Tuesday, March 26, 2013

Pulang.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:50:00 PM
Sebesen baldi yang didalamnya sedikit air kosong ada disisi katil.

Didalamnya terdapat buih buih lendir yang tidak diterima untuk proses penghadaman.



Dua jasad sedang diduga.

Dimana nikmat sihat ditarik buat seketika.

''maktok timbang berat dah tinggal 47. hari tu berat jugak 52. kian turun dah. tak lama lagi ikut tokyah la''

sepintas tangan menampar manja kaki kurus yang bersuara tadi.

fikirnya bukan waktu membincangkan soal mati.

baru genap 4 bulan arwah pergi.

sedih dihati masih berbekas.

tidak mampu untuk ditambah lagi bilangan kesedihan.

''awak tak mau ikut tokyah ?''

''nak''

itu pengakhiran hidup. Cuma belum tahu bila.

Menanti dengan redha, bersama bekalan yang bakal dibawa.

Entahkan cukup entahkan tidak.

Doakan semuanya baik-baik sahaja.


Proses Pulang.

1 kata-kata hebat !:

fArAh hAniM said...

hanis.. :)

doa yg baik baik saja ok

love,hanim

p/s:bkan stakat love, rindu pun jugak

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea