Thursday, December 15, 2016

Espresso Buat Kyra Ismera (2)

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:29:00 PM 1 kata-kata hebat !

Pekat, kelat, gelap, likat tapi sedap malah nikmat lalu tagih - mau lagi dan lagi.

Itu kopi.

Pahitnya digagah jua merasa, membasah tekak melalui lidah yang meluahkan deria.

Satu, rasa.
Dua, emm mau lagi.
Tiga, apa ini ?
Empat - Aku mahu teguk lagi dan lagi.

Sedang aku tahu ia pahit yang pekat, rasa yang kelat.

Lalu cawan itu aku tenung. Lihat likatnya gelap. Melekat.

dan begitu jua masalah yang menimpa.

Payah, jerih, susah, perit kita hadap hingga sebati dengan diri.

Hari berlalu hari, kita teguk - sikit demi sedikit. Lalu akhirnya kita rasa - nikmat ia melanda.

Jadi, mengapa perlu mengeluh ?

Hadap saja semuanya, biar jiwa berdikari cari jalannya.

Tuesday, October 11, 2016

Jiwa

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:27:00 AM 1 kata-kata hebat !
.

.
.
.
.


Jiwa, mati hidup semula. Hidup semula tercari cari makna sebenar JIWA. Apa perlu kental ? Apa per lu kuat ? Perlu apa lagi jiwa ?

Tapi, mahu mula dari mana ? Dari mana kentalnya ? Dari mana kuatnya ? Dari mana perlu mula ?

Takut, memelihara jiwa. Supaya ia tenang tanpa seksanya, supaya kuat tiada rapuhnya, supaya kental bukan lembiknya.

Arghhh, ini soal jiwa ! Mana hilangnya semangat ? Mana hilangnya berani ? Manaaaa !!

Kesini kau semangat, kemari kau berani, Biar sama sama kita pupuk jiwa. Biar sama sama kita pelihara jiwa ! Manaa semua manaa !

Bangun dari terduduk jatuh.

Bangun dari menangis kesedihan.

Bangun dari ketakutan masa lampau.

Bangun !

Kutip cebisan, kutip kutip ! Biar sikit lama lama bukit !

Biar susah - terluka, janji jiwa kembali tawa.

Ayuh, mulakan. Mulakan dari sekarang.

Persetankan segala kerajaan negatif, imbangkan kerajaan positif. 

Ayuh !

Friday, April 15, 2016

Kisah Hati, Cinta Mati

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:04:00 AM 1 kata-kata hebat !
'' Sayang, berani ke nak naik cable car tu ? ''


" Sayang ada, semua saya berani "

Senyum.

" Sayang, nanti kat sana nak pergi jalan mana lagi ? "

" Jalan kat hati sayang je "

Senyum lagi.

Terima kasih, atas senyuman yang terlukir. Terima kasih atas usaha demi menghalalkan sebuah perhubungan. Terima kasih, atas perkongsian rasa sayang. Moga terus berkongsi, berdua, bersama dan kita.

Sebab awak sentiasa, Oren saya.

Sunday, January 31, 2016

Resipi Sambal Kacang Kuda

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:39:00 PM 1 kata-kata hebat !
Assalamualaikum..

Hari ni kita share Resipi Sambal Kacang Kuda.. Mudah mudahan bermanfaat kepada semua..





بسم الله الرحمن الرحيم

Resipi Sambal Kacang Kuda

Bahan-Bahan :

❤ 500gram Kacang Kuda
❤ Bawang Merah
❤ Bawang Putih
❤ Cili Padi
❤ 3 tangkai daun kari
❤ Asam jawa
❤ Gula & Garam

Bahan Menumis :

❤ 3 ulas bawang merah / ditumbuk separa kasar
❤ 3 ulas bawang putih / ditumbuk separa kasar
❤ 3 tangkai daun kari
❤ 2 biji cili padi / diketuk
❤ 1 1/2 sudu besar cili giling
❤ 2 sudu besar air asam jawa - pekat
❤ Gula dan garam sesedap rasa

Cara Penyediaan :

❤ Rendam kacang kuda selama 1 jam
❤ Rebus kacang kuda bersama sedikit garam sehingga empuk
❤ Tumis bahan tumisan sehingga bawang kekuningan & cili garing
❤ Perasakan garam & gula
❤ Masukkan kacang kuda yang sudah direbus
❤ Gaul sehingga kacang kuda berpalut bersama sambal 
❤ Biarkan seketika diatas api untuk lebih garing
❤ Hidangkan bersama teh o suam


Tips :


❤ Sesuai untuk dijadikan bahan kudapan semasa di dalam kereta
❤ Lagi pedas, lagi nikmat !































 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea