Kenangan.
Itu mahal harganya.
dan kadang kala, ia tidak berharga kerana tak tertanding nilai harganya.
dan saat ni, otak giat memutarkan masa kebelakang.
mengingati suka duka dari awal hingga kini.
Peritnya dulu dalam mencapai kata persetujuan,
dan akhirnya membuahkan satu perkara yang barangkali hingga mati tak mampu dilupakan.
sungguh dulu, berat.
namun kini terasa ringannya.
dan disini juga, bersatunya sesuatu yang dianugerahkan Allah, perasaan.
mahal, berharga.
pada asalnya tiada apa-apa.
cinta platonik dan bertukar menjadi...
ah, usah dirungkai..
biar ia menjadi rahsia kerajaan Allah.
kenangan,
hidup dalam kenangan buat diri terbuai-buai.
namun harus cepat sedar,
sebelum enak dibuai sehingga lupa jauh tersasar.
dulu Kenangan Terindah ini, perit bagiku.
kini, ingin aku tukarkan
biar ia kembali indah seperti iramanya.
seperti liriknya.
kenangan terindah bukan milik siapa siapa
ia milik semua
malah tiada hak milik terpelihara
kerana ia kenangan yang terpahat
dalam sanubari, jiwa seseorang individu.
dan kenangan itu yang buat yang jatuh bangkit semula
yang lemah kembali bertenaga,
yang mati hidup semula
kerana ia kenangan,
kenangan istimewa milik kita semua.
2 kata-kata hebat !:
jenguk sini...hai..
nanti jenguk la lagi :)
Post a Comment