga yang merintih sedih - tapi mereka punya satu pengharapan dan doa yang sama.

Namun, di satu sudut, termangu satu susuk yang diam membisu. 
Wajahnya suram, namun tiada pula tangis kedengaran.
Wajahnya pucat tak bermaya, tapi masih pula mampu duduk tegak.
Cuma kepalanya tunduk kebawah, kaki menguis-nguis di lantai.
Entah apa yang dia fikirkan.

Setelah beberapa seketika,
Dia bangun, menuju ke pondok berdekatan.
Ada pokok besar.
Ada bangku simen.
Dia duduk.
Dia dongak ke langit, biru.
Dia senyum.

Ini bulan aku,
Aku kena kuat,
Ini bulan aku,
Aku kena lawan,
Ini bulan aku,
Aku kena gembira.
Ini bulan aku.
Ini bulan aku !

Biar apa nak jadi,
Aku kena berdikari,
Biar apa nak jadi,
Aku bukan lemah lagi.

Ini bukan redha,
Aku cuma ikut rencana Dia,
Ini bukan pasrah,
Aku cuba betulkan semula.

Tapi, aku punya cara aku.
Aku nekad tak mahu lagi sakit
Aku nekad tak mahu lagi menghamba abdi
Aku nekad, aku bukan yang dulu lagi

Jangan cari aku,
Jangan cuba rungkaikan siapa aku

Biar aku dengan caraku
Biar aku kuat dengan semua ini

Kerna ini bulan aku.
Bulan aku yang baru !

Lalu dia bangun, menggenggam tangan umpama ada satu semangat baru. 
Dia toleh ke arah kawasan kecemasan tadi,
Memberi senyuman yang sinis sekali.

Mungkin dia sudah cukup sakit sebelum ini, jadi biarlah dia pergi.


Friday, September 11, 2015

3 Perkara Yag Manusia Tak Boleh Lari

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:39:00 AM 1 kata-kata hebat !
Ustaz bilang ada 3 perkara yang manusia tak bisa lari. Tak bisa.

Pertamanya.

Mati.

Manusia hebat manusia sempurna. Itu kata dia. Bilangnya lagi, dia terlalu suci dan paling sempurna. Hidup tanpa kekhilafan, hadir di dunia sebagai satu perkara yang tiada siapa tahu mengapa. Lantas diri mengaku Tuhan. Acap kali, acap waktu, tanpa jemu dan dengan bangganya ' Aku Tuhan ' yang menjadi pembasah bicara. Hingga satu ketika, dia jatuh kaku secara tiba tiba. Kejung tak bermaya, kelu tanpa sekata bicara. Maka ajal kunjung tiba. Mati mudah kata.

dan tidak kira sesempurna mana pun yang bergelar HambaNya, pasti mati akan kunjung tiba. Pasti.

Keduanya.

Susah.

" Susah kan nak jadi orang baik, bu ? "

" Susah kalau kita fikirkan susah. Mana ada benda yang senang-senang kita nak dapat ? Semua kena bersusah-susah dulu. Syaitan memang suka menampakkan benda yang baik tu macam susah nak dilakukan. Dah tugas makhluk tu macam tu kan ? "

Raihan Zaffya, 2015

" ada dosa yang tak boleh padam melainkan dosa itu dipadam dengan kesusahan hidup "

Sabda Rasullallah S.A.W

Ketiganya

Selamat dari orang bercakap perihal kita.

Sekali pun kau dilahirkan dengan kesempurnaan 1001 sempurnya, masih belum cukup untuk mengelakkan diri dari menjadi buah mulut orang. Baik buruk benar salah, semuanya akan menjadi perbuatan umpatan manusia dan itu seperkara yang tidak dapat dielakkan walau beribu batu jauh kau bersembunyi, sejuta budi kau taburkan apatah lagi hanya dengan satu kekhilafan yang kau lakukan,

takkan berhenti, selagi hidup. 





Monday, May 20, 2013

' Share ' di Facebook | Fitnah |

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:06:00 PM 2 kata-kata hebat !
Fitnah.


Dalam Arab, ia bermaksud dugaan atau ujian.

Mengikut wikipedia, fitnah merupakan komunikasikepada satu orang atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas suatu peristiwa yang dilakukuan oleh pihak lain berdasarkan atas fakta palsu yang dapat mempengaruhi penghormatan, wibawa, atau reputasi seseorang.

 fakta palsu yang dapat mempengaruhi penghormatan, wibawa, atau reputasi seseorang.

Besarnya ' peranan ' fitnah. 

Sungguh yang memberi fitnah itu kuat orangnya. Kuat mempengaruh orang lain supaya tiada ragu rragu dengan percakapan binasa fitnahnya.

Ya anda berjaya ? Berjaya menabur fitnah yang mungkin besar impaknya kepada manusia yang tidak berdosa.

Namun, harus ingat.

Anda juga ' berjaya ' mengaut dosa.


dan Siapa yang akan terlibat dengan dosa besar fitnah ?

1. Individu yang mula-mula mencipta dan merancangan berita fitnah itu dengan diubah suai gambar-gambar palsu (superimpose) dan dimuatkan dalam internet (facebook, blog atau you-tube)

2. Semua akhbar yang memuatkan dalam akhbar mereka tanpa usul periksa di petik daripada laman sosial dan membenarkan berita-berita atau gambar-gambar berupa fitnah tersebut.

3. Sesiapa sahaja yang ‘share’ dan ‘like’ dan mempercayai dan menyebarkan pula berita fitnah tersebut kepada rakan-rakan mereka dalam facebook atau blog.

4. Semua saluran televison yang menyiarkan berita fitnah dan membesar-besarkannya seolah-olah perkara tersebut benar-benar berlaku tanpa membawa saksi dan bahan bukti yang sahih.

 5. Semua NGO , kelab, persatuan, pemimpin parti politik , pemimpin masyarakat, bekas pemimpin negara, pensyarah, wartawan, penulis blog dan artis yang menyokong dan memberi komen negatif tanpa membawa saksi yang adil terhadap berita fitnah terutama yang melibatkan tuduhan zina atau liwath maka mereka semuanya akan mendapat saham DOSA BESAR . Sia-sia sahaja amal soleh dan amal ibadah mereka di dunia kerana seronok mempromosikan berita fitnah dan tuduhan jahat . Termasuk juga individu yang hebat memperkatakan Islam dan pakar motivasi tetapi tewas dengan hasutan syaitan mudah mempercayai fitnah dan tuduhan zina dan liwath kepada seorang muslim tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Setakat dakwaan tidak cukup untuk disabitkan kesalahan seseorang muslim.


Mohon share, supaya anda tidak terpengaruh dengan fitnah laman sosial.

sedikit cebisan dari  : Masjid Taman Puncak Jalil
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea