Monday, March 25, 2013

Bukan Lagi Solehah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:14:00 PM 1 kata-kata hebat !
Untuk hidup, perlukan pelbagai pengorbanan.


Untuk keselesaan pada masa mendatang, keselesaan sekarang harus dikorbankan.

Untuk kesenangan masa hadapan, kesenangan sekarang harus diketepikan.

Untuk menghindari rasa susah kemudian hari, rasa susah harus dilaluinya dulu.

Bukan langkah mudah untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Sokongan memainkan peranan utama.

Keluarga semestinya menyokong.

Tapi persekitaraan ?

Itu iblis nyata yang kadang kala dikaburi mata kesenangan dunia.

Untuk menjadi yang lebih baik itu mudah, mudah mengikut tingkat iman.

Insyaallah, kita sama-sama menjadi hamba.

Hamba yang ingin keredhaanNya.

Terima kasih buat mereka yang menyokong langkah awal kearah pembaharuan diri.

Semoga Allah merahmati kalian. Amin.



Sunday, March 24, 2013

Ini soal HATI

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:11:00 AM 3 kata-kata hebat !
Bila berbicara tentang hati dan perasaan sering kali dijenguk perasaan sangsi.


Sangsi dengan perasaan. Sangsi dengan firasat hati sendiri.

Tinggi nilai hati dan perasaan. Tak terjangkau nilainya. Melebihi jutaan malah tak terkira ternilainya.

Kadang hati mahukan sesuatu yang di luar jangkaan.

ya di luar jangkauan dan jangkaan. out of expectation.

yang memberikan maksud perit dan gembira.

Tanpa jangkauan dan tanpa diduga.

Itu yang selalunya diinginkan. Tapi hakikat ? Hanya hati yang tahu.

Kadang manusia sakit, dalam situasi yang terlalu menjaga hati orang lain,

Sedang hati sendiri ? Allahu rabbi, robeknya tak terkata.

Namun sebagai hamba. Serahkan hati kepada Dia.

Pencinta yang pertama tiada duanya. Dia pegang seribu kunci.

Kunci kesedihan, kegembiraan.

hanya Dia. yang mencipta yang berhak mendapat sekeping hati yang tinggi nilainya.

Terima hati ini wahai Maha Pencipta, moga kami sentiasa wujud rasa cinta buat Mu.


Sunday, March 17, 2013

Cinta 5 Jari

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:26:00 AM 3 kata-kata hebat !
Kenapa cincin tunang atau cincin kahwin disarungkan dijari manis ?


Rapatkan kedua dua belah tangan, ibu jari bertemu ibu jari dan kesemua jari bertemu.

Cuba lipatkan jari tengah.

Renggangkan kedua dua ibu jari - ia boleh direnggangkan sebab ia mewakili kedua dua orang tua kita. dan pastinya suatu hari nanti mereka akan pergi meninggalkan kita.

Renggangkan jari telunjuk - ia melambangkan simbol adik beradik, dimana suatu hari nanti mereka juga akan meninggalkan kita kerana bina kehidupan masing-masing.

Renggangkan jari kelingking - ia melambangkan anak-anak. Suatu hari nanti mereka akan membesar dan membina haluan masing-masing. Pastinya akan tinggalkan kita.

Tapi. Cuba

Renggangkan jari manis - Ia tak dapat direnggangkan. Sebab cinta jari manis cinta dari fitrah Allah. Ia lahir dari rohani dan sanubari yang ikhlas dan jujur. dan bukan atas dasar apa-apa selain dari kecintaan itu sendiri.

Barulah cinta itu menjadi indah, murni, suci dan kekal selamanya :)



 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea