Monday, December 30, 2013

Gua #Havoc

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:31:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !
Gua.



Gua suka melukis.

kadang Gua suka menyanyi.

Gua lebih suka diam dari berbicara.

Gua lebih suka menyendiri dari menyibukkan diri dengan manusia.

Gua lebih suka melihat dan menganalisa

tapi bukan menghukum membabi buta.

Gua suka dalami apa perasaan orang.

dan kadang Gua suka baca pemikiran orang.

paling penting, paling lemah.

jiwa Gua lembut, mudah benar terasa, mudah benar mengalir air mata.

kerna itu

kadang senyum Gua tak bererti Gua suka,

senyum Gua penuh rahsia.

mengalir air mataku tak bererti duka,

dan

itu Gua 

susah untuk mengerti.

susah untuk difahami

susah.

dan Gua suka

bila ada yang cuba bersungguh sungguh

untuk mengerti Gua, untuk fahami Gua.

terima kasih untuk itu.

tapi itu bukan alasan untuk Gua berubah menjadi Gua yang baru.

kerna itu identiti Gua.

hanya yang sabar dan kental sahaja yang mampu

untuk fahami siapa Gua.

prinsip Gua senang

" jangan kejutkan harimau yang sedang tidur kalau tak mampu berlari laju "

kadang Gua diam, dalam diam Gua mengaum.

elak dari ngauman gua.

kan gua dah cakap, gua havoc havoc eh havoc havoc.




Saturday, December 28, 2013

The Spoken Words.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:05:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Bismillah.

Actually tak dak purpose yang sebenar pun untuk menulis. Banyak benda yang terlintas difikiran untuk dizahirkan dalam bentuk penulisan, tapi malangnya tak tau dari mana patut bermula.

Cerita mana yang patut didahulukan dan cerita mana yang perlu ditapis supaya biar saja disimpan dalam kotak rahsia.

Mulakan dengan tips untuk mencari pasangan lah. Benda yang hanya terlintas, dan terdetik untuk dikongsikan bersama.

Untuk lelaki, for sure nak yang pandai masak. Pandai masak tapi malas pun tak guna jugak. Punya skill yang hebat tapi malas untuk tonjolkan. Jadi kunci disini, cari yang rajin.

Kalau tak reti masak sekali pun, tapi sifat rajin tu ada. Insyaallah dia akan cuba masak, dan men-try beberapa resepi sehingga masakan tu superb !

dan untung suami. Punya isteri yang rajin dalam semua konteks.

jadi yang penting, rajin.


Untuk perempuan, kadang pilihannya ada seseorang yang bercakap manis, yang mampu sejukkan hati. Yang punya rupa tahap tidur pun tak lena, kacak bergaya. Punya poket tebal yang mampu penuhi setiap apa saja permintaan.

Tapi yang penting adalah kepercayaan dan kefahaman isi hati antara satu sama lain. Kalau tak dak sefahaman, memang susah jadinya. 

Sweet talker, tapi tak faham isi hati pun no point. Sebab waktu kita memerlukan ayat manis tu, dia tak lontarkan. dan hanya dilontarkan bila dia rasa dia perlu, dan bukan kita perlu. No point. Masing-masing mula nak tarik muka, masing-masing rasa tak dihargai.

Sama juga kalau tampak segak bergaya dan berwang. Kalau yang berupa paras yang menarik tapi tiada sefahaman lagi parah jadinya.

Dia mungkin tak akan faham erti cemburu, erti apa-apa saja yang berkaitan dengan hati. Ya, kerana pilihan yang dibuat bukan atas dasar kefahaman antara satu sama lain kan ?

Boleh fikir what will happen next ? Susah nak jaga, kita sibuk control sebab sayang, risau. Dia sibuk test market. See ? Still no point.

Berwang. Boleh relate dengan yang atas jugak.

Jadi yang penting ?

kefahaman isi hati antara satu sama lain.

Setiap manusia tidak sempurna, sebolehnya cubalah menerima sedanya. Kerana itu dia, dia dah cuba buat kita gembira dengan seikhlas hatinya. Tak gitu ?

Selamat Malam, Cinta.

Friday, December 27, 2013

Mimpi Yang Tak Sudah.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:07:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Bismillah.

Terima kasih sebab sudi kembangkan ilmu loghat bahasa kedah hang, dan terima kasih jugak sebab sudi jadi kawan aku walaupun dalam tempoh yang singkat.

Banyak jugak aku nak meqaban kat hang, harap tu hang mampu baca sampai habis la noh.

Firstly, aku nak mintak maaf la kat hang kot-kot ada buat hang sedih, terasa atau menitis ayaq mata. cehh. haha.

Keduanya, aku kagum jugak macam mana hang buleh tau peberet kaler semua tu. Bila tanya, hang cakap nothing. tsk tsk. Sampai hati hangg, main rahsia-rahsia.

Next, gambaq tu penyu la :3 bukan unta, bukan kura-kura. Ada masa nanti aku upload gambaq kura-kura kat hang naa.. 

Terima kasih sebab hang jadi antara manusia yang sabaq dengan aku.. tak semua sabaq dengan aku, habih kuat aku balas sepatah dua kan ? Maaf naa, aku susah nak get comfort dalam tempoh yang terdekat..

Terima kasih sebab leave komen white lotus tu. aku tau hang, terima kasih sebab tegoq :)

kalau hang nak tau, dah bapa kali dah ni aku repeating lagu peberet hang tu. Tak pasaipasai jadi lagu peberet aku jugak. hee. siap bookmark lagi tahukk

dan sekarang baru aku paham, hang kata some memories are unforgettable. ya, memori kita tu la.. kan ?

Mesti rasa pelik lepas ni, bila online hang tak dak kan ?

Tapi apa pun, aku respect keputusan hang.

Jaga diri, jangan dok tidoq lewat-lewat, study qajin-qajin.. masa depan dok tunggu hang..

Happy always k, maaf kalau sebab aku hang rasa depressed atau sedih (sapu ayaq mata).


To dearest you, SK


11 Painful Things

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:14:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !

Bismillah


dan sekiranya pendapat aku diperlukan, aku akan cakap confess je.. mana tau isi hati orang.. at least you will feel much better.

pernah dulu rasa 11 paintful things tu.. sakit tu memang la sangatt sakit.. then I ask Allah, Allah give me the best answer until now.

Alhamdulillah..

Moga kalian juga :)

Don't forget to confess, unless you will miss something you didn't know :)


Thursday, December 26, 2013

Untuk Dia, Hey !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:48:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !





Bismillah.

Sejak kebelakangan ni rajin jugak blogger sorang ni update blog. Update something yang aku rasa alahai manisnya dia ni.. Gituww kau !

Maybe new couple, and it a guy ! nama khai dan his girl nama dyra. Orang Sabahan.

dan mesti that girl rasa speechless bila dia tau apa yang sweetheart dia buat.

Entry yang ringkas, tapi cukup untuk gambarkan betapa gembiranya hati sang lelaki. Ingat senang ke lelaki nak post something yang macam tu =.-

Err, ada tak blogger ke reader ke nak buat entry khas untuk aku ? hekkhekk.

Mana tau tetiba kang muncul kat komen, something yang boleh buat aku rasa 'omaigad '

Hahaha. Berangan, but I wish it happen :P

Tapi nak benda yang talk good la, sebab tak baikk kann talk bad tentang orang lain :D

Wednesday, December 25, 2013

Charger.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:13:00 PM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !





Bismillah.

Pernah tak charger hilang masa bateri almost drain ? Pernahh takkkk ?? Sakiitt takk hatii ?

Sakiitt kann..

Mana hoii chargerr.. bak sini balikkk.. huwaaa...

Lepas ni nak kena letak sticker : belong to

dan harap tak hilang lagi :'(

daripada mood baik hati buleh berubah mood hoii..

tsk tsk.

Always On My Mind

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:07:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Love-But-Not-Pleasure-But-Yes #14

Bismillah.

Biar video yang berbicara, menggantikan tinta yang berkata.


Always On My Mind.

MR :)

Monday, December 23, 2013

Finally.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:51:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !





Bismillah.


Phewwhh... Minggu yang agak padat.. Tapi still happening walaupun penat tu tak payah nak cakap la kann.. Tapi belum selesai lagi kepadatan tu. Baru half, we have half more to go ! 

dan esok, majlis tahlil. Lusa resepsi. Woow ! the day that I can't easily wait ! Ceh, macam diri sendirik je naik pelamin kan ? LOL.

Oh ya, kisah tadi. Unexpected the day before enset tetiba tak buleh nak on. Haihh, pity me. Rasa macam tak complete, sebab tak boleh nak check email and some important calls.

Tapi tula, semua ada hikmah kan ? I just missed 2 job interviews just sebab enset tak boleh on dan tak rasa sikit pun inisiatif untuk on number tu. Just on my private number.

dan dengan senang lenangnya, boleh lepak tepi pool, tengok diorg main air. Feel the ocean wave, feel the view from the upper side building dan enjoy ALL the foods tanpa rasa bersalah sikit pun ! kehkehkeh.

entah kenapa bila dah balik baru terdetik nak on number tu guna lebihan enset yang ada. Enset tak leh on tu entahla, rasa macam nak let it be lah. Esok esok bila semua selesai baru kita seleroh yang tu kan.

Alhamdulillah, bukak email dapat lagi job interview. Bukak jobstreet ada few big company yang dah reviewS my CV. Syukurr ! Semoga lekatlah la satu dua ye dak ? ( and 4 misscalled from e company that I should go for e interview :( )

Oh ! ada orang jugde blog tak kongsi something yang useful =.=

Yeke ? tak pelah, maybe dia tak tengok betul betul kot yang Isu Darah Haid yang dah kongsikan, isu-isu islamik, non islamik.

Tak suka tak payah la visit kan ? I tak paksa uolls pun. Siap cakap post tak guna brain lagi u all ! Style AA gitu ! haha.

oklah, so the moral is don't easily judge the people if you didn't really know them kan ? sebab Allah je yang mampu menghukum, bukan kita :)

and I guess I know who.. heh, might be a guy kan awak ? :P

Friday, December 20, 2013

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:15:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !





Bismillah.

Review sikit la kan movie ni. Sangat best, kena dengan jiwa. Banyak nasihat yang cuba disampaikan.

1. Nilai persahabatan yang dijaga dengan ikhlas.
2. Kisah dan cara-cara sunah Rasulullah
3. Kepentingan Solat & Doa
4. Ringkasan kisah-kisah Nabi
5. Terima qado & qadar
6. Kurangan rungutan terhadap setiap masalah & dugaan yang berlaku.
7. Sentiasa beri pertolongan kepada golongan yang memerlukan.

dan apa itu 1 marhalah. hehe

Love you self. Kurangkan kontroversi. Kurangkan busy body. dan ya teruskan senyuman. 


Tuesday, December 17, 2013

Morning Kiss

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:42:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !





Bismillah.

Selamat pagi ! Haih, bangun pagi senyum senyum. Entah kenapa hati ni susah betul nak marah. Kalau marah pun, tak sampai sejam. Terus marah tu jadi senyum senyum bahagia. 

Pelik kan ? dan tak semua orang yang pandai handle kita, dan dia berjaya ! Geram geram, penat tau kunci hati ni, tapi last last kena jugak curi. Katanya kunci dah campak mana entah, tak dapat pulangkan. 

Bila tanya guna manderem ke buat kita macam ni, dia cakap ni ha ikhlas dari hati. Guna manderem hati. Kan berbunga lagi. Haa.

Rasa macam nak je cubit pukul tumbuk kuat kuat. Tapi belum masa. Akan suatu masa, ku lunaskan semuanya. Haa, padan :p

Haih. Tapi dalam happy pun ada jugak yang macam sibuk je nak interframe sekali. Tak tau la niat dia apa kan. Tapi rasa diri sendiri tu boleh sedar kan, yang you are no need. Tapi tak tau kalau dia yang need gila gila sampai macam dah tak dak orang lain kan. Sarkastik ke ? 

Alah, kalau tak buat. Kenapa nak terasa ?

Ni untuk renungan bersama la.. mai la noh pakat renung sabda Rasulullah, dapat jugak pahala.

Kalau berdua, usahlah kita menjadi orang ketiga. Elakkan sifat pengadu domba, si pemecah belah & batu api. Rasullah pernah bersabda :

" Ketahuilah, sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa. Dan mereka berdua disiksa bukan karena sesuatu yang besar. Adapun salah seorang di antara mereka disiksa karena suka mengadu-domba... "

Benda Bodoh

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:08:00 AM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !




Bismillah.

Entah la kan kenapa, gian pulak nak update entry banyak banyak. Ah kisah pulak kan, bukan ada orang stalk pun, bukan ada yang jadi stalker pun. Yang ada pun secret reader je kan. Haha.. Sarkastik tak ? Abaikan.

dan entah kenapa malam ni asyik buat benda tak berpekdah. Baca inbox yang tak suka - tapi tak delete sambil dengaq lagu yang tak suka dengaq.

Buat benda yang sampai rasa double triple tak suka nak dengaq dan baca tapi still buat. Agak kurang pandai.

Pernah buat ?

Satu lagi, sama ada aku dah nyanyuk atau aku tak peka yang sebenaqnya dah dua tahun lebih. Tapi aku masih blurr blurr. Cepatnya masa, rasa macam baru setahun lebih. Maap naa sebab ingat ingat lupa.

Lagi kurang pandai, kenapa aku tulis ni kat blog ? Benda public.

Tapi reader tak kenai pon kan real me ?

So does anybody care ?

Cinta Bertepuk Sebelah Tangan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:30:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !





Bismillah.

Kabare ? Waras ?

Berada pada tahap kebosanan yang memuncak. Rindu semua benda yang hectic. Menyesal dengan keluhan 'bila nak cuti niii'

tapi dalam bosan tu terselit bahagia. Bahagia bercinta dengan bilik, berasmara dengan kitchen. Best bila boleh feeling novel tanpa risau nak study untuk test atau kuiz. Best bila boleh semakkan kitchen dengan resipi baru dan main baking baking. Rasa heaven ! :D

yang tak best bila badan kui kembang. Itu memang langsung tak best ! Pipi macam apam hoi ! Comel dah macam doremon. Huks.

When it goes to the end ? hah, tunggu degree. Nak kata kerja, kerja tu macam tak nok je kat kita. Kita je yang nak gila-gila kat kerja. Apa orang kata, cinta tepuk sebelah tangan. Hah lagu tu la. Nak bercinta dengan kerja, tapi kerja tu tak sudi. Sedih sedih.

Makanya teruslah bercinta dengan  novel, blog, katil, tab tu. Oh lupa nak mention, bercinta dengan lemak. Huaaaa !


gemuk tapi comel. eh macam aku je. eh eh ! haha

Sunday, December 15, 2013

Berubah Demi Pasangan Non - Halal

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:03:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Bismillah.

Dalam hidup berpasangan, masing masing cuba berubah untuk tampak lebih sempurna. Berbanding mengekalkan sifat semula jadi yang menjadi tunjak utama perkenalan itu berlaku. Pelik bukan ? Kenapa mesti berubah atau menjadi individu yang berbeza hanya untuk memenangi hati seseorang yang belum lagi sah milik kita ? Atau perubahan tersebut dikira auto-pilot ?

 Eh tak jugak, bukan semua macam tu. Ada yang still remain how they are to their partner. Rileks. Beri layanan yang sama seperti yang lain. Insyaallah, kalau kita jujur, ikhlas - the relationship will be last forever. Acewah kau, jiwang ! Tapi mesti diselitkan dengan usaha dan doa. Kalau dah tertulis ia Jodoh, maka akan halal lah dia dan engkau pada satu masa nanti. Yang penting, usaha untuk jaga nafsu, dan berdoa supaya biar di landasan yang tidak melebihi-Nya berbanding yang lain.

Kalau kau masih cuba untuk tipu diri sendiri dengan menukar perwatakan mengikut musim, nah kau dengar lagu ni.



dan ini untuk muhasabah diri sendiri :




Friday, December 13, 2013

On The Street Where You Live.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:19:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !






Bismillah.

3.20 am. Still awake. Live up for something. Something that make me smile broadly. Enjoying listen and feeling deeply with the lyrics. Cliche !  Haha. I do love it most, relating it to the reality that I'm going to face it.

Oh ya, let me share with you what had made me still awake at this time and I got an important interview in the evening. Gosh Nis ! You should get off !



On The Street Where You Live.

But I prefer more from the My Fair Lady Musical. The sound had made me live up with the exotics lyric. Ouch ! Here, the one that I said. It mixed with the Nat King Cole version at the end. I'd love most the words in the beginning of the video.





..... she completely done me in, and my heart when to a journey to the moon....



A014

 (dan dijadikan indah) kepada manusia:  iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(3:14)

Esok.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:05:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !



Bismillah.

Jumaat. Penghulu segala hari. Juga penentu bagi kehidupan yang entah bagaimana coraknya. Betapa hati ini gusar berdebar, hanya Dia yang tahu. Namun, disebalik gusaran-debaran, masih terselit satu harapan.

Harapan yang bukan mudah untuk dikenalpasti. Harapan sama ada ianya menjadi realiti, atau sebaliknya. Dua-dua menjadi harapan utama. Tidakkah keliru itu namanya ? Hati kata pergi - mencuba nasib. Untung nasib baik, ya untung sabut timbul. Tapi, dikira untungkah sebegitu ? Berbaloi dengan pengorbanan masa dan keselamatan ?

Bukan tamak dalam nak menentukan, namun ragu-ragu menjadi satu kenyataan. Orang kata usaha dahulu, keputusan belakang kira.

Mungkin boleh diguna pakai. Ya mungkin perlu mencuba dulu. dan tak mati pun kalau cuba. Kalau mati, anggap saja ajal sudah tiba. Maafkan segalanya selagi hayat masih tersisa.




A024
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Al-Kahfi (18:24)


Sunday, December 08, 2013

Di Mana Dia Dalam Jiwa Ini.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:00:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Bismillah.

Mungkin apa yang berlaku hari ini ada kaitannya dengan hari akan datang. Dan apa yang bakal terjadi merupakan antara dugaan yang bakal ditempuhi. Sama ada kita kuat untuk menghadapinya atau tumbang, terus menyalahkan takdir. Untuk terus bangun dan meneruskan perjuangan. Perlu yakin dengan kuasa Allah, yakin akan kasih sayang Allah terhadap hambanya. 

Suratan atau kebetulan, sungguh aku tak mahu ada hati yang terkorban dalam perjuangan akan datang. Lebih rela biarkan diri sendiri diranduk kecewa dari membiarkan hati yang tak berdosa terlibat sama dalam perjuangan mencari penentu masa depan.

Masa sekarang, hanya doa yang aku mampu panjatkan. Moga hari mendatang akan berjalan mudah, hati lebih tenang untuk meneruskan perjuangan fisabilillah.


A153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar


A177

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Al- Baqarah 2:177 )



berapa banyak perkara yang kita rasa kebetulan , hari ini kita tahu ia bukan kebetulan. Kerana peristiwa itulah aku berada di satu tempat macam ni.

Wednesday, December 04, 2013

Gatai.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:30:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
Sweet ohh..


Tengok home facebook penuh dengan gambar wedding seniors & juniors.

Lagi sweet bila ada yang update gambar honeymoon.

Tepi pantai gitu,

Tepi jeti,

Atas bot,

Candle light dinner.

Pose dengan tulisan pasir pantai.

Pose sambil main air.

Pose sambil main aci nyorok.

Haih.

Siap baju sedondon lagi.

Mana tak sweet.

Indah aturan Tuhan bila yang haram dihalalkan, hanya dengan satu akad.

Tak tau lah nak describe, sebenarnya wujud perasaan ikhlas nak puji sweet 

atau

Cemburu * sebenarnya.

Gonna turn to 22,

and harapnya turn aku tu 5 tahun lagi,

KOT.

Doa, moga dia Jodoh aku.

Doa, supaya sentiasa dalam perlindungan Allah.

Doa, semoga sama-sama kuat untuk terus jaga batas pergaulan.

Haih, haa

Doa wey ! Bagi aku cepattt ................

hehehehehehehe
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea