Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Friday, December 13, 2013

On The Street Where You Live.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:19:00 AM 0 kata-kata hebat !






Bismillah.

3.20 am. Still awake. Live up for something. Something that make me smile broadly. Enjoying listen and feeling deeply with the lyrics. Cliche !  Haha. I do love it most, relating it to the reality that I'm going to face it.

Oh ya, let me share with you what had made me still awake at this time and I got an important interview in the evening. Gosh Nis ! You should get off !



On The Street Where You Live.

But I prefer more from the My Fair Lady Musical. The sound had made me live up with the exotics lyric. Ouch ! Here, the one that I said. It mixed with the Nat King Cole version at the end. I'd love most the words in the beginning of the video.





..... she completely done me in, and my heart when to a journey to the moon....



A014

 (dan dijadikan indah) kepada manusia:  iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(3:14)

Monday, March 25, 2013

Bukan Lagi Solehah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:14:00 PM 1 kata-kata hebat !
Untuk hidup, perlukan pelbagai pengorbanan.


Untuk keselesaan pada masa mendatang, keselesaan sekarang harus dikorbankan.

Untuk kesenangan masa hadapan, kesenangan sekarang harus diketepikan.

Untuk menghindari rasa susah kemudian hari, rasa susah harus dilaluinya dulu.

Bukan langkah mudah untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Sokongan memainkan peranan utama.

Keluarga semestinya menyokong.

Tapi persekitaraan ?

Itu iblis nyata yang kadang kala dikaburi mata kesenangan dunia.

Untuk menjadi yang lebih baik itu mudah, mudah mengikut tingkat iman.

Insyaallah, kita sama-sama menjadi hamba.

Hamba yang ingin keredhaanNya.

Terima kasih buat mereka yang menyokong langkah awal kearah pembaharuan diri.

Semoga Allah merahmati kalian. Amin.



Thursday, January 24, 2013

Life is Like Examination

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:38:00 PM 1 kata-kata hebat !
Kehidupan kita sebagai manusia umpama peperiksaan.

Banyak persoalan yang harus kita jawab untuk memastikan kita berjaya atau sebaliknya.

Peperiksaan dan Kehidupan.

Kalau kita diuji dengan soalan yang susah, itu dugaan dan ujian yang harus kita tempuhi.

Kalau kita sabar, bertahan, selalu ingat Allah dan kita mampu menjawab dengan betul soalan tersebut walaupun ia susah percayalah nescaya martabat kita diangkat tinggi.

Begitu juga sekiranya soalan tersebut senang.

Namun, harusnya kita ingat kadang kala yang senang itu yang membuatkan kita jatuh.

Yakin lah. Soalan susah atau senang yang diuji dalam kehidupan sebenarnya bukan kita yang tentukan. Tapi Allah yang tentukan.

Sekiranya anda dipilih oleh Allah untuk menjawab kesenangan, berhati hatilah. Untuk pastikan anda tidak gagal.

dan sekiranya Allah uji anda dengan kesusahan, bersabarlah dan berhati hatilah.Untuk pastikan anda lulus. 

Harus diingat.

''Sabar ketika senang, lebih susah berbanding sabar ketika susah.''


Friday, January 04, 2013

Cara Mengatasi Stress

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:49:00 PM 1 kata-kata hebat !
Cara Mengatasi Stress



sumber : iproduksi

Sunday, November 18, 2012

Arak dan Babi.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:52:00 PM 0 kata-kata hebat !
Arak dan Babi.


Komen / Feedback



hamba Allah yang 'latest' komen :  seburuk2 babi .. babi lah binatang yang paling ... tinggi kesesuaiannya dengan badan manusia ... sebab struktur jangtung manusia yang paling dekat adalah dengan struktur jantung babi ... hahhaa.. klaka kan tapi benar .. sebelum ada transplan jantung antara manusia dengan manusia ... pengkaji menggunakan jantung babi sebagai ... bahan uji .... dan ..................sebelum adrenalin sintetik ditemui .... berkurun lama kita merawat penyakit kencing manis menggunakan adrenalin babi ... yer .. pahamkan yang itu .. MAHA ESA tidak akan menjadikan satu benda tu yang buruk2 dalam buruk pasti ada cantiknya dalam cantik .. pasti ada buruk nya ... sesungguhnya ... DIA lah yang paling sempurna tiada duanya ....................... jangan terlalu streotaip dalam hal menghukum ... kerana segalanya adalah dari DIA .... dan pahamkan kembali ayat ....SEGALA YANG BAIK ADALAH DARI ALLAH DAN YANG BURUK DARI KELEMAHAN KITA SENDIRI ....... jangan disebabkan akal kita yang lemah alkohol dihukum sedemikian rupa ... hahahhahahahahhahaha

Baca ? What say you ?

do not take easy about hukum Allah,people.


Monday, November 12, 2012

Langkah.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:13:00 AM 1 kata-kata hebat !
Langkah.


Tiap detik, langkah itu pasti akan menuju. Menuju ke arah seterusnya.

Kadang kala kita sebagai hamba, hilang arah tuju seketika.

Namun tanpa kita sedar, walaupun begitu.

Langkah kita sentiasa diteruskan.

Seboleh bolehnya melangkah tanpa mahu berhenti.

Melangkah mencari yang abadi, melangkah mencari keredhaan Ilahi.

Teruskan melangkah. Hingga langkah terakhir diakhiri dengan

Asha du'alllah, illa ha ill lallah. Wa asha du an na Muhammad ma dan Rasullullah.


Monday, October 15, 2012

Manisnya, Perhubungan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:33:00 PM 0 kata-kata hebat !
as sweet as relationship.



Anak Pak Ali, cucu Mak Tom,
Assalamualaikum.


Perhubungan yang disusuri ikhlas pasti manis rasanya. Perhubungan yang diselitkan dusta, pasti hempedu rasanya.Maka seimbangkan lah antara pahitnya hempedu dan manisnya ikhlas agar rasa dalam perhubungan itu kembali nuetral dan sedap-sedap manis.

Pastinya bosan jika sesuatu perhubungan itu terlalu sempurna. Mengejar kebahagian yang terlalu extream sehinggakan perasaan bosan itu hadir. dan semestinya tatkala bosan itu hadir, nescaya langkah untuk berkecai  sesebuah hubungan itu akan mula merekah.

Cemburu dan dicemburui. Sayang dan disayangi. Hormat dan dihormati.
Pastinya elemen itu perlu dalam sesuatu perhubungan.

Cemburu dan dicemburi. Mencemburui.

Itu merupakan perisa selingan yang menyedapkan citarasa sesebuah perhubungan itu sendiri.
Sudah pasti sesuatu perhubungan itu akan menjadi bosan sekiranya pasangan terlalu yakin dan percaya terhadap pasangannya. Tak salah andai kata memupuk perasaan kepercayaan. Tapi kadangkala, rengekkan cemburu itu bermain peranan penting dalam menyisipkan lebih lagi perasaan sayang dan cinta.

Sayang dan disayangi. Menyayangi.

Aspek penting dan tunggak dalam sesebuah perhubungan. Sudah pasti ianya perlu bukan,kerana untuk apa perhubungan itu hadir tanpa rasa sayang,disayangi dan ingin menyangi. Selitlah perasaan sayang itu sebaik mungkin. Selitlah dengan penuh kesederhanaan agar sayang tidak bertukar menjadi benci suatu  hari nanti. Lahirkan butir-butir sayang dengan benih yang ikhlas dan suci. Jangan cambahkan benih sayang yang diselitkan rasa ragu-ragu dan penuh dengan perasaan was-was. Yakinkan kasih sayang itu. Sayang kerana Allah, perhubungan kerana Allah. InsyaAllah, kekal until Jannah.

Hormat dan dihormati. Menghormati.

Antara perkara yang harus dan seterusnya wajib hadir dalam sesebuah perhubungan.Hormat menghormati antara pasangan. Hormat pegangannya, hormat apa yang disenanginya dan hormat apa yang kurang digemarinya.Hah top top la perhubungan itu andai kata 3 asas penting itu diselitkan.

Wajib berusaha, berdoa dan akhirnya tawakal.

Dalam mengecapi perhubungan jangalah lupa kepada Dia yang telah pinjamkan nikmat gembira dalam perhubungan. Antara anugerah yang dihadiahkan buat insan yang terpilih. Jadi setelah anda berusaha, berdoa dan seterusnya tawakalah agar kekal bersama.

doa ku utuskan.



Tuesday, February 28, 2012

Hadis Pilihan : Menuntut Ilmu

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:31:00 PM 0 kata-kata hebat !
jika kamu disoal,antara ilmu dan harta.pilihlah ilmu kerana para sahabat pernah berkata
'' ilmu akan memelihara kita,tetapi harta perlu dipelihara''

Assalamualaikum..

Perkongsian untuk kali ini adalah lebih mengenai Ilmu dan beberapa hadis pilihan yang berkaitan dengan ilmu dan boleh membantu untuk kita lebih mengenali siapa diri kita sebenar.

Segala apa yang kita lihat,kita pelajari, dan kita dengar adalah untuk ilmu dan ibadah.

- ilmu adalah pokoknya,ibadah adalah buahnya -
- menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap muslim -

  • Pembacaan dan Penulisan
bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia telah menciptaklan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui
(Al - Alaq : 1-5 )
  • Berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang belum diketahui
Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan
(An Nahl : 19 )
  • Mengenali diri sendiri
Dan pada dirimu sendiri,maka apakah kamu tidak perhatikan ?
(Az- Zariyat : 21 )
  • Tanggungjawab membina kehidupan dan menunaikan amanah sebagai hamba dan khalifah
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab atau amanah kepada langi dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan pada kitika itu,manusia sanggup memikulnya.Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia adalah melakukankezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakannya
(Al Ahzab : 72 )

#ilmu tanpa amal adalah suatu kegilaan,manakala amal tanpa ilmu adalah suatu yang sia-sia

Pengerusi PRS,
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah


 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea