Friday, May 18, 2012

Petanda Suci Selepas Haid dan Nifas

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:23:00 PM
Reactions: 
assalamualaikum and happy weekends guys ! :)



 kali ni nak sentuh sikit bab yang kadang kala kita sebagai wanita terlalu ambil mudah dengan perkara ni.Pernah kan ada cecair jernih keluar di alat kelamin anda ? cecair apa tu ? kena mandi hadas tak ? bersih tak ? boleh bawa solat tak ?

sebenarnya,apabila menjelang hari-hari akhir tempoh haid dan nifas,warna darah haid dan nifas akan berubah secara beransur-ansur kepada warna yang lebih cerah.Menurut ahli ulama,ada dua cara untuk mengetahui dan memastikan bahawa seorang wanita itu sudah suci dari darah haid dan nifas iaitu ;

  1. Cecair berwarna putih ( al Qassah al-Baida' )
    • selalunya cecair ini akan keluar bila hari terakhir haid.
    • ini membuktikan bahawa anda sudah suci dari darah haid.
  2. Kering ( jaf )
    • selain dari petanda keluarnya cecair berwarna putih sebagai tanda suci,terdapat juga satu lagi petanda iaitu kering daripada sebarang warna merah atau warna darah.
    • ia boleh diperiksa dengan memaksukkan sejenis kain kapas berwarna putih ke dalam vagina.
    • jika tiada sebarang warna darah yang keluar,maka wanita itu boleh segerakan mandi hadas dan seterusnya melakukan ibadah lain.
  • Cecair keruh atau kuning selepas mandi wajib
    • tidak lagi dikira berada di dalam tempoh haid atau nifas kerana cecair yang keluar selepas tempoh waktu haid atau nifas tidak lagi dikira sebagai haid atau nifas.
  • Cecair keruh atau kuning sebelum haid
    • sekiranya ini berlaku,ianya belum lagi dikira sebagai haid dan dia wajib mengerjakan ibadah
    • jika keluar cecair berwarna hitam dan berbau busuk tepat dalam tempoh haid,maka wanita tersebut dikira berada dalam tempoh haid

sekarang anda semua tidak lagi ragu-ragu tentang permasalahan ini.kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. :)

sumber : solusi

7 kata-kata hebat !:

ZWAN SABRI said...

bila baca entry ni, baru taw pasai haid org perempuan ni. ;)

LuVidA^^ said...

good one!

..cik hana.. said...

hehehe..nice info :)

NahDaTuLIzaH said...

good info..

mawar merah said...

Xfhm juga...sy bese.clear.hr ke8..tetibe bln ni hr.ke10 still.ad cairan kuning tu..sy confused tu kire haid juga or x sb kdg tempoh haid sy x menentu..kdg 8 hr kdg 9..dn yg ni 10..dh 3x mandi wajib..

roha said...

gud sharing. thanks..

Anonymous said...

dd

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea