Thursday, April 28, 2011

Kehidupan : Kertas Putih Vs Kertas Hitam

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:28:00 PM
Reactions: 
4 kata-kata hebat !













Kreatif ?? Ya !! Dalam kehidupan seharian perlu wujud elemen kreatif.Baru boleh hidup dengan sempurna.Kreatif mengatur masa,kreatif menceriakan suasana,kreatif dengan mencipta hobi tersendiri..

apa kaitan
dengn kertas putih,kertas hitam?? kalau anda kreatif..fikirkan disebalik kertas putih dan hitam..

ini pendapat aku..bagi aku kertas putih yang nampak bersih dan suci itu mendatangkan keburukan tersendiri.Berbeza dengan pendapat orang lain yang ratanya menganggap kertas putih itu punya seribu kebaikan..Kertas putih yang flexisble,kertas putih yang boleh diolah pelbagai bentuk serta lukisan atau tulisan di atasnya.

kertas hitam?? ya aku suka kertas hitam..kenapa??sebab walaupun dasarnya ia hitam dan tidak boleh diubah dan juga bukan typical flexisble..tapi dia kental !!

Sedar atau tak..kadangkala dalam kehidupan..kita
perlu menjadi seperti kertas hitam..dan bukan kertas putih..alasan ?


gumpalan kehidupan


Andai kehidupan kertas putih :
  1. seorang yang mengejek - sering pamerkan kembali apa yang ditulis di atasnya
  2. tidak kental - kertas putih yang mudah diconteng apa jua sekali pun
  3. tidak punya prinsip yang teguh - merelakan apa saja contengan di atas kertas putih tersebut
  4. tidak boleh simpan rahsia - setiap kali diconteng..nampak balik contengan..sama dengan manusia..tak boleh simpan rahsia
Andai kehidupan kertas hitam :
  1. seorang yang tabah - tak kisah apa jua yang diconteng..tetap xda kesan
  2. kental - kau conteng lah apa pun..warnanya tetap hitam !
  3. prinsip yang teguh - bukan calang kertas yang boleh diconteng atau dilukis sesuka hati
  4. penyimpan rahsia yang baik - kau conteng apa pun..tetap tidak menonjolkan kembali kesan contengan walau banyak mana sekali pun..
ini pendapat aku tentang kehidupan..lain orang lain pendapat..nak jadi kertas hitam atau putih ?? fikirkan !! atau kelabu ?


hitam-putih : tersirat dan tersurat

Tuesday, April 26, 2011

Holidays??? Best ke??

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:18:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !
first time merasa apa itu cuti sem !!

okeh !! best bagi minggu pertama..

dan..mula bosan pada minggu kedua..

cis..apakah??

plan going some where?
~adik sekolah,parent keja..

giant?lepak?
~buhsan dgn Giant..
~lepak??tak sesuai untuk perempuan..

tengok tv?
~apa cerita yang best???

novel?blogging??
~yes !! that sure :)

okeh..no more bored !! happy holidays !!


any suggest??ce citer ceciter..

Tuesday, April 12, 2011

Untuk KAMU : CINTA hati Sakit

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:57:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !

Cinta Hati Sakit

Jadikan iktibar,buang yang keruh ambil yang jernih.Setia pada yang menyetia.Sayang pada yang menyayangi.Cinta pada yang mencintai.Ikhlas kepada yang member ikhlas.

‘’dulu kamu selalu Tanya aku..bila aku akan bukukan kisah cinta kita.aku diam dan senyum Cuma.nanti aja aku bukukan kisah kita.kerna saat itu ianya sangat indah untuk aku bukukan.biar aku bukukan saja dalam hati aku.dan aku harap kamu juga.

Hari berganti hari.aku gembira di samping kamu.harap kamu juga bahagia di samping aku.kamu selalu nyatakan pada aku.bahawa tiap kali solatmu,doa kamu terhadap jodoh kita agar berpanjangan selalu .aku terharu seketika di situ.indahnya jika kamu memang jodoh aku.dan aku juga tidak lupa mendoakan agar hubungan kita sentiasa berkekalan.

Malam itu.kamu berterima kasih kepada aku.kamu bersyukur kerna aku disamping kamu.dulu kamu perokok dan bila hadirnya aku dalam diri kamu,kamu berhenti merokok.kamu,aku turut gembira kamu ada di sisi aku.kamu buat aku gembira.kamu buat aku makin bersemangat untuk mencapai cita-citaku.kamu didik aku jadi wanita solehah.wanita yang punya ciri-ciri idaman lelaki.

Cuma.pada hari gelap itu.kita ada pertengkaran kecil.maaf kerna aku tak dapat penuhkan kehendak kamu yang satu itu.otak aku runsing memikirkannya.hari itu aku ada peperiksaan penting.sumpah aku tak dapat tumpukan perhatian pada pengajianku.selepas selesai peperiksaanku,aku terus berjumpa kamu.kamu senyum Cuma,tapi aku tahu kamu marah akan aku.kita borak sakan,tapi kamu sekadar mengiakan saja setiap apa kataku.aku sedikit terkilan.tapi aku abaikan saja.aku tahu.kamu milik aku.

Seminggu selepas itu,kamu sudah jarang berkomunikasi dengan aku.alasan kamu sibuk.aku akur.mungkin kamu perlu masa untuk itu.aku biarkan kamu dengan masa kamu.tapi pada masa yang sama aku masih berhubung dengan kamu walau kamu hanya endah tak endah.

Tiap malam aku berdoa.agar tuhan tunjuk jalan kepada aku.bertafakur aku di malam hari .hinggalah satu hari itu aku terima pesanan ringkas kamu.pelik!kamu bahasakan diri kamu abang dalam pesanan tersebut.pastinya pesanan itu bukan untuk aku kerna kamu tidak pernah bahasakan kamu sebagai abang.aku tabahkan hati.aku positifkan mindaku.

Hari ke hari.kamu makin berubah.nada kamu dengan aku sudah semakin kasar.aku masih buntu apa salah aku terhadap kamu.bila ditanya.kamu hanya jawab tiada sebarang kesalahan.arghh.ya Allah,berikan petunjuk – Mu

Hari raya keempat.hari perit buat aku tapi gembira buat kamu.kamu bilang kamu sudah hilang rasa sayang kamu terhadap aku.aku redha andai itu takdir kita.aku redha.Cuma aku terkilan.malam kita putus,kamu keluar tengok wayang dan bergembira dengan kekasih baru kamu.Ya Allah..apa kamu tidak punya perasaan?sedangkan aku masih sedih kehilangan kamu,dan kamu bergembira atas kehilangan aku?mungkin ini yang kamu idamkan selama ini.tapi bagai mana dengan doa kamu di saban waktu solat kamu??

Mula hari itu,aku bertekad.biarlah kamu bergembira bersama si dia.dan mulai hari itu aku turut bertekad bahawa aku tidak akan mengganggu kamu.maaf kerana selepas kejadian itu aku dingin dengan kamu walaupun aku tahu niat kamu baik untuk kita jadi kawan.maaf aku masih tidak boleh terima segalanya.tapi jauh di lubuk hati,aku rindu kamu,aku perlu kamu.

Kamu..hari ini aku telah bukukan kisah kita.ringkas Cuma,bukan dalam bentuk buku tapi bentuk yang boleh kamu baca dan memahaminya.kamu,aku rindu kamu.aku rindu kamu yang dahulu.aku harap kamu bahagia di samping dia.aku doakan kebahagian kamu sebagai mana dulu aku doakan kebahagian kita.kamu,jika detik ini kamu membaca kisah cinta kita..sedekahlah ayat al-Quran kepada ku.detik ini aku sudah tiada di muka bumi ini.tak dapat melihat kamu,tidak dapat mendengar suara kamu.akhir kata,aku masih sayang kamu.’’

Sunday, April 10, 2011

YaNa Yassin 1st Giveaway

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:42:00 AM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !


dengan jayanya kembar nama saya atau lebih pemes dikenali dengan GKSB telah men-tag GA ny..so..jom kita settle kan :)

Hadiah :

1 - Color Contact Lens
2 - 10psc Foot Detox.
3 - Topup - RM 10
4 - Topup - RM 5

masyukk lah !! nak join??jom!!

ni tarikh tutup : 30 April 2011

men-tag lagi 3 orang budi budiman :

Friday, April 08, 2011

AKU SEORANG JUTAWAN

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:25:00 AM
Reactions: 
6 kata-kata hebat !


Cantik kan header kat atas ny?secantik tuan punya blog tu la kan..actually..MyMye MyMya ada buat first segment contest dekat blog dy..tajuknya AKU SEORANG JUTAWAN..

ohh..jika AKU jutawan??pe akan jadi ek??alamak..kalau sy cerita nanti terbongkarlah rahsia saya selama ny..tapi demi tuan punya blog kat atas tu yang kiut miut..sy bongkarkan jugak la rahsia saya ni..

senang cerita..aku dilahirkan pada bulan september..mengikut ramalan sifat dan perwatakan..aku seorang yang pendiam dan segala mak nenek yang baik-baik belaka..:P
aku selalu berangan..dan andai kata aku seorang jutawan apa yang aku akan buat..sesimple orang..sesimple itu jugaklah impian aku kalau aku jadi jutawan.

nak taw apa?tapi please jangan gelak !okeh,korang taw kan iklan2 giant,tesco and segala iklan barangan dalam paper?
melalui tu lah aku selalu imagine kalau aku jadi jutawan aku akan main tunjuk-tunjuk je kat paper tu..tentang apa yang aku nak..then..PA aku akan take note semua tu..n tugas driver plak pergi beli segala benda yang telah aku main tunjuk2 dalam paper tadi..contohnya baju..makanan..and sebagainya
aha!!simple je kan aku?aku tak demand nak keta mewah..tak pula aku imagine nak rumah bangalow..ohh simple suda..
btw!benda2 yang aku main2 tunjuk tadi tu kan..sebenarnya aku akan kasi dekat umah org tua2..tak caya?betul ! aku tak tipu..

okeh..untuk itu je coret coret aku..tak percaya?no worries..up to u...haha

adios! tq mymye !
salam gegar 1 ribu blog~~abg ben :)

Tuesday, April 05, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:45:00 AM
Reactions: 
13 kata-kata hebat !


berminat??jom kita join !! cepat !! tinggal berapa jam je lagi..klik gambar untuk butiran lanjut..


- 3/4/2011 jam 5 petang sehingga 5/4/2011 tepat jam 5 petang

-Tajuk : GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

nganga pa lama-lama..klik lekaih !!

Monday, April 04, 2011

Tanda-tanda ANDA Jatuh Cinta !!

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:15:00 PM
Reactions: 
9 kata-kata hebat !

Bebunga je hati andai kata kalau jatuh cinta..ye tak??tak kira la lelaki atau perempuan..hati gumbira je bila cinta ketuk tangkai hati..ehh..korang bercinta ke ny??meh kita tengok tanda-tanda jatuh cinta

1. Korang akan cari kelainan dalam diri ‘somebody’ tu..tak kisah la dari stlye rambut,pakaian atau cara cakap..

2. Sometimes korang akan malu kan diri depan ‘somebody’ tu..tapi korang sendiri tak perasan akan hal tu..

3. Akan selalu curik curik pandang ‘somebody’ tu J

4. Selalu je cari info-info tentang ‘somebody’ tu..dari nama,num telefon dan mungkin sampai nama atok ‘somebody’ tu :D

5. Selalu update diri ‘somebody’ tu walaupun hanya update dengan tengok ramalan horoscop ‘somebody’ tu..

6. . Dalam diari atau blog korang asyik citer tentang ‘somebody’ tu je…:P

7. .Cuba tuk rapatkan diri dengan kawan-kawan and orang sekeliling ‘somebody’ tu..:)

8. .Akan jadi pendengar yang baik bila ‘somebody’ tu citer masalah diri dy atau sesaje bual2..

9. Sedih bila satu hari tak Nampak ‘somebody’ tu..

10. .Tapi bila jumpa wat derk je..padahal dalam hati..bunga2 J

11. .Simpan msg ‘somebody’ tu even msg tu dah berkurun lama abadnya n msg tu just tulis ‘hye’..

12. Cuba tampil sehabis baik depan ‘somebody’ tu..

13. .Selalu tulis nama ‘somebody’ tu dekat mana2 tempat yang boleh ditulis..kertas kecik..kertas soalan or even kat anggota tangan mcm tangan atau kaki..erkk..ade ke??

14. Selalu layan lagu jiwang n lagu romantic J

15. .Selalu je google cari tips2 jatuh cinta and sebagainya..

16. Akan tersenyum sorang2 bila baca artikel ny !! (opss sy pun tersenyum..erkk??haha)

17. And lastly..waktu baca artikel ny..kamu ingat dia!!sahlah kamu dah jatuh cinta dengan ‘somebody’ tu !!!

Last but not least : indahnya jika jatuh cinta..tapi meranalah jiwa andai cinta kita ditolak..:)

: bercinta dengan ILMU,

Bertunang dengan BUKU,

Berkahwin dengan PEPERIKSAAN,

Dan akhirnya honeymoon dengan KEJAYAAN….

GUDLUCKS UTK FINAL !!! CHAIYOKKKK !!

Saturday, April 02, 2011

Cintaku hanya untuk S !!

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:52:00 AM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !

Aku gelarkan dia sebagai S..sayangku terhadap S tiada tandingannya..

Tiap malam S temankan aku..S sentiasa ada..bak kata orang teman setia..

Kami rapat.intim ! bukan lagi teman tapi mesra..tapi sebaliknya..maaf! tak ada siapa pun boleh tandingi S..

Dulu..aku cuak bila lihat S.bagi aku S tidak punya apa2..sekadar S !

Namun setelah aku dikenalkan oleh seseorang yang paling aku sayang..aku terus jatuh cinta dengan S !

Ohh..jangan salah faham..aku tak pernah curang even berpaling tadah..Cuma kasih ku tertumpah kepada S !

S bahagia bersama ku..begitu juga aku..aku bersama S selama 4 tahun..alhamdulillah..perhubungan kami masih segar macam dulu..

Aku masih perlukan S..begitu juga S..

Cuma aku sedih..sebab S terluka..entah siapa lukakan S..kalau aku tahu siapa yang buat S macam tu..siap!!

S! bertahan ya sayang..semoga lukamu sembuh..

S sakit…mengikut yang arif..luka S perlu dijahit..sebanyak 3 jahitan !!

Ya Allah..S cacat??tidak!tidak!arghhhhh!! S!!!

S,walau apa pun awak masih cinta hati sy..sy syg awak..terima kasih kerana setia dengan saya hingga hari ni..

Saya sayang awak Spongebob!! Sy janji tak beli patung lain..sy janji tak peluk tedy lain..sy peluk awak je Spongebobb!!!! J

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea