Tuesday, March 26, 2013

Pulang.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:50:00 PM 1 kata-kata hebat !
Sebesen baldi yang didalamnya sedikit air kosong ada disisi katil.

Didalamnya terdapat buih buih lendir yang tidak diterima untuk proses penghadaman.



Dua jasad sedang diduga.

Dimana nikmat sihat ditarik buat seketika.

''maktok timbang berat dah tinggal 47. hari tu berat jugak 52. kian turun dah. tak lama lagi ikut tokyah la''

sepintas tangan menampar manja kaki kurus yang bersuara tadi.

fikirnya bukan waktu membincangkan soal mati.

baru genap 4 bulan arwah pergi.

sedih dihati masih berbekas.

tidak mampu untuk ditambah lagi bilangan kesedihan.

''awak tak mau ikut tokyah ?''

''nak''

itu pengakhiran hidup. Cuma belum tahu bila.

Menanti dengan redha, bersama bekalan yang bakal dibawa.

Entahkan cukup entahkan tidak.

Doakan semuanya baik-baik sahaja.


Proses Pulang.

Monday, March 25, 2013

Bukan Lagi Solehah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:14:00 PM 1 kata-kata hebat !
Untuk hidup, perlukan pelbagai pengorbanan.


Untuk keselesaan pada masa mendatang, keselesaan sekarang harus dikorbankan.

Untuk kesenangan masa hadapan, kesenangan sekarang harus diketepikan.

Untuk menghindari rasa susah kemudian hari, rasa susah harus dilaluinya dulu.

Bukan langkah mudah untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Sokongan memainkan peranan utama.

Keluarga semestinya menyokong.

Tapi persekitaraan ?

Itu iblis nyata yang kadang kala dikaburi mata kesenangan dunia.

Untuk menjadi yang lebih baik itu mudah, mudah mengikut tingkat iman.

Insyaallah, kita sama-sama menjadi hamba.

Hamba yang ingin keredhaanNya.

Terima kasih buat mereka yang menyokong langkah awal kearah pembaharuan diri.

Semoga Allah merahmati kalian. Amin.



Sunday, March 24, 2013

Ini soal HATI

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:11:00 AM 3 kata-kata hebat !
Bila berbicara tentang hati dan perasaan sering kali dijenguk perasaan sangsi.


Sangsi dengan perasaan. Sangsi dengan firasat hati sendiri.

Tinggi nilai hati dan perasaan. Tak terjangkau nilainya. Melebihi jutaan malah tak terkira ternilainya.

Kadang hati mahukan sesuatu yang di luar jangkaan.

ya di luar jangkauan dan jangkaan. out of expectation.

yang memberikan maksud perit dan gembira.

Tanpa jangkauan dan tanpa diduga.

Itu yang selalunya diinginkan. Tapi hakikat ? Hanya hati yang tahu.

Kadang manusia sakit, dalam situasi yang terlalu menjaga hati orang lain,

Sedang hati sendiri ? Allahu rabbi, robeknya tak terkata.

Namun sebagai hamba. Serahkan hati kepada Dia.

Pencinta yang pertama tiada duanya. Dia pegang seribu kunci.

Kunci kesedihan, kegembiraan.

hanya Dia. yang mencipta yang berhak mendapat sekeping hati yang tinggi nilainya.

Terima hati ini wahai Maha Pencipta, moga kami sentiasa wujud rasa cinta buat Mu.


 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea