Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Wajah Hampir Sama. Adakah Dia Jodohku ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:49:00 PM 2 kata-kata hebat !




Bismillah.

Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Benarkah begitu ?

Jodoh itu rahsia Tuhan, mana mungkin ditebak begitu. 

Bagaimana pun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan bahawa tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya, jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh saling mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang dilakukan oleh seorang psikologi. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumah tangga namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai kontak yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya, jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

Mingguan Wanita, 04-10 Muharram 1435 Hijrah


Friday, December 13, 2013

On The Street Where You Live.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:19:00 AM 0 kata-kata hebat !






Bismillah.

3.20 am. Still awake. Live up for something. Something that make me smile broadly. Enjoying listen and feeling deeply with the lyrics. Cliche !  Haha. I do love it most, relating it to the reality that I'm going to face it.

Oh ya, let me share with you what had made me still awake at this time and I got an important interview in the evening. Gosh Nis ! You should get off !



On The Street Where You Live.

But I prefer more from the My Fair Lady Musical. The sound had made me live up with the exotics lyric. Ouch ! Here, the one that I said. It mixed with the Nat King Cole version at the end. I'd love most the words in the beginning of the video.





..... she completely done me in, and my heart when to a journey to the moon....



A014

 (dan dijadikan indah) kepada manusia:  iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(3:14)

Friday, July 12, 2013

R.I.N.D.U

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:29:00 PM 5 kata-kata hebat !
Assalamualaikum,


Sudah hari ketiga kita berpuasa.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dalam mengerjakan ibadah.

Makin hari makin rindu.

Ya, aku rindukan dia Ya Allah.

Sungguh aku rindu,

Dia yang selalu sabar dalam melayan kerenahku,

Dia yang selalu menegur kealpaan ku, kesalahanku,

dan dia yang selalu kendong aku ke mana saja dia pergi.

Dia yang sungguh meminati karya Allahyarham P.Ramlee,

ya, dia juga peminat cowboy tegar.

Aku ingat semua itu,

masih segar dalam ingatan.

dan aku masih ingat kata-kata terakhirnya, sebelum dia membisu diam bersedia.

bersedia untuk pulang dengan tenang.

Aku masih ingat, ketika jenazah di bawa pulang.

aku yang temani dia dengan ayat suci alquran sehingga ke pagi.



" Kakak, tokyah dah tak dak " mama,12am 25/11/12

" Don't cry ok, he's smiling " Ayah Det - 2am

" Tokyah dengar tak ilah baca Alquran dengan maktok dengan mama, sampai pagi ? kami baca dekat hujung katil tokyah.. tokyah mesti nampak kan ? "



rindu, dia yang tiada.
tak pernah cuba untuk lupa, tapi sentiasa mengharapkan
tokyah kembali.





Tunggu sekejap
Wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari kudendang
Jangan mengenang orang jauh 

Jangan pulang jangan tinggalkan
Daku seorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Tunggu Sekejap, P.Ramlee


Alfatihah.




Monday, July 01, 2013

Luka Itu Boleh Dirawat Kecuali Mati

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:38:00 PM 0 kata-kata hebat !





Luka itu boleh dirawat kecuali mati.

Mendalam kan ? Tulus menusuk hati.

Setiap luka ada ubat sebagai penawarnya, tapi mati ?

Penawarnya ada,

Doa, kiriman ayat-ayat suci.

Tapi kadang kala bila berhadapan luka Mati,

ia sedikit berlainan.

lain feeling kata orang.

tapi luka mati istimewa,

kerana kita sendiri yang belajar untuk merawat, dengan lebih ikhlas

lebih yakin, lebih merendah diri.


tapi,

pesanan untuk diri,

kita kena belajar untuk kurang membuat luka

sungguh kita tahu, ia susah dirawat.

Ia masih tinggalkan parut.

Kekal.
Mencari senyum tuhan.

Friday, June 14, 2013

Kenangan Cinta Platonik

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:55:00 AM 2 kata-kata hebat !
Kenangan.


Itu mahal harganya. 

dan kadang kala, ia tidak berharga kerana tak tertanding nilai harganya.

dan saat ni, otak giat memutarkan masa kebelakang.

mengingati suka duka dari awal hingga kini.

Peritnya dulu dalam mencapai kata persetujuan,

dan akhirnya membuahkan satu perkara yang barangkali hingga mati tak mampu dilupakan.

sungguh dulu, berat.

namun kini terasa ringannya.

dan disini juga, bersatunya sesuatu yang dianugerahkan Allah, perasaan.

mahal, berharga.

pada asalnya tiada apa-apa.

cinta platonik dan bertukar menjadi...

ah, usah dirungkai..

biar ia menjadi rahsia kerajaan Allah.

kenangan,

hidup dalam kenangan buat diri terbuai-buai.

namun harus cepat sedar,

sebelum enak dibuai sehingga lupa jauh tersasar.

dulu Kenangan Terindah ini, perit bagiku.

kini, ingin aku tukarkan

biar ia kembali indah seperti iramanya.

seperti liriknya.

kenangan terindah bukan milik siapa siapa

ia milik semua

malah tiada hak milik terpelihara

kerana ia kenangan yang terpahat

dalam sanubari, jiwa seseorang individu.

dan kenangan itu yang buat yang jatuh bangkit semula

yang lemah kembali bertenaga,

yang mati hidup semula

kerana ia kenangan,

kenangan istimewa milik kita semua.




Tuesday, May 07, 2013

Yakin !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:43:00 PM 2 kata-kata hebat !
Hello, Hi, Assalamualaikum.


sincerely, dah naik bosan nak online.

Baik fb ataupun twitter.

selagi demam pilihanraya tak surut, selagi tu lah fitnah bertaburan kat laman sosial.

well, yakinlah ! Allah do the best. Dia dah tentukan yang terbaik.

yakin ?

dan seyakinnya, beta berada di rumah selama 2 bulan.

without works,

without trying to get some money.

bukan tak nak, nak.

tapi fikirkan balik.

lepas study memang time kena kerja all out nak cari duit.

so apa salahnya sekarang neh kita berehat bersama kit kat dulu kan ?

boleh jugak touched up body neh bagi kasi macam game Pou tu kan ==.

HAHA. nonsense.

ok lah, dua bulan neh cuti.

masa untuk bela badan,

bela lemak,

kurangkan beras,

dan kurangkan duit. :D

okeh. last but not least, berdoa tunggu result semester 5.

untuk MR. Taking care k sayang ! kerja + 5 tahun = kawen.

done, happy life.

xoxo.

Friday, April 26, 2013

If I Lose Myself

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:30:00 AM 0 kata-kata hebat !
Just give me a reason
Just a little bit's enough


oh o ! did we need a reason in our life ? instead of for our life ?

hey ! this is our life !

so no need a reason why should do this, why should do that !

would you tell me why you are so obvious to know the reason ?

even a little bit.

did the reason change you to be more better ?

did it ?

or the reason are just nothing ?

so ?

you just no need the reason.

say nothing, and you don't have to say nothing.

its gone, gone. and gone.

nothing like us !

and you have to just turn up the love.




Friday, December 28, 2012

Matahari

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:43:00 AM 0 kata-kata hebat !
sort of life - kyra




Hening suasana pagi. Sejuk mencengkam hingga ke tulang. Tubuh sayu tu masih lagi terjaga matanya. Satu persatu gambar ditenung. Jauh mengingati memori silam yang berjaya melahirkan kegembiraan, namun pengakhirannya penderitaan. Selimut ditarik menutupi keseluruhan badan. Air mata mengalir perlahan, seolah-olah mengikuti perlahannya masa untuk dipanggil esok hari.

'' awak matahari saya ''

'' kenapa saya matahari awak ? ''

'' matahari sentiasa memberikan cahaya pagi yang membawa semangat, cahaya teriknya tengahari membawa kesabaran dan cahaya petang memberikan kedamaian ''

'' tapi itu belum lengkap, kerana matahari hilang pada waktu malam ''

senyum.

'' lengkap. sekiranya awak mengiktirafkan saya bulan. ''

'' bulan ? ''

'' ya bulan, bulan yang bakal melengkapkan kitaran hidup. Hilangnya matahari, munculnya bulan yang memberi sejuta makna harapan ''

sejuta makna harapan ?

Air mata jatuh menitis lagi. Kini dia umpama bulan yang masih menanti mana hilangnya mentari matahari. Matahari dan bulan yang dahulunya melengkapkan hari. Kini sayu meninggalkan malam.



Friday, December 14, 2012

Private.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:14:00 PM 0 kata-kata hebat !
to private followers :


thanks for being such a loyal stalker and stalk me for every minutes that you have.

thanks for your 'kindness', thanks for your 'time'

take it easy, I love YOU stalker. Keep in stalks. Pfft

to you beloved, stalker.

Monday, December 10, 2012

Pernah. Tapi dulu, sekarang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:06:00 PM 0 kata-kata hebat !


Pernah buat kerja bodoh,
Tapi itu dulu.

Pernah buat kerja gila,
Tapi itu bukan selamanya.

Pernah dulu senyum tawa,
Moga harapan ia selamanya.

Pernah dulu sedih tak terkata,
Tapi hikmah sebaik juga.

Pernah dulu jatuh terluka,
Kini bangkit makin dewasa.

Pernah dulu mengenggam kejayaan,
Harap ia kekal selamanya.

Pernah dulu kita sedih tertawa, jatuh bangun, luka lega.
Pernah semuanya dulu.
dan Kini ia masih lagi berlalu

Cuma satu, biar ia mewarnai
dengan warna pelangi.

Tapi bukan dengan warna,
Mendung membasahi bumi.





tahniah buat saudara Muhammad Rizuan, bergelar pelajar dekan sesi Jun 2012 :)

Thursday, October 25, 2012

Impian.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:02:00 PM 2 kata-kata hebat !
#currently : Kupilih Hatimu, Ussy & Andhika Pratama.

Terus terang aku kabarkan. Entry kali ini tiada input yang bakal kau serap. Hanyalah coretan mengada untuk puaskan hati dan penuhkan masa yang sentiasa penuh. 

Mudah saja aku deskripsikan apa yang cuba aku sampaikan. Impian. yang aku idamkan, atau kata lain, yang selalu bermain dalam khayalan duniaku. dan semoga ia bakal menjadi kenyataan esok,lusa. Amin. Kau doakan ok ?

  1. Bangun untuk qiam bersama. Aku imagine seolah-olah dia watak Ustaz Hafiz dalam watak Suami Aku Ustaz. Kejutkan aku tengah malam untuk bangun qiam.
  2. Dapat solat berjemaah seandainya kami berpeluang keluar bersama. Contoh, kami zohor di masjid berjemaah dengan makmum yang lain sebelum keluar bersama.
  3. Setiap selepas solat Magrib dapat bertadarus bersama, at least satu muka sehari. Nanti dapat khatam bersama kan.
  4. Lepas tadarus, kongsikan terjemahan Al-quran. Dia bimbing aku, aku bimbing dia.
  5. Kali pertama dia jejakkan kaki ke rumah adalah tujuan untuk mengenali keluarga, kata lama - Merisik. 
  6. Kali kedua dia jejakkan kaki ke rumah adalah dia hadir sebagai tunang secara rasmi, kata lama - majlis pertunangan.
  7. Kali ketiga dan seterusnya, dia jejakkan kaki ke rumah sebagai seorang suami yang sah, kata lama - selesai goncang.
  8. Dia hadiahkan aku 3 buah novel pada masa yang berbeza. Tajuk novel yang menggambarkan perasaannya.
  9. Dia nyanyikan aku lagu Wanita-KRU pada setiap malam 12 September.Demand.
  10. Aku dapat masakkan lauk atau sebarang makanan untuk dia,at least sebulan 2kali. Kata lain, dia makan masakkan aku at leasr sebulan 2 kali
Well, itu saja 10 yang aku idamkan. Insyaallah aku cuba, dia cuba. Semoga apa yang aku idamkan dapat direalisasikan mulai sekarang sehingga kami sah sebagai suami isteri , till jannah. 



Wednesday, October 24, 2012

Personaliti Diri - Binatang dan Rahsia Diri.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:23:00 PM 1 kata-kata hebat !
Personaliti Diri - Binatang dan Rahsia Diri.




Nak tau Rahsia Personaliti ?
Jom kita semak, rahsia personaliti mengikut tarikh lahir dan binatang.

 
Januari   01-09 -  Anjing
Januari  10-24  -  Tikus
Januari  25-31  -  Singa

Februari  01-05  -  Kucing
Februari  06-14  -  Merpati
Februari  15-21  -  Kura-kura
Februari  22-28  -  Harimau Bintang

Mac  01-12  -  Monyet
Mac  13-15  -  Singa
Mac  16-23  -  Tikus
Mac  24-31  -  Kucing 

April  01-03  -  Anjing
April  04-14  -  Harimau Bintang
April  15-26  -  Tikus
April  27-30  -  Kura-kura

Mei  01-13  -  Monyet
Mei  14-21  -  Merpati
Mei  22-31  -  Singa

Jun   01-03  -  Tikus
Jun   04-14  -  Kura-kura
Jun   15-20  -  Anjing
Jun   21-24  -  Monyet
Jun   25-30  -  Kucing

Jul    01-09  - Tikus
Julai 10-15  - Anjing
Julai 16-26  - Merpati
Julai 27-31  - Kucing

Ogas 01-15  -  Monyet
Ogos 16-25  -  Tikus
Ogos 26-31  -  Kura-kura

September 01-14  -  Merpati
September 15-27  -  Kucing
September 28-30  -  Anjing

Oktober 01-15  -  Monyet
Oktober 16-27  -  Kura-kura
Oktober 28-31  -  Harimau Bintang

November 01-16  -  Singa
November 17-30  -  Kucing

Disember 01-16    -  Anjing
Disember 17-25    - Monyet
Disember 26-31    -  Merpati




Anjing: 
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
 
Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!
 
Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.



Kadang kala ada benarnya kan ? Tapi jangan terlalu taksub la. Senyum senyum selalu :)

Rahsia Zodiak Lelaki - Cepaaat check pakwee korangg :P

sumber : internet

Monday, October 15, 2012

Manisnya, Perhubungan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:33:00 PM 0 kata-kata hebat !
as sweet as relationship.



Anak Pak Ali, cucu Mak Tom,
Assalamualaikum.


Perhubungan yang disusuri ikhlas pasti manis rasanya. Perhubungan yang diselitkan dusta, pasti hempedu rasanya.Maka seimbangkan lah antara pahitnya hempedu dan manisnya ikhlas agar rasa dalam perhubungan itu kembali nuetral dan sedap-sedap manis.

Pastinya bosan jika sesuatu perhubungan itu terlalu sempurna. Mengejar kebahagian yang terlalu extream sehinggakan perasaan bosan itu hadir. dan semestinya tatkala bosan itu hadir, nescaya langkah untuk berkecai  sesebuah hubungan itu akan mula merekah.

Cemburu dan dicemburui. Sayang dan disayangi. Hormat dan dihormati.
Pastinya elemen itu perlu dalam sesuatu perhubungan.

Cemburu dan dicemburi. Mencemburui.

Itu merupakan perisa selingan yang menyedapkan citarasa sesebuah perhubungan itu sendiri.
Sudah pasti sesuatu perhubungan itu akan menjadi bosan sekiranya pasangan terlalu yakin dan percaya terhadap pasangannya. Tak salah andai kata memupuk perasaan kepercayaan. Tapi kadangkala, rengekkan cemburu itu bermain peranan penting dalam menyisipkan lebih lagi perasaan sayang dan cinta.

Sayang dan disayangi. Menyayangi.

Aspek penting dan tunggak dalam sesebuah perhubungan. Sudah pasti ianya perlu bukan,kerana untuk apa perhubungan itu hadir tanpa rasa sayang,disayangi dan ingin menyangi. Selitlah perasaan sayang itu sebaik mungkin. Selitlah dengan penuh kesederhanaan agar sayang tidak bertukar menjadi benci suatu  hari nanti. Lahirkan butir-butir sayang dengan benih yang ikhlas dan suci. Jangan cambahkan benih sayang yang diselitkan rasa ragu-ragu dan penuh dengan perasaan was-was. Yakinkan kasih sayang itu. Sayang kerana Allah, perhubungan kerana Allah. InsyaAllah, kekal until Jannah.

Hormat dan dihormati. Menghormati.

Antara perkara yang harus dan seterusnya wajib hadir dalam sesebuah perhubungan.Hormat menghormati antara pasangan. Hormat pegangannya, hormat apa yang disenanginya dan hormat apa yang kurang digemarinya.Hah top top la perhubungan itu andai kata 3 asas penting itu diselitkan.

Wajib berusaha, berdoa dan akhirnya tawakal.

Dalam mengecapi perhubungan jangalah lupa kepada Dia yang telah pinjamkan nikmat gembira dalam perhubungan. Antara anugerah yang dihadiahkan buat insan yang terpilih. Jadi setelah anda berusaha, berdoa dan seterusnya tawakalah agar kekal bersama.

doa ku utuskan.



Sunday, October 14, 2012

Perasaan Itu,Ini,Sekarang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:22:00 PM 1 kata-kata hebat !


Ada Jerry ada Tom,
Assalamualaikum.

Perasaan ini. Entah apa puncanya. Entah apa penyebabnya. Mereka bingung. Masing-masing bingung.
Terdiam mereka bila perasaan ini muncul. Hendak diherdik, dia tidak berbicara. Hendak dicaci, dia bukan puncanya. Apa seterusnya ? Hanya Redha dan Tawakal pengubat caranya.

Yang pasti. Terselit seluruh bahagia tika bersama. Terasa gembira tatkala lihat senyum tertawa. Terasa hilang bila tiada seminit cuma. Hilang ? Satu lagi perasaan aneh yang kini hadir.Dan mereka. Kembali bisu.

Perasaan sememangnya aneh. Aneh bila enggan jauh. Aneh bila rasa melekat sentiasa.
Namun, disudut kegembiraan mereka. Terselit perasaan aneh, pada satu kelibat yang jauh. Kelibat yang dahulunya bahagia seperti mereka. Perasaan ini kembali bercampur aduk.

Dia toleh disisi, melihat perasaan yang hadir itu. Dia juga tidak mampu bersuara, apatah lagi bertindak menjangkau segalanya.Dulu perasaan itu yang kecapi segalanya. Namun sekarang bahagianya, dia yang rasa.

Sebelahnya gembira tersenyum bahagia.Dia peluk perasaan itu.Digenggamnya kuat.Agar dia sahaja yang memiliki perasaan itu.Dia kembali toleh kepada perasaan itu. Maaf, gagal untuk bersama. Maaf kerana bahagia itu terlalu indah hingga dia tidak mampu mencampuri segala perasaan aneh yang lain.

Kelibat perasaan itu sedih. Maaf bahagia utuskan buatnya. Doakan kebahagian kekal bersama,sentiasa.

lets grow old together,sayang :)


Sunday, October 07, 2012

Babak Cinta - Love Version

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:24:00 PM 0 kata-kata hebat !



Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

there's nothing i can give to you sayang,only care and sincere love :)

Friday, September 28, 2012

4 syarat - COUPLE

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:19:00 PM 6 kata-kata hebat !


ada maxis,ada celcom,
Assalamualaikum..
 
 
 
 
The Dating Stupid Rules
 
actually i didnt mean to call it STUPID.
 
 
it based on the real story.one of my officemate, i means my boss actually -  told me about this story. stupidity love story.ok sorry, bukan bodoh tapi nerd.
 
 
''i just fall in love with u, will u be mine ? ''
 
 is that a kind of statement or the way of approaching someone ?
 
nevermine. put it a side.
 
then, after a week been coupled, the girl started to feel bored and bored. with the guy.
you wanna know why ?
 
''awak, saya ada syarat kalau awak nak bersama dengan saya''
 
''apa syaratnya ?''
 
''syaratnya ada 4..pertama, setiap hari Selasa awak kena jogging dengan saya, kedua, setiap Jumaat malam awak kena keluar makan dengan saya, ketiga, setiap malam sebelum tidur kena wish gudnyte dan yang terakhir, kita kena gunakan panggilan awak saya,bukannya hang aku,ko kau''
 
''tudia syarat hang''
 
hang?
 
''tudia syarat awak''
 
serius aku dah mula bosan dengan mamat nerd.gila ? 4 syarat yang gilanya boleh disahkan memang gila. mampukah aku ?
 
sejujurnya dia hadir ketika hati diruntun sayu.
dia hadir tatkala hati masih membara panas.
dia hadir tatkala hati memerlukan teman.
 
tapi.
 
dia tidak hadir dengan perasaan cinta.hanya hadir sebagai kawan.
 
no more than that. and thats it.
i have no feeling toward hang.
so for what im following your nerdy rules kan.
 
messages - text message - ''saya nak clash'' - sent - 'somebody'
 
meet for the clash.
 
dari jauh aku nampak dia tunduk di bangku putih.
kepala ditundukkan kebawah.
seolah-olah kehilangan anak.
 
aku duduk disebelahnya.
 
''kenapa tak ikut 4 syarat saya ?''
 
damn.
 
''first,selasa tu aku penat..jumaat malam aku tak ada mood nak keluar..then aku tak da kredit nak msg hang tulis gudnyte..dan aku memang tak reti nak guna saya awak''
 
''markah awak untuk minggu ni 3/10''
 
''3/10 ?'
 
''sebab 3 je reason awak yang boleh saya terima''
 
''aku nak clash''
 
''tengok semut tu..jalan tanpa arah..ke kiri ke kanan..macam keadaan saya kalau kita putus''
 
hahaha.funny.
 
''awak tengok pulak bangunan apartment yang tengah bina tu''
 
''so?''
 
''macam kisah cinta kita,perhubungan kita dibina kuat dengan asas batu dan simen.tapi akhirnya bangunan tu tak siap.macam perhubungan kita''
 
''sorry i didnt mean to hurt you most. but i have too. i didnt in love with u, u might find someone who really care of u, who really love u. unfortunately, thats not me. sory guy,i have to. sory for all wrong doing towards u. salam. and we have nothing after this.''
 
so the relay ended there.
 
so guy, do something u shouldnt be to nerdy in getting love life.just be ur self, and u will proud of what u are doing actually.
 
soorry.





                                                
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Saturday, September 22, 2012

Cinta tak Selalunya Memiliki

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:49:00 PM 3 kata-kata hebat !
Manusia biasa bisa menilai apa itu cinta.Tapi manusia biasa tak bisa menilai betapa tingginya nilai cinta. Kenapa ? Fikirkan. Dua batang disatukan dengan paku, dua ketul batu disatukan dengan simen, tapi dua hati disatukan dengan apa ?

Termengu di satu sudut. Ahh ! Masalah memang tidak akan kenal erti penat dalam mencari siapa tuannya dan kita sebagai manusia juga tak pernah penat mencari jawapan setiap masalah yang berlaku. Tapi kalau masalah cinta ? Parah jadinya. Huru-hara keadaan. Bunuh diri ? Penyelesaian ?

Iftifah Hanani bangun. Melepaskan keluh.
Keluhan berat. Di belek pokok orked itu. Pokok bunga pemberian Hysham Mokhtar suatu ketika dulu.


 “Awak suka orked kan ? Nah..ini ikhlas dari saya..”
“Cantik..nampak segar..thanks awak”

Pasu bunga bertukar tangan. Senyuman manis meniti di bibir pasangan kekasih ini.

“Saya pergi Cameron..lawat tapak projek..terus beli bunga ni..suka tak..”senyuman manis dihadiahkan buat Iftitah.
 “Mestilah saya suka..terima kasih ye awak..sayang awak”

Opps !! Aduh terlepas cakap. Memang aku sayang dia. Tapi bila aku yang luahkan. Rasa janggal pulak. Muka membahang merah.

“Kenapa nak malu ? Soal hati dan perasaan tak payah la nak malu. Lagipun kita dah lama kenal. Cuma masing-masing asyik simpan perasaan je kan..?” Dilontarkan nada romantis.

Wahai lelaki sekiranya engkau tahu debaran di hati ini. Pastinya kau akan. Err akan tergelak kot ! Sebab,aku sudah jatuh cinta sama kamu.

“Wahh..Itah..cantiknya bunga ni..sapa kasi?’’ Dahlia datang menyibukkan diri.

Senyap.Kelu.

“Ehh aku bercakap dengan orang ke dengan pokok bunga ? Hurmm..untungla kawan aku sorang ni. Orang lain bercinta dapat bunga sekuntum dua. Tak pun sejambak. Tapi ni dapat sampai satu pokok.hehe”

Sebaris gigi ditayangkan ala-ala iklan Colgate.

Minah ni,dah tahu Hysham yang bagi tanya pulak.Malu la aku nak admit.Haii.

“Err..Iftitah,Dahlia..saya minta diri dulu..nak pergi jumpa En Zaman..Assalamualaikum..”

Hysham minta diri.Berlalu dari situ.Panas punggung bila disakat Dahlia.Namun bibir setia mengukir senyuman.Iftitah bungaku.

Indahnya dunia bila nikmat cinta dapat dirasa.Cinta pertama yang indah.Cinta pertama yang turut memeritkan hati.

‘’Itah..aku nak pergi dinner dengan Khairul..kau ada nak pesan apa-apa tak?” aju Dahlia sambil membetulkan lipatan tudung.

Kepala digeleng perlahan.Tanda tiada sebarang pesanan.Saat ini.Ketika ini selesanya hilang.Perut penuh diisi dengan kesedihan lantas menutup ruang lapar.Hebatnya Cinta!

“Kau bawak kunci ya Lia.Aku rasa jap lagi aku nak keluar.Lagi pun mungkin malam ni aku balik kampong.Tak tentu”lemah saja bunyinya.Seolah-olah orang putus harapan.

Lantas dipeluk tubuh Iftitah.Rapat.

“Kau sabar ya..”tiada apa yang dapat diucapkan lagi selain sabar.Sabar dalam menghadapi segalanya.

Pelukkan dirungkaikan.Iftitah hadiahkan Dahlia dengan senyuman paksa.

“Aku ok.Dont u worry about me..Enjoy ur dinner”ucapnya selamba.

Gembira rasa hatinya bila lihat kebahgiaan Dahlia.

Ya Allah.Adakah aku tidak layak dalam meraih cinta dari seorang insan bergelar lelaki?

Disaat hati melirih sedih.Di satu situasi ada pasangan yang sedang menikmati keindahan apa itu cinta.
Hysham kini bahagia dengan pilihannya.

Farina.Gadis tidak bertudung tapi masih manis dipandang mata kasar.Badan persis model.Mata bulat seksi.Segalanya sempurna.

Berbeza dengan Iftitah.
Gadis bersederhana.
Sederhana dari segala aspek.
 Berpakaian,solekan dan tingkah laku.

Muka Iftitah ayu.
Mukanya tidak memerlukan solekan.Hanya lipstick nipis cukup untuk menaikkan seri wajahnya.

Tapi dia harus menerima hakikat alam.Cinta tak harus dimiliki.

Kini bunga Orked itu semakin layu,selayu cinta Hysham terhadap Iftitah.

orked.



Sunday, August 05, 2012

Story About Us and The Future Going To Be Is ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:13:00 PM 0 kata-kata hebat !
Assalamualaikum.


sebak dalam gembira.itu yang rasa.bila dia bersungguh-sungguh dalam berbicara soal ini.Insyaallah,mengikut perancangan tahun depan bakal mengambil kursus perkahwinan.

perkenalan keluarga semasa konvo dijalankan,seterusnya bekerja - degree dan insyaallah.Saya milik awak :)
terharu bila baca ayat dia yang bersungguh-sungguh tentang masa depan.Sanggup nak buat part time study.

ya Allah,permudahkanlah jalan kami.percepatkanlah segalanya.moga diredhaimu :)


Syukran ya Allah.
thanks my fiancee :)

Tuesday, July 31, 2012

Bercakap Soal Bercinta - ber Couple

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:43:00 PM 0 kata-kata hebat !


Assalamualaikum dan salam ramadhan :)
Alhamdulillah,syukur kerana kita diberikan nikmat sihat dan dipanjangkan umur dalam merebut redha-Nya.

untuk kali ni,bukanlah nawaitu ingin membanggakan diri sendiri mahupun menunding jari ke arah orang lain.
just sepatah dua pendapat yang kadang kala boleh diguna pakai untuk semua.

perhubungan ? or less let me describe it as LOVE.

kebanyakkan pendapat yang mengatakan BERCINTA itu HARAM.Walhal hakikatnya dalam Al-quran mengatakan mendekatkan diri dengan zina itu haram.

ok,mari kita kupas isu ini.

tapi susah bila nak kupas benda ni,mesti ada yang tak percaya.hakikatnya ianya berlaku kepada diri saya sendiri.contohnya :

  1. sepanjang perkenalkan saya dan si dia ( 2 tahun ) belum lagi kami bersentuhan
  2. tiap kali kami berhubung (msg/call) kami berbual kosong - tiada pun isu SEKS
  3. si dia tidak pernah bertanya soal aurat saya - sebelum ni saya kenal beberapa kenalan lelaki,ketaranya paling kurang mesti nak taw panjang rambut si gadis.Tapi Alhamdulillah,si dia tidak.
  4. sepanjang perkenalkan kami,kami sentiasa saling ingat mengingati soal solat dan kepentingan ibu bapa.
  5. tiada lagi percakapan yang menimbulkan hawa nafsu terhadap seks.kenapa ? kerana kami sering berbual isu yang jauh dari hal seks.selalunya hal keluarga,masakan,aktiviti harian dan lain-lain.
  6. sangat jarang berdating.sebab kami sedar jika kami berdua,maka akan ada yang ketiga
  7. berjumpa di khalayak ramai- itu pun atas sebab pelajaran
ok.stop.saya tahu ramai dah mula mencebih mulut kan ? tapi apa salahnya kalau perhubungan seperti ini dikekalkan kan ? insyaallah kami akan berusaha untuk menjaga adab-adab kami.

untuk mereka dan kawan-kawan,elakkan berpegang tangan.Insyaallah kalau nafsu nak pegang tangan tu xd,insyaallah yang lain y buruk pun tak akan ada.kalau pegang tangan pun,perlu ke nak publish gambar tersebut ke Blog atau Facebook ? fikirkan.

mudahmudahan kami kekal ke jannah.


Monday, July 23, 2012

Mereka SUDAH,anda BILA lagi ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:50:00 PM 2 kata-kata hebat !

Assalamualaikum :)
Berbuka apa tadi ?

Cait.berbahase basi pulak aku kang'.Geli tekak tak baca tadi tu ? HAHA. Abaikan.
Tedia baq hang.Nudiahh awai adik-adik ni kawen kan ? Nak tengok ?

Kelik SINI.

suweet pun ada,tapi bride macam malu-malu je kang' ? ==.
apapun,mereka sudah..anda bila ?

HAHA.evil laugh

tadi en gula hati yang kasi video ni kat IM.
terkejut jugak tengok sebab pengantin lelaki tu ada iras adik en gula hati.
dah la nama sama,umur sama,muka lebih kurang sama.

cuak cuak.

lantas ku skype untuk bertanya.
ewahh en gula hati kite tu beria je cakap ; (kelik untuk tumbesaran enfra grow,ducth laddy,anmum blablabla )


tengok.cuak kan.
tak  pueh hati aku,terus call

ye ye je dia iakan..
bila tanya pasal video kawen tu la..

pastu dia gelak-gelak..
dia tanya balik..tadi spe yang ckp muka mcam capik ? spe ? spe ?

see.aku kena balik 

padahal mulanya dia tak taw pun aku cakap pasal video.
lepas call baru dia taw pangkal sebenar.
tapi tadi kemain je iakan.hehe

kan dh senyum sorang2..

leviyu gula hati :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea