Sunday, May 25, 2025

Jiwa

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:27:00 PM 0 kata-kata hebat !
(Ihsan dari draft - 10/11/16)

Jiwa, mati hidup semula. Hidup semula tercari cari makna sebenar JIWA. Apa perlu kental ? Apa perlu kuat ? Perlu apa lagi jiwa ?

Tapi, mahu mula dari mana ? Dari mana kentalnya ? Dari mana kuatnya ? Dari mana perlu mula ?

Takut, memelihara jiwa. Supaya ia tenang tanpa seksanya, supaya kuat tiada rapuhnya, supaya kental bukan lembiknya.

Arghhh, ini soal jiwa ! Mana hilangnya semangat ? Mana hilangnya berani ? Manaaaa !!

Kesini kau semangat, kemari kau berani, Biar sama sama kita pupuk jiwa. Biar sama sama kita pelihara jiwa ! Manaa semua manaa !

Bangun dari terduduk jatuh.

Bangun dari menangis kesedihan.

Bangun dari ketakutan masa lampau.

Bangun !

Kutip cebisan, kutip kutip ! Biar sikit lama lama bukit !

Biar susah - terluka, janji jiwa kembali tawa.

Ayuh, mulakan. Mulakan dari sekarang.

Persetankan segala kerajaan negatif, imbangkan kerajaan positif. 

Ayuh !

Tuesday, June 16, 2020

Syukur

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:06:00 PM 1 kata-kata hebat !
Semua orang tak sama. Bahasa mudah, different time frame.

Ada yang umur 28 tahun - berstatus doctorate , punya rumah, kereta & kerjaya yang hebat namun masih belum berjodoh. Punya segala, namun kadangkala sunyi mengisi jiwa.

Ada yang umur 28 tahun - berstatus ibu / ayah, anak nak masuk yang kelima, nampak bahagia dengan keluarga. Namun tak punya kerjaya. Rintih sedih dijiwa.

Ada yang umur 28 tahun - punya kerjaya yang boleh dibangga, ada anak yang menceriakan suasana, aset yang cukup segala. Namun, siapa sangka punya masalah sesama  pasangan jiwa.

Ada yang umur 28 tahun - punya suami / isteri yang supportive sentiasa. Punya kerjaya & aset sempurna. Namun belum dilengkapi dengan cahaya mata.

Ada yang umur 28 tahun - terlantar di katil, letih tak bermaya. Menunggu hari dijemput Sang Pencipta

Jadi, bersyukurlah atas apa yang ada. Tak semua hidup sempurna, cuma dengan bersyukur Kita dapat kecap erti Bahagia - kuncinya syukur.



Monday, September 03, 2018

Bulan Siapa ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:09:00 AM 2 kata-kata hebat !



Jumaat, 9 Mac 2018
Hospital Slim River, Perak.

Kawasan kecemasan dipenuhi dengan tangis rintih, sedih sakit. Derap kaki para medik yang menjalankan tanggungjawab mereka sehabis baik dengan sedikit percikan peluh di dahi.Pelbagai reaksi terpancar. Sukar untuk gambarkan. Ada yang meraung kesakitan, ada yang terkulai lemah dengan berlumuran darah, ada juga ahli keluarga yang merintih sedih - tapi mereka punya satu pengharapan dan doa yang sama.

Namun, di satu sudut, termangu satu susuk yang diam membisu. 
Wajahnya suram, namun tiada pula tangis kedengaran.
Wajahnya pucat tak bermaya, tapi masih pula mampu duduk tegak.
Cuma kepalanya tunduk kebawah, kaki menguis-nguis di lantai.
Entah apa yang dia fikirkan.

Setelah beberapa seketika,
Dia bangun, menuju ke pondok berdekatan.
Ada pokok besar.
Ada bangku simen.
Dia duduk.
Dia dongak ke langit, biru.
Dia senyum.

Ini bulan aku,
Aku kena kuat,
Ini bulan aku,
Aku kena lawan,
Ini bulan aku,
Aku kena gembira.
Ini bulan aku.
Ini bulan aku !

Biar apa nak jadi,
Aku kena berdikari,
Biar apa nak jadi,
Aku bukan lemah lagi.

Ini bukan redha,
Aku cuma ikut rencana Dia,
Ini bukan pasrah,
Aku cuba betulkan semula.

Tapi, aku punya cara aku.
Aku nekad tak mahu lagi sakit
Aku nekad tak mahu lagi menghamba abdi
Aku nekad, aku bukan yang dulu lagi

Jangan cari aku,
Jangan cuba rungkaikan siapa aku

Biar aku dengan caraku
Biar aku kuat dengan semua ini

Kerna ini bulan aku.
Bulan aku yang baru !

Lalu dia bangun, menggenggam tangan umpama ada satu semangat baru. 
Dia toleh ke arah kawasan kecemasan tadi,
Memberi senyuman yang sinis sekali.

Mungkin dia sudah cukup sakit sebelum ini, jadi biarlah dia pergi.


 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea