DEFINISI
Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabungan dua
perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud
perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah
‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada
tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah
memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges,
1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah menerima
Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan
ejaan yang setaraf intelek” (World
Federation
Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang
berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
· Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah
dalam pengiraan ataupun
matematik
· Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah
dalam bahasa
· Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah
dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran
mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik
pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah
ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk
mengubatinya.Sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini
dapat dikurangkan.
Disleksia
juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah tetapi seseorang disleksia tidak
berupaya mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus
berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
JENIS JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
· Disleksia
visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal
abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak
juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad
tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
· Disleksia
auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut
suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi
menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang dituturkan secara halus
juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal
dengan
konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
· Disleksia
visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh
kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
· Keturunan
atau genetic
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami
masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang
membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan
telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom
15, 1 dan 16 yang
boleh
diperturunkan secara turun-temurun
· Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang
menyebabkan
kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum
·
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian
tertentu dalam sistem saraf.
Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak
perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
· Kanak-kanak
pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang
dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi- Suka mendengar bacaan tetapi tidak
berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka
bertanya banyak soalan
· Kanak-kanak
Sekolah Rendah (6 – 9 tahun):
-Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka
menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
-Menggunakan
jari untuk mengira dan membaca
-Keliru dengan tangan kanan dan kiri
-Tulisan cermin atau terbalik
· Kanak-kanak
Sekolah Rendah (9 - 12 tahun):
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah
Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang
tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakannya
adalah dalam proses pembelajaran.
Permasalahan
ini boleh dikelaskan kepada:
· Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang
panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap
kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada
masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal
pasti
huruf-huruf
seperti:
m – w , y –g – j, u – n, m – n
c – e, p – q, h – n, b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti:
t – h, f – v
· Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan
maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya
akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka
cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
batu – tuba / gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya
seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan
perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu : Jam – jem / cat – cat
· Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat
ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak
dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga
cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik .
· Bercakap
dan mendengar
Terdapat juga diantara mereka yang mengalami kesukaran untuk
bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan.
Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang
diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
· Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang
berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan
simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut
:
3 – 5 – 8 /
9 – 6
· Masalah
fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai
membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan
kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan,
belakang, kiri, kanan,, atas, bawah
serta pengamatan yang lemah
LANGKAH-LAGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau
psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin
berbeza dalam banyak hal tetapi tetap
disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau
kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa
dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan
sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki
tadika
- Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap perihatin dalam
mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam
bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal
identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya
bagus, pandai
ADAKAH INDIVIDU DISLEKSIA MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN?
· Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah
ahli politik (Lee Kuan Yew),
pelakon (Tom Cruise), genius komputer (Bill Gates) dan saintis
(Albert Einstein)
· Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu
berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
· Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Sumber : MOE
untuk lebih faham apa itu disleksia, korang boleh la tengok cerita
Hindustan : Taare Zameen Par.
best, sedih, semua ada.
untuk mereka yang ada adik, anak, dll yang mengalami disleksia.
Jangan marah, buli, tengking. tapi haruslah sebaliknya. Insyaallah :)
0 kata-kata hebat !:
Post a Comment