Sunday, November 30, 2014

Story End of Tha Year

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:06:00 PM 1 kata-kata hebat !
A.W.B.T


Weeheehuu..

Lama nau kan hilang. Heww.

Alhamdulillah, sekarang dah fully recovery. Tula, asyik seronok sangat kan, sekali Allah duga, haa.. admit hospital kau deknon ! haha

Anyway, alhamdulillah alhamdulillah. All going fine, me too.

Dah nak hujung tahun kan ? Ohmai, dah going to be twenty-third..

Apa pun, penghujung tahun ni start from Sept too many precious moment dengan family & kesayangan.

Alhamdulillah.

Kerja ok, officemate superb, rejki gaji.. semuala, rasa macam eh I dah kerja, dah besar ? dah pegang banyak tanggungjawab.

Lagi rasa berguna sangat bila dapat bayor balik PTPN.

hehe.

Nex year ?

Might be tukar status kot ? kottt.. Insyaallah kan ?

Tengah cori kurja area sana, survey rumah sewa atau rumah secondhand yang nak jual..

Orang Klang yang tau ada rumah nak jual, kerja kosong bahagian Finance.. mohon roger k. hikhik.

Oh satu lagi, dah start business online. Boleh review laman FB - Hanis Rahim @ insta - kyraismera.



Wednesday, September 10, 2014

Konvokesyen | September dan | Bunga

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:39:00 PM 5 kata-kata hebat !
 A.s.w.b.


Alhamdulillah dah berjaya dan merasa jubah konvo untuk diploma. Proud called as diploma accountancy holder.

Syukur yang teramat sangat. Atas segala nikmat kesenangan dan kegembiraan.

Untuk kali ini, September yang sangat sangat bermakna buat kami.

Untuk yang pertama kali, bertemu empat mata antara keluarga.

Terima kasih mama-to-be and family-to-be. Sebab dengan willing-nya mintak anak dia temankan aku sampai settle majlis, even tau anak dia nak balik jauh plus time tu cuaca panas.

Serius serba salah. Tapi sebab mama-to-be yang beria nak dia ada sama untuk majlis aku, aku iakan saja.

terima kasih keluarga kedua, insyaAllah keluarga mertua. :)

Terima kasih jugak untuk mama, yang unexpected super sporting to him. Yang layan bakal menantu dia dengan ramah dan take care lebih dari aku take care dia. hehe.

Untuk ayah, good luck untuk that interview even sebak jugak ayah tak dapat hadir konvo.

Untuk dia,

Ini bulan kita sayang, InsyaAllah kita jaga yang sehabis baik.

Terima kasih untuk bunga dan dua teddy bear yang sangat comel.

terima kasih kerna sudi luangkan masa, tenaga melayan kerenah aku yang sukar dijangka.

Alhamdulillah, this is one step closer. Doakan kita, doakan kami, doakan kita semua.

Bahagia itu milik semua, yang bertakhta atas segalanya - Allah.

Terima kasih Pencipta. 

Thursday, August 28, 2014

Resipi Chocolate Moist Cake Senang dan Sedap

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:22:00 AM 7 kata-kata hebat !





A.w.b.t

Ehem.. Tadi petang buat Chocolate Moist Cake with Cream Cheese Filling. Bukan makan pun sebenarnya, tapi seronok nak buat, seronok tengok orang, seronok tengok orang puas makan.

Alhamdulillah, resipi ni dah lama guna. Lagi lagi dekat ganache tu.. umphh.. berkilat, pekat and yummy !

Ayuh mulakan !



Bahan A :


1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula 
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :


1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh asen vanilla
3 biji telur

Cara-cara memasak :


1. Masak kesemua Bahan A sehingga sebati ( tak nak berketul ). Sejukkan
2. Pukul telur sehingga kembang ( kelihatan buih-buih putih)
3. Masukkan Bahan A yang telah dimasak.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama bikarbonat
5. Kukus selama 1 jam 10 minit. Pastikan air didih tu dah mendidih panas kukus.

*pastikan loyang ditutup dengan aliminium foil/plastik/kain supaya wap air tak masuk.
*jangan buka penutup pengukus semasa memasak.

Susu cair boleh digantikan dengan susu tepung tapi bukan Anlene ye.
Gunakan 3 scoop untuk bancuhan susu tepung.

Sukatan gula dan susu boleh diubah suai mengikut selera masing-masing.


Chocolate Ganache :


1. 300gm coklat
2. 1 sudu besar susu pekat
3. 1/2 cawan susu cair
4. 2 sudu butter
5. 1//4 cawan air panas

Cara memasak :


Kaedah double boiler.


1. Masukkan susu cair dengan susu pekat. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan coklat yang dipotong dadu sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Matikan api, masukkan butter.

adunan ganache yang pertama tu boleh la tuang sedikit demi sedikit ke atas kek supaya ganache boleh menyerap masuk ke dalam kek.

Tinggalkan separuh ganache untuk topping.

1. Lebihan ganache tadi, masak kembali kaedah double boiler, masukkan air panas.
2. Kacau hingga pekat.
3. Tuang atas kek sebagai topping.

Cream cheese boleh dapatkan di kedai kek. Masukkan dalam piping bag dan hiaskan di atas kek.

Kalau tak nak cream cheese pun boleh, taburkan chocolate rise atau chocolate chip atau yang bersesuaian sebagai perhiasan kek.


hmm, tangan ambe keras, tak reti nak bagi cun cun. Lebihan ganche tu agak comot sikit. Nanti korang pepandailah adjust bagi molek molek ye.





shinning tu yang cantik. Senget benget tu abaikan lah. Nak masuk perut jugak kan ? Iye dok ?


Monday, August 11, 2014

Seloka Pak Belalang | Precious, Now and Forever

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:22:00 AM 2 kata-kata hebat !
A.w.b.t


Saat entry ini dikarang, perasaannya sama seperti 5 tahun dulu. 

dan 

lagu aku kira,

yang menjadi peneman aku supaya - tidak terlalu mengharap - dan - bersedih - dan - belajar untuk menerima apa yang bakal terjadi.

ialah

Seloka Pak Belalang - Bintang Batu.

Lirik yang buat aku rasa chill dan lek ah.

apa orang kata

wat lek wat pis ?

gittu.

Lirik : Seloka Pak Belalang | Bintang Batu


Bila hati terasa sunyi
Berdendanglah hiburkan hati
Usah dikenangkan yang terjadi
Jika dikenang buat sakit hati

Mungkin masa ubat segala
Kepedihan luka sengsara
Berdendanglah dengan lagu ini
Biar semua suka hati

Dan bila kita lalui 
Saat-saat begini
Tabahkan hati
Bukan senang nak senang 
Kata orang-orang tua, nak susah senang.

Tiada guna memendam rasa
Kelak nanti pasti binasa
Tanyalah pada diri sendiri
Hey! Budak bertuah apa nak jadi !


Apa pun masih belum terlambat untuk terus berdoa kan ?





Saturday, August 09, 2014

Perubahan Zaman | Merindui, Dirindui

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:15:00 PM 0 kata-kata hebat !



A.w.b.t

Perubahan zaman, zaman modenisasi. Terlalu moden hingga menyusahkan.

Sungguh, bila berjumpa masing-masing sibuk dengan gadjet.

Tapi bila tak berjumpa, sibuk untuk arrange 'lepak'

Lepak kejadah ?

Sungguh, aku rindu zaman aku buta IT.

Aku buta apa itu FB,

Aku buta apa itu YouTube.

yang dulu pada aku, internet adalah antara bahan terpantas dalam mencari sumber.

Zaman Yahoo jadi kegilaan, bukan Google.

Sungguh, aku rindu zaman berkomunikasi gaya sistem pesanan ringkas.

Tiada voice note, tiada whatsapp.

Tiada last seen ! Haha.

Zaman yang aku rindu, zaman itu.

Zaman aku yang buta dengan kelalaian dunia.

Sungguh, jauh dihati - aku pingin kembali guna telefon bimbit tanpa warna.

Apa orang kata ?

Telefon campak anjing ? 

Hah, yang itu.

Yang tiada sebarang aplikasi sosial yang melalaikan.

Sungguh aku rimas, 

Kerna aku bukan jenis bercinta dengan telefon.

Paling aku rimas, bebal - bila aku pegang telefon - notifikasi whatsapp yang bukan sikit bilangannya - 3 yang mininum dan maksimum 9.

Allahu !

Belum lagi panggilan tak terjawab, notifikasi email, SMS.

Haih.


Wednesday, July 30, 2014

Kehidupan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:46:00 PM 0 kata-kata hebat !




Salam Syawal Ketiga, Salam Eid Mubarak.

Salam salam salam ! Salam kosong-kosong ya. 

Puas ketawa, puas berbual mesra, puas mendengar celoteh yang muda dan tua, puas rasa gembira. - PUAS.

dan dalam ketika ketawa, berbual mesra, mendengar cerita tua muda dan gembira - banyak sebenarnya perkara yang aku pelajari.

Kehidupan semestinya. Jujur aku katakan, tak mudah nak hidup apatah lagi hidup menghirup kesenangan.

Namun, itulah kehidupan.

Semua benda susah, nak kawin pun susah.. even nak makan pun susah. Tapi yang buat perkara itu menjadi senang, bila senangnya kita dengan positif dan menerima apa yang tertulis.

SHRMZB.


Friday, July 04, 2014

Resipi Mee Kuah ( Mee Jawa ) Utara

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:38:00 AM 0 kata-kata hebat !





Assalamualaikum.. dan salam Ramadhan.

Since, ramai request resipi mee kuah. Here, I'm going to share ok :)
Sangat mudah dan rasa yang InsyaAllah tip top lah habaq hang !

Untuk bett, dayah.. ni aku dah kasi resipi ni. Untuk keberapa kali pun tak tau la kan.

Itula jauh lagi, kalau dekat dengan aku. Selalu je aku buatkan untuk korang macam dulu-dulu.

Rinduu !

Ok. Terus ke resipi ye..

Bahan-bahan.

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili boh / cili giling
Sos tomato / cili / tiram
4 ubi keledek ( sedang )
Udang / Ayam / Daging
Kulit Udang / Tulang daging *
Sayur - Sawi, Kobis atau yang bersesuaian mengikut citarasa.
Fishball / Fishcake

Cara penyediaan :

A.
1. Rebus ubi sehingga empuk dan kulit udang sehingga kulit kekuningan ( berasingan )
2. Blend ubi tadi. Asingkan.
3. Blend kulit udang bersama air tadi. Asingkan.
4. Blend bawang besar & bawang putih.

B.
1.  Tumis bawang yang telah diblend sehingga kekuningan.
2. Masukkan satu atau dua sudu cili boh. Ikut citarasa, kalau nak pedas boleh lebihkan.
3. Biarkan cili dan bawang tadi untuk seketika. 2-3 minit.
4. Masukkan air udang yang telah ditapis. Boleh juga digantikan dengan air rebusan daging.
5. Masukkan ayam / daging . Selalunya saya masukkan ayam. Sebab daging makan masa untuk empuk.
6. Biar didih seketika.
7. Masukkan ubi yang telah diblend tadi.
8. Masukkan sos cili / tomato dan tiram sesedap rasa.
9. Bila dah mendidih boleh masukkan fishball fishcake dan kobis.
10. Akhir sekali masukkan udang dan sayur. Udang dan sayur tu tak nak overcook, sebab tu masukkan last sekali.
11. Garam secukup rasa. Boleh juga masukkan sedikit gula atau perasa.

Siap !

Lepas tu boleh la rebus telur dan taugeh untuk hiasan. Untuk lebih umphhh, makan dengan cili potong. Pergh ! Membuka selera !

Apa yang buat kuah lebih sedap tu dari air rebusan kulit udang. Tapi boleh juga kalau nak gantikan dengan air daging, tapi tak berapa nak umphh la.

Tips : Jangan blend kulit udang terlalu halus. Nanti masa tapis, air masih lagi terasa sisa kulit udang.

Selamat mencuba ! Kalau ada yang mencuba tu, nanti komen-komen la ye. Berjaya ke idok kan :D

Salam Ramadhan dari Hanis, Rizuan dan kami sekeluarga.

Friday, June 27, 2014

#prayformemen

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:56:00 PM 0 kata-kata hebat !





Assalamualaikum.

Apa yang #prayformemen sebenarnya ?

Sebenarnya memen, anak kepada Linda Rafar yang berusia lingkungan 12 tahun yang menghidapi kanser pada tahap 4. Kanser apa itu tak pasti, tapi semalam, godekgodek ig: lindarafar ada terbaca komen nama penyakit memen. Tapi terlupa apa namanya. My mistake. Maaf naa

Tapi bila tengok gambar-gambar memen, memang terasa sebaknya. Baru tengok dah sebak, apatah lagi yang menanggung kan.

Apa pun, kita doakan adik memen supaya cepat sembuh dan boleh jalani kehidupan seperti sediakala.

Kepada yang berminat untuk menderma atau membuat bantuan kilat bolehlah visit IG lindarafar atau memen sendiri.

Semalam geng geng United FC ( MaharajaLawak ) dah buat football match dan bantuan kilat utuk adik memen. Tengok gambar macam happening je.

Visit :

ig memen







Monday, June 23, 2014

#tepisikit

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:37:00 AM 0 kata-kata hebat !





Lirik lagu Tepi Sikit – Sleeq feat Joe Flizzow

apa yang kau mahu

semua ku beri



apa yang kau mahu

mahu apa lagi


bagaimana aku pula

aku serik

jadi ku ingin jalan sana



tolong tepi sikit

tolong tepi sikit

verse 1 [joe flizzow]

terima kasih untuk semua memori

sekarang masa untuk aku naik pesawat

di bumi ku berpijak sentiasa rendah diri
tapi sekarang masa ku berlari atas awan



pada mula kalau betul hilang

tiba tiba diam
yang lain cuma bisa meminjam
gayaku nak ambil simpan



ku kata gayaku pablo

mereka tak kenal picasso
jadi semua berkoba koba nak jadi macam escobar



itu aku

ikhlas
kau nak e class
ku bagi e class
tapi sekarang memang jelas, wang tidak boleh beli class



duit tidak boleh beli masa

masa dulu mungkin rasa ni tak buang masa


tapi sekarang rasa macam kena paksa

mungkin kita berdua jadi mangsa
cita rasa berbeza walau sama budaya dan bangsa
jadi tepi sikit, tumpang lalu
biar yang lalu jadi yang lalu
apa yang jadi hari esok, itu esok baru tahu


apa yang kau mahu
semua ku beri


apa yang kau mahu


mahu apa lagi

bagaimana aku pula

aku serik

jadi ku ingin jalan sana


tolong tepi sikit


tolong tepi sikit

verse 2 [alif sleeq]

kau semakin kejam

caraku pelan

lembut dan
ku tak membantah
hanya mengalah

ku disuruh cuba


ada pendirian sikit tak boleh ke ha?

kau ni lelaki banyak songeh ah, ha?


kau ada tau kisah ke

atau kau saja nak buruk sangka


yang buruk sangka tu tolong simpan kata kata sebelum terlebih belanja



aku alif, erti yang pertama

tak salah dengarkan aku kata
tak salah yang aku pernah cuba
yang pernah gagal
berdiri semula



masa lalu, kelap kelip

semakin sempit, tepi sikit


sebelum aku naik bingit

sebelum darah aku naik


dah bagus tu awal awal ku pesan kau patah balik



wow



kenapa muka ketat, apa kau mintak peluk?

kita sudah dewasa, dewasa pun nak merajuk?


ku sudah kata kalau hidung tinggi, tak lihat apa di bawah

jadi kalau kau tersandung batu, padan muka


suka?


bridge [syarif sleeq]


aku tak sanggup tahan buat selamanya



yeah, sebaiknya aku mempunyai rencana

dan aku sedia, aku rela


melukakan segalanya dan aku sudah berubah



yeah!


apa yang kau mahu
semua ku beri


apa yang kau mahu

mahu apa lagi

bagaimana aku pula

aku serik

jadi ku ingin jalan sana


tolong tepi sikit

tolong tepi sikit

#deep : Tolong tepi sikit ! :)







Monday, May 26, 2014

Dia, Mungkin Jodohmu

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:59:00 AM 2 kata-kata hebat !


Assalamualaikum.

Kisah cinta, kisah yang senantiasa ada pada setiap diri manusia. Cinta yang pelbagai. Cinta ibu bapa, cinta keluarga, cinta satu sama lain dan cinta Ilahi.

dan, untuk kali ini, terus kuat aku untuk menaip kisah cinta antara manusia, uda dan dara.

ada manisnya,- pertengahannya duka dan mungkin - pengakhirannya bahagia.

siapa sangka ?

siapa sangka bagaimana pengakhiran sebuah cinta itu akan berakhir.

tidak mustahil andai permulaannya suka dan bahagia, tapi pengakhirannya duka.

dan tidak mustahil juga, andai permulaannya sakit dan perit, tapi pengakhirannya sebuah kebahagian.

dan begitu juga kisah dia.

padaku, dia memang seorang yang kuat.

cuba juga aku bayangkan sekiranya aku itu dia.

rasanya.......

ya Allah, jauhkanlah kebarangkalian itu terjadi padaku.

apa pun, aku yakin mereka sangat kuat tembok perasaannya.

cuma kadang kala ego yang mustahilkan segala.

teruskan berjuang, dan berdoa.

itu saja yang mampu aku katakan buat mereka.

ya, mereka itu dia dan dia

tanpa restu keluarga hubungan entah kemana.

hanya doa bakal merubah segala.

bukan pandangan luaran sebagai tanda aras penilaian.

tapi hati yang ikhlas, kunci utama jawapan penilaian.






Friday, May 23, 2014

Sambutan Hari Guru !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:49:00 PM 0 kata-kata hebat !






Assalamualaikum !

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambut Sambutan Hari Guru untuk tahun 2014 ! 

Siapa sangka siapa duga kan ?

Pengalaman yang sangattt mahal !

Allahu ! 

Rasa nak menitis air mata !

Walaupun entry ini agakk lambat, tapi perasaan masa sambutan tu masih terasa.

Mulanya seperti biasa, tapi !

Saat saat tergempar tu bermulaa bila PK Hem beri kepercayaan kat aku untuk baca teks ucapan/ teks perutusan hari guru.

Allahu ! ketaqnyaa ! kenapa tiba-tiba ?

Sebab cikgu lain dah dapat sebelum tu lagi, bolehla practice dengan potong mana-mana patut. hee

Tapi takpalah, PK Hem kata " I put my trust to you Hanis "

waa.. besarnya harapan !

okelah okelah. sempat telek belek dalam masa 5 min camtu je.. 

tup tup,

nama dah panggil ! haa sudahhh !

apa pun semuanya Alhamdulillah :) selamatt dengan jayanya !

the best part masa aku berucap tu Guru Besar bangun n snap my picture for quite a long time !

dup dap dup dap masa dah.

dalam hati dah macam-macam. ada salah baca ke ?

sebab masa orang lain berucap tak de pulak dia nak snap gambar bagai kan..

lepas turun tu, jadilah bahan gurauaannn cikgu-cikgu lain..

mampu senyumm je.. hehehe

habis je semua wakil-wakil pengarah dan menteri berucap, semua guru di jemput naik pentas untuk nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dengan lagu Transformasi Pendidikan Negara dan diakhiri dengan ikrar guru.

Masa nyanyi lagi kami Guru Malaysia tu, alahai hati, sebak je rasa.. rasa berkobar-kobar n lagi semangat nak mendidik anak bangsa.

bla bla bla.

settle perhimpunan.

bla bla bla.

settle permainan guru bersama murid.

bla bla bla

majlis pertukaran hadiah antara guru dan sesi murid bagi hadiah kepada cikgu.

hadiah toksah cakap.

sampai cikgu-cikgu kata hadiah Hanis 'selori'

penuh seat kereta bahagian belakang ! ==,

apapun sangatla best ! hargai guru anda okey !

mengajar penuh ikhlas dan bukan makan gaji buta !




Friday, May 09, 2014

Fobia Kucing - Ailurophobia

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:14:00 PM 2 kata-kata hebat !





Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
, seperti di dalam gambar.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.



Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
Aneh bukan?







Monday, May 05, 2014

Stress Stabilizer

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:39:00 AM 1 kata-kata hebat !





Assalamualaikum !

Apa itu stress stabilizer ? Sebelum menghuraikan seterusnya dan seterusnya, lets me expand more tentang apa itu stress.

Ohh ya, entry kali focus on how to overcome your stress, tips by me. * eceh

Untuk aku, stress dan penyelesaian ada 3.

tahap stress :

low stress - sesuatu yang boleh di-handle-kan dalam tempoh yang segera dan tidak melibatkan pihak lain. 
                   
moderate stress - sesuatu yang.. ya moderate.. mengikut kotak fikiran aku, stress tahap dua ini mungkin memakan masa paling kurang 2 hari untuk 'masalah' tersebut berada dengan gigihnya dalam minda anda dan ya.. akan turut mempengaruhi emosi anda.

high defenition stress - hambik kau. Istilah apa yang aku guna melambangkan high-nya stress tersebut. Dimana akan melibatkan sekumpulan manusia atau individu atau sorang dua. Dan sudah semestinya akan mengambil masa yang sangat lama untuk di-settle-kan atau untuk dilupakan.

itu tahap stress.

sekarang move to kesan stress :

1. bila stress, anda akan mengalami keadaan-keadaan seperti dibawah berdasarkan tahap stress anda.

yang pertama ya akak abang adik,

Anda akan makan tanpa henti dan magiknya seolah-olah perasaan kenyang itu tidak wujud. Dan kesannya mungkin anda akan mengalami stress pada tahap lain.

faham maksud saya ? I rest my case.

yang kedua ya abang adik akak

Anda akan hilang selera makan dan magiknya seolah-olah perasaan lapar itu tidak wujud. Dan kesannya mungkin anda akan mengalami stress pada tahap lain.

faham maksud saya ? I rest my case.

yang ketiga ya adik akak abang

Anda akan berasa sesuatu perasaan yang aneh dimana seolah-olah kesemua perasaan telah dicampur adukkan ! Dan anda tidak mampu nak terangkan apa sebenarnya perasaan anda seolah-olah tiada manusia pun yang wujud untuk memahami situasi anda. Dan kesannya mungkin anda akan mengalami stress pada tahap lain.

faham maksud saya ? I rest my case

dan ketiga-ketiga kesan ini pasti anda anda semua pernah alami bukan ?

apa yang aku lakukan ? atau mungkin sebagai perkongsian untuk dicuba bersama ? *aiceh sekali lagi

1. bila perasaan kenyang tu tak wujud, aku melantakkk je. Hilang pedulik apa orang kata. Sebab untuk itu saja yang boleh ringankan stress. So let it be. Takat gemuk boleh kurus balik............... pfftt

2. bila perasaan lapar tu tak wujud, aku minumm je. Hilang pedulik apa orang kata tentang kesedapan kesedapan makanan yang hanya lalu untuk dipandang bukan dijamah. So let it be. Boleh kurus balik ye dak ? hehehe

3. bila perasaan aneh tu wujud, aku lepak secret recipe sensoranggg je. Hilang pedulik apa orang kata forever alone ? yang penting one slice of cake with a cup of espresso. 

Aku pun tak tau kenapa tapi cara ketiga tu paling cepat cure aku punya tahap-tahap stress. maybe a cup of espresso and a slice of cake just cheer me up ? and yaa thats my stress stabilizer ! :)

dan ya, apa pun. Jangan lupa berdoa ye akak adik abang. Allah tempat kita meluahkan segalanya. :)



tahun lepas.. dann

tahun ini.. hmmm

ok. badan macam dipampampampampam. bukan sebab stress ye adik akak. ini sebab happy sangat.

pftt. gemuk.

motif letak gambar ?

suka gua punya hati !



Saturday, May 03, 2014

Frust habis !!

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:05:00 PM 0 kata-kata hebat !





Assalamualaikum..

Serius frust tertonggeng tonggeng. Haa, punya frust sampai tanda aras frust tu tertonggeng tonggeng. 

Haih.

Untuk kesekian kalinya baru aku faham iklan

"sannntannn dahh habisss"

kah kah kah

so pe cer ?

alkisah, aku ni peminum tegar milo tabur ais. wuuu, sedap ! nikmat ! tahuk ?

selalunya aku akan minum milo waktu pagi atau sebelum tidoq.

tapi seminggu dua ni, dah tak minum milo.

kengkonon nak diet lah pffftt

tapi tapi tadi terasa sangat nakk minum milo.

dah keluarkan susu, dah keluarkan ais !

bila nak ambil milo.

ambil balang

'' milooo dahhh habissss''

frust frust frust

simpan balik susu, ais.

minum air kosong,

sob sob

dan sekarang faham dah kenapa makcik tu jerit cenggitu bila santannn dahhh habiss

frust jugak la tu..

 * gua tak de monyet nak mintak tolong belikan milo

kih kih kih





berani ? try klik : sini

aku pun tak tau apa functionnya. engkorang try la test. 

Wednesday, April 30, 2014

" Sssupaa Ticaa, Workload "

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:37:00 PM 2 kata-kata hebat !




Assalamualaikum.

Salam Rejab yaww ! Semaga Allah panjangkan usia untuk bertemu Ramadhan, dan bulan-bulan seterusnya. Amin !

Ok. Hari Rabu memang schedule pack ! dan untuk hari ni memang terasa macam sssuupaa ticaa lah ! nak tau kenapa ? let me list down. . ehem * betulkan keadaan duduk.

1.  handle assembly - Pameran dari Pusat Sains Negara
2. meeting guru kelas - taklimat SPSS
3. tutup register
4. daftar budak baru *which is data maklumat diri tak lengkap + nombor telefon tak valid/no longer in use 
5. cari fail budak baru
6. refer pejabat - convey to PK - refer PK Petang *blerghh
7. terus masuk kelas
8. Saringan LINUS
9. budaya tutup sekolah.


ok nampak mcam ' so what ? ' kan ? tapiii once you are being as a teacher, you will know the workload.

haih.

aipp tak baik mengeluh.

hukhuk

ok, untuk malam ni, tak nak lagi sentuh data SPSS. Malam esok ajelah online masukkan data :/

untuk malam ni nak treat my self first. huahuahua

1. main candy crush sampai fade up, including candy crush in tab.
2. main clay jam sampai boleh bina new mountain.
3. self reading #AkuKeliru inlaafff okehh
4. 'renovate' bilik *yeayyy
5. oncall with.....  hehehehhehe

haa, kalau stress itu yang selalu aku bikinn.. ubah suai bilik sampai rasa puaihh hati.

esok posa hey yeayy

ai  is hepi ticaa

weehuuuu 


Monday, April 21, 2014

Alam Maya - Disitu Bermula

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:58:00 PM 1 kata-kata hebat !




Alam maya - disitu  bermula. *kemain tajuk

Pada dasarnya sekiranya berdepan, sepi tanpa bicara. 

Itu dulu. Tapi sejak dah wujud group whatsapp ni, dah riuh rendah jadinya. Tak berhenti-henti aku senyum. Iyalah bila mak mak sedara bergurau senda bersama kami yang anak anak sedara kemain mesraa. 

dan

kami antara sepupu dah mula nak bertegur sapa. bukan tak rapat, tapi segan. Iyalah semua dah teruna dara tak kan nak lepak minum tengok bola gosip macam dulu kan ? dulu lainlah tak dinafikan berapa akrabnya kami. Main sama-sama, sampai pernah ada yang main kawin-kawin. Haha

well kami sepupu sahaja dah 36 orang tak silap. can you imagine ? itu baru cucu. belum plus mak pak sedara. riuhh ! cicit dah nak masuk 11. 

*pengsan !

haha. well happy me ! happy us !




 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea