Friday, October 26, 2012

Ain't Nothing

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:39:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
Apa yang cuba aku sampaikan dan apa yang aku cuba coretkan adalah picisan dari pembacaan dan penelitian aku terhadap manusia sekeliling.

Annoying.

Tipikal aku memang aku benci gila dengan jenis manusia bersifat annoying. Benda kecil yang sengaja dibesar besarkan. Memang aku rasa kau sengaja meremehkan hal yang langsung tidak remeh. Kau diam sudah, kau go on saja dengan life kau. Apa kau ndak punya kekuatan atau kau ndak punya keberanian. Atau kau yang sebenarnya takut dengan bayang- bayang ?

step on your shadow.

Kau nda perlu la jadi someone else. Kau hanya perlu jadi kau yang sebenarnya. Kurangkan ego dalam diri. Kau tipikal kalut, tahu ? Let me tell you, if your ex just text you that wishing you Selamat Hari Raya then you bingit telinga kawan you said that ex you cari pasal and you gonna change your phone number. HOI ! Like what you are thinking ??

Bodoh.

Jangan nampakkan kebodohan diri sendiri.
Only just one simple msg kau dah gelabah. Worse nak change number ?


Think twise. Jangan jadi melayu dumbass boleh ?

Thursday, October 25, 2012

Impian.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:02:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !
#currently : Kupilih Hatimu, Ussy & Andhika Pratama.

Terus terang aku kabarkan. Entry kali ini tiada input yang bakal kau serap. Hanyalah coretan mengada untuk puaskan hati dan penuhkan masa yang sentiasa penuh. 

Mudah saja aku deskripsikan apa yang cuba aku sampaikan. Impian. yang aku idamkan, atau kata lain, yang selalu bermain dalam khayalan duniaku. dan semoga ia bakal menjadi kenyataan esok,lusa. Amin. Kau doakan ok ?

  1. Bangun untuk qiam bersama. Aku imagine seolah-olah dia watak Ustaz Hafiz dalam watak Suami Aku Ustaz. Kejutkan aku tengah malam untuk bangun qiam.
  2. Dapat solat berjemaah seandainya kami berpeluang keluar bersama. Contoh, kami zohor di masjid berjemaah dengan makmum yang lain sebelum keluar bersama.
  3. Setiap selepas solat Magrib dapat bertadarus bersama, at least satu muka sehari. Nanti dapat khatam bersama kan.
  4. Lepas tadarus, kongsikan terjemahan Al-quran. Dia bimbing aku, aku bimbing dia.
  5. Kali pertama dia jejakkan kaki ke rumah adalah tujuan untuk mengenali keluarga, kata lama - Merisik. 
  6. Kali kedua dia jejakkan kaki ke rumah adalah dia hadir sebagai tunang secara rasmi, kata lama - majlis pertunangan.
  7. Kali ketiga dan seterusnya, dia jejakkan kaki ke rumah sebagai seorang suami yang sah, kata lama - selesai goncang.
  8. Dia hadiahkan aku 3 buah novel pada masa yang berbeza. Tajuk novel yang menggambarkan perasaannya.
  9. Dia nyanyikan aku lagu Wanita-KRU pada setiap malam 12 September.Demand.
  10. Aku dapat masakkan lauk atau sebarang makanan untuk dia,at least sebulan 2kali. Kata lain, dia makan masakkan aku at leasr sebulan 2 kali
Well, itu saja 10 yang aku idamkan. Insyaallah aku cuba, dia cuba. Semoga apa yang aku idamkan dapat direalisasikan mulai sekarang sehingga kami sah sebagai suami isteri , till jannah. 



Wednesday, October 24, 2012

Personaliti Diri - Binatang dan Rahsia Diri.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:23:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !
Personaliti Diri - Binatang dan Rahsia Diri.




Nak tau Rahsia Personaliti ?
Jom kita semak, rahsia personaliti mengikut tarikh lahir dan binatang.

 
Januari   01-09 -  Anjing
Januari  10-24  -  Tikus
Januari  25-31  -  Singa

Februari  01-05  -  Kucing
Februari  06-14  -  Merpati
Februari  15-21  -  Kura-kura
Februari  22-28  -  Harimau Bintang

Mac  01-12  -  Monyet
Mac  13-15  -  Singa
Mac  16-23  -  Tikus
Mac  24-31  -  Kucing 

April  01-03  -  Anjing
April  04-14  -  Harimau Bintang
April  15-26  -  Tikus
April  27-30  -  Kura-kura

Mei  01-13  -  Monyet
Mei  14-21  -  Merpati
Mei  22-31  -  Singa

Jun   01-03  -  Tikus
Jun   04-14  -  Kura-kura
Jun   15-20  -  Anjing
Jun   21-24  -  Monyet
Jun   25-30  -  Kucing

Jul    01-09  - Tikus
Julai 10-15  - Anjing
Julai 16-26  - Merpati
Julai 27-31  - Kucing

Ogas 01-15  -  Monyet
Ogos 16-25  -  Tikus
Ogos 26-31  -  Kura-kura

September 01-14  -  Merpati
September 15-27  -  Kucing
September 28-30  -  Anjing

Oktober 01-15  -  Monyet
Oktober 16-27  -  Kura-kura
Oktober 28-31  -  Harimau Bintang

November 01-16  -  Singa
November 17-30  -  Kucing

Disember 01-16    -  Anjing
Disember 17-25    - Monyet
Disember 26-31    -  Merpati




Anjing: 
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.
 
Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!
 
Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm├ó€¦kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.



Kadang kala ada benarnya kan ? Tapi jangan terlalu taksub la. Senyum senyum selalu :)

Rahsia Zodiak Lelaki - Cepaaat check pakwee korangg :P

sumber : internet

Tuesday, October 16, 2012

Kosong, Terima Kasih

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:36:00 PM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !
Disaat hati dan jiwa meruntun melayan lagu Lonely, terus secara tiba-tiba muncul perkataan sahabat di permukaan pemikiran. Entah mengapa, mungkin ada disebalik lagu yang buat perkataan itu muncul. Serta merta air mata menitis perlahan.



Masing masing berubah turut serta dengan perubahan masa. Kadangkala kita yang sering melupakan dan kadang kala kita yang sering dilupakan.

Memang susah untuk mencari erti persahabatan yang sebenar. Hanya beberapa persen sahaja yang benar-benar wujud atas dasar ikhlas.

Benar juga kata orang, kawan ketika senang cukup ramai sehingga tak terbilang, tapi sebaliknya.
Yang sudah itu sudah kata orang. Tapi luka di hati tak semudah sahaja melupakan.

Kadang kala wujud perasaan terkilan. Dulu kita yang bersama dia, kini paling pun tak sudi. Dulu bergurau bersama, sekarang tegur pun tak sudi. Kalau hendak ditulis, berjela muka pun belum tentu rasa puas. Jadi cukup dengan perkataan, abaikan.

Tatkala kita diam, sombong diberi gelaran.
Tatkala salam diberi, jelingan sebagai sambutan.
Tatkala patah dikeluarkan, salah faham sebagai teguran.

Sudahlah. Letih sebenarnya untuk menjaga hati semua pihak.
Terima kasih untuk mereka yang dari dahulunya memahami siapa sebenarnya diri berdiri.

Terima kasih untuk mereka yang pernah bergurau bersama, walaupun seketika.
Terima kasih untuk mereka yang sering luangkan masa, walaupun cerita entah apa-apa.

Untuk mereka yang mengajar aku jatuh dan bangun. Terima kasih.


Monday, October 15, 2012

Manisnya, Perhubungan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:33:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
as sweet as relationship.



Anak Pak Ali, cucu Mak Tom,
Assalamualaikum.


Perhubungan yang disusuri ikhlas pasti manis rasanya. Perhubungan yang diselitkan dusta, pasti hempedu rasanya.Maka seimbangkan lah antara pahitnya hempedu dan manisnya ikhlas agar rasa dalam perhubungan itu kembali nuetral dan sedap-sedap manis.

Pastinya bosan jika sesuatu perhubungan itu terlalu sempurna. Mengejar kebahagian yang terlalu extream sehinggakan perasaan bosan itu hadir. dan semestinya tatkala bosan itu hadir, nescaya langkah untuk berkecai  sesebuah hubungan itu akan mula merekah.

Cemburu dan dicemburui. Sayang dan disayangi. Hormat dan dihormati.
Pastinya elemen itu perlu dalam sesuatu perhubungan.

Cemburu dan dicemburi. Mencemburui.

Itu merupakan perisa selingan yang menyedapkan citarasa sesebuah perhubungan itu sendiri.
Sudah pasti sesuatu perhubungan itu akan menjadi bosan sekiranya pasangan terlalu yakin dan percaya terhadap pasangannya. Tak salah andai kata memupuk perasaan kepercayaan. Tapi kadangkala, rengekkan cemburu itu bermain peranan penting dalam menyisipkan lebih lagi perasaan sayang dan cinta.

Sayang dan disayangi. Menyayangi.

Aspek penting dan tunggak dalam sesebuah perhubungan. Sudah pasti ianya perlu bukan,kerana untuk apa perhubungan itu hadir tanpa rasa sayang,disayangi dan ingin menyangi. Selitlah perasaan sayang itu sebaik mungkin. Selitlah dengan penuh kesederhanaan agar sayang tidak bertukar menjadi benci suatu  hari nanti. Lahirkan butir-butir sayang dengan benih yang ikhlas dan suci. Jangan cambahkan benih sayang yang diselitkan rasa ragu-ragu dan penuh dengan perasaan was-was. Yakinkan kasih sayang itu. Sayang kerana Allah, perhubungan kerana Allah. InsyaAllah, kekal until Jannah.

Hormat dan dihormati. Menghormati.

Antara perkara yang harus dan seterusnya wajib hadir dalam sesebuah perhubungan.Hormat menghormati antara pasangan. Hormat pegangannya, hormat apa yang disenanginya dan hormat apa yang kurang digemarinya.Hah top top la perhubungan itu andai kata 3 asas penting itu diselitkan.

Wajib berusaha, berdoa dan akhirnya tawakal.

Dalam mengecapi perhubungan jangalah lupa kepada Dia yang telah pinjamkan nikmat gembira dalam perhubungan. Antara anugerah yang dihadiahkan buat insan yang terpilih. Jadi setelah anda berusaha, berdoa dan seterusnya tawakalah agar kekal bersama.

doa ku utuskan.



Sunday, October 14, 2012

Perasaan Itu,Ini,Sekarang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:22:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !


Ada Jerry ada Tom,
Assalamualaikum.

Perasaan ini. Entah apa puncanya. Entah apa penyebabnya. Mereka bingung. Masing-masing bingung.
Terdiam mereka bila perasaan ini muncul. Hendak diherdik, dia tidak berbicara. Hendak dicaci, dia bukan puncanya. Apa seterusnya ? Hanya Redha dan Tawakal pengubat caranya.

Yang pasti. Terselit seluruh bahagia tika bersama. Terasa gembira tatkala lihat senyum tertawa. Terasa hilang bila tiada seminit cuma. Hilang ? Satu lagi perasaan aneh yang kini hadir.Dan mereka. Kembali bisu.

Perasaan sememangnya aneh. Aneh bila enggan jauh. Aneh bila rasa melekat sentiasa.
Namun, disudut kegembiraan mereka. Terselit perasaan aneh, pada satu kelibat yang jauh. Kelibat yang dahulunya bahagia seperti mereka. Perasaan ini kembali bercampur aduk.

Dia toleh disisi, melihat perasaan yang hadir itu. Dia juga tidak mampu bersuara, apatah lagi bertindak menjangkau segalanya.Dulu perasaan itu yang kecapi segalanya. Namun sekarang bahagianya, dia yang rasa.

Sebelahnya gembira tersenyum bahagia.Dia peluk perasaan itu.Digenggamnya kuat.Agar dia sahaja yang memiliki perasaan itu.Dia kembali toleh kepada perasaan itu. Maaf, gagal untuk bersama. Maaf kerana bahagia itu terlalu indah hingga dia tidak mampu mencampuri segala perasaan aneh yang lain.

Kelibat perasaan itu sedih. Maaf bahagia utuskan buatnya. Doakan kebahagian kekal bersama,sentiasa.

lets grow old together,sayang :)


Tuesday, October 09, 2012

Truely Blind LOVE

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:17:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !



There was a blind girl who hated herself because she was blind.

She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.

She told her boyfriend, 
'If I could only see the world, I will marry you.' 

One day, someone donated a pair of eyes to her. 

When the bandages came off, she was able to see everything, including her
boyfriend.

He asked her,
'Now that you can see the world, will you marry me?'

The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight
of his closed eyelids shocked her. 

She hadn't expected that. 

The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to
marry him.

Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her
saying:

'Take good care of your eyes, my dear, for before they were

yours, they were mine.'








This is how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who was always
by their side in the most painful situations.


Sunday, October 07, 2012

Keling dan Paria

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:12:00 PM
Reactions: 
12 kata-kata hebat !
Ada bunga,ada kuntum,
Assalamualaikum.

mereka.


Keling, Paria.

Kita sering menggunakan dua perkataan tersebut kepada kaum India. Tapi adakah anda tahu maksud di sebalik keling dan paria ?

Sebenarnya dua penggunaan kata tersebut adalah penggunaan bahasa yang menimbulkan isu sensitif kepada kaum India.

Mari kita lihat apa sebenarnya Keling dan Paria. Dan kenapa ia terlalu sensitif.

Keling : kenapa orang india tak suka dipanggil keling :

Kisahnya, pada zaman dulu, perempuan india akan memakai sejenis gelang yangg berbunyi di kaki, setiap kali dia berjalan akan kedengaran bunyi tersebut.. disebabkan bunyi tersebut orang panggil keling utk di ejek..sebagai org india mereka  terasa kerana samakan kaum India  dengan gelang di kaki...

sekadar infomasi : keling besi


Paraiya : kenapa org india tk suka dipanggil paraiya : 

Sebabnya, dalam hindu ada peringkat kasta... kasta paraiya adalah kasta yang dihina dan dibenci dalam hindu yang kastanya lebih tinggi.. so bila kita memanggil orang India dengan panggilan paraiya adalah kurang beradab kerana meraka bukanlah dari golongan kasta paraiya tersebut.

sekadar infomasi : piramid kasta


So,lepas ni jangan la main panggil je. Ayuh, kita kan MALAYSIA.
 Bersama-sama kita menjaga sensitiviti antara kaum :)

kita kan MALAYSIA :)



Sumber : Saudara Subash Mohan.

Babak Cinta - Love Version

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:24:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !



Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

there's nothing i can give to you sayang,only care and sincere love :)
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea