Tuesday, June 04, 2013

Dilamar Ombak Laut

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:15:00 AM


Berdiri, mendengar gelora bahasa laut

berilusi, berimaginasi

berderu, kencang angin.

menghembus, deru ombak.

kini,

aku dilamar.

Dilamar rindunya pantai kepada pukulan ombak

kuatnya pukulan, menjadi saksi kuatnya pertemuan.

antara rindu, dan dendam.

Berdiri kaku,

Seolah-olah dikunci sang pencipta rasa.

Menikmati indahnya suasana

mendamaikan tak terkata.


Dengarkah ?

Ombak itu berbisik

Melamar aku untuk hidup umpamanya.

hidup bersederhana,

ada hari bergelora

ada ketika tenang sahaja.

tapi semua baik baik saja

hingga satu ketika

ia bangkit tunjuk kuasa

yang tenang laut, jangan disangka tak seumpama naga

2 kata-kata hebat !:

Che' said...

puisi kah? syair kah? lirik kah?

Kyra Ismera said...

kalau boleh buat irama dan lagu. jadilah ia lirik :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea