Friday, January 31, 2014

Phrasa akan datang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:35:00 AM 0 kata-kata hebat !
Bismillah. Untuk dua menjak ni.. aku dapat rasakan yang masing masing dalam proses memelihara dan menjaga hati masing masing. Dan terlalu yakin.. akan datang atau pun proses seterusnya akan wujud phrasa pemulihan. Lebih hebat dari biasa.. susah untuk dijayakan atau mungkin memang tidak akan berjaya. Namun aku nampak usahanya.. aku nampak yang sebenarnya. Dia ustaz. Aku yakin dia mampu. Terima kasih kerana wujudkan phrasa phrasa yang belum tahu status akhirnya. Aku hanya seketika. Namun seketika yang cukup bermakna.

Saturday, January 18, 2014

Wajah Hampir Sama. Adakah Dia Jodohku ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:49:00 PM 2 kata-kata hebat !




Bismillah.

Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Benarkah begitu ?

Jodoh itu rahsia Tuhan, mana mungkin ditebak begitu. 

Bagaimana pun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan bahawa tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya, jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh saling mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang dilakukan oleh seorang psikologi. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumah tangga namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai kontak yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya, jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

Mingguan Wanita, 04-10 Muharram 1435 Hijrah


Friday, January 17, 2014

Mimpi.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:46:00 PM 0 kata-kata hebat !




Bismillah..

Pertama sekali nak mintak maaf buat korang yang sedang membaca. Dua tiga menjak ni, tak dop entry yang boleh meningkaktkan pengetahuan atau info kalian kalian sekalian.

More on personal life. 

Entah kenapa since 2014 ni kerap pulak rasa tak sihatnya. Nak kata stress, tak tahu lah nak stress tentang apa. Nak kata soal kerja, not a big deal sangat pon.

Tapi itulah, berdasarkan entry lepas dan sampai sekarang.. keadaan masih lagi sama, masih belum dapat kembali nikmat sihat. Moga sakit ini dapat menghapus dosa dosa kecil :')

Semalam sebelum tidoq rasa macam quite ok.. rasa kuat sikit and tidoq pun tak terjaga/ terkejut tengah malam. Tapi semalam mimpi, ada seorang doktor perempuan meet me and dia cakap/suruh pi klinik buat medical check up.. sebab muka nampak pucat sangat, macam ada masalah kesihatan. Then dalam mimpi tu ia kan saja sambil pegang kedua-dua belah pipi and tanya balik doktor tu " nampak pucat sangat ke ? "

the doctor just anggukkan kepala dengan muka serius sambil cicip kopi.

hmm. bangun pagi tadi terus rasa badan macam pelik.. tengok cermin, Ya Allah pucatnya muka :( tapi lepas mandi, bergerak tawaf rumah, tolong mana mana patut and makan.. muka dah merah balik..

tapi still rasa lemah.. start petang tadi, lepas sediakan makan petang terus rasa macam nak baring je.. kaki tangan sejukk.. muka pucat balik :( sampai sekarang.

ikutkan hati nak tidoq ja, tapi kena kuatkan semangat sebab esok ada dua kelas tuisyen nak kena mengajar. Nak cari bahan yang sesuai dengan standard diorg. Nak sediakan latihan semua.

Alang alang update blog :/ :D

*saja nak sedapkan hati supaya always think that im a healthy young girl :')


will update something nice for you, esok. Promise.

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea