Monday, July 01, 2013

Luka Itu Boleh Dirawat Kecuali Mati

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:38:00 PM 0 kata-kata hebat !





Luka itu boleh dirawat kecuali mati.

Mendalam kan ? Tulus menusuk hati.

Setiap luka ada ubat sebagai penawarnya, tapi mati ?

Penawarnya ada,

Doa, kiriman ayat-ayat suci.

Tapi kadang kala bila berhadapan luka Mati,

ia sedikit berlainan.

lain feeling kata orang.

tapi luka mati istimewa,

kerana kita sendiri yang belajar untuk merawat, dengan lebih ikhlas

lebih yakin, lebih merendah diri.


tapi,

pesanan untuk diri,

kita kena belajar untuk kurang membuat luka

sungguh kita tahu, ia susah dirawat.

Ia masih tinggalkan parut.

Kekal.
Mencari senyum tuhan.

Friday, June 28, 2013

L.O.V.E

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:14:00 AM 0 kata-kata hebat !


ini yang bergaduh,

ini yang mesra,

ini yang suam suam,

dan

ini yang sayang selalu :)


berkenan ? Pilih la mana satu :p


Tuesday, June 18, 2013

Salam Terakhir.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:16:00 PM 0 kata-kata hebat !
dulu, setiap kali Syawal

mereka yang terawal.

ya, seperti lirik lagu Black, Teman Pengganti.

dan kini semua itu diabadikan sebagai kenangan.

ya kenangan kita, kenangan milik kita semua.

Mulanya tokwan,

dan seolah-olah dia turut mengajak Tokyah untuk bersama,

sungguh, selepas 12 hari.

Tokyah turuti Tokwan.


Itu kisahnya.

Tapi Allah masih ingin lagi menduga

dia jemput lagi ahli keluarga kami, Uncle Sallehuddin.

ya, pemergian paklong seolah-olah sebagai hadiah hari ibu buat aunty Niza.

Saat semua gembira, Hari Ibu.

kami diam, mengingati semua memori lama.


Malam ini, air mata kami menyembah bumi lagi.

Toklong Majid, abang Tokyah pula tinggalkan kami.


dan kini, seolah-olah.

semuanya kosong.


Salam Terakhir, Salam Takziah.

Tokwan, Tokyah, Uncle Sallehuddin, Toklong Majid.
Tunggu kami disana ya.
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea