Monday, July 22, 2013

Pelangi itu Indah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:13:00 AM 2 kata-kata hebat !
Dunia, warna pelangi.


Indah nampak dimata, tapi kadang.

Rasa tersembunyi, kocak rasanya.

Puas ditenung, dirobek, dicarik.

namun

Sama. Tiada yang berubah.

Yang berubah, senyuman itu.

Makin senyumannya terasa menyerlah.

manis. Terasa dijiwa.

Lantas aku tercuit,

Ya, ini sebenarnya dunia.

Dunia tanpa senyuman, umpama dunia tanpa warna.

Dengan hanyan senyuman,

ia bisa buat  kamu kembali 

menjadi siapa dirimu yang sebenar :)

Friday, July 12, 2013

R.I.N.D.U

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:29:00 PM 5 kata-kata hebat !
Assalamualaikum,


Sudah hari ketiga kita berpuasa.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dalam mengerjakan ibadah.

Makin hari makin rindu.

Ya, aku rindukan dia Ya Allah.

Sungguh aku rindu,

Dia yang selalu sabar dalam melayan kerenahku,

Dia yang selalu menegur kealpaan ku, kesalahanku,

dan dia yang selalu kendong aku ke mana saja dia pergi.

Dia yang sungguh meminati karya Allahyarham P.Ramlee,

ya, dia juga peminat cowboy tegar.

Aku ingat semua itu,

masih segar dalam ingatan.

dan aku masih ingat kata-kata terakhirnya, sebelum dia membisu diam bersedia.

bersedia untuk pulang dengan tenang.

Aku masih ingat, ketika jenazah di bawa pulang.

aku yang temani dia dengan ayat suci alquran sehingga ke pagi.



" Kakak, tokyah dah tak dak " mama,12am 25/11/12

" Don't cry ok, he's smiling " Ayah Det - 2am

" Tokyah dengar tak ilah baca Alquran dengan maktok dengan mama, sampai pagi ? kami baca dekat hujung katil tokyah.. tokyah mesti nampak kan ? "



rindu, dia yang tiada.
tak pernah cuba untuk lupa, tapi sentiasa mengharapkan
tokyah kembali.





Tunggu sekejap
Wahai kasih
Tunggulah sampai hujan teduh
Mari kudendang
Jangan mengenang orang jauh 

Jangan pulang jangan tinggalkan
Daku seorang
Tunggu sekejap kasih
Tunggu

Tunggu Sekejap, P.Ramlee


Alfatihah.




Wednesday, July 10, 2013

Allah Rindu Hambanya.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:10:00 PM 0 kata-kata hebat !
Terlalu selesa dalam kehidupan,

Hingga leka dengan yang kehidupan sebenarnya.

Angkuh tanpa sujud,

Angkuh tanpa merayu,

Kerana terlalu selesa.

Namun,

Allah sayang hambanya,

Dia kosongkan hati,

Sehingga wujud rasa gelisah,

Gundah gulana, serba tak kena.

Lalu dia sujud menyembah,

Dahi bertemu sejadah,

dan

Dia pulihkan perasaan itu.

Hati yang kosong kini terasa terisi,

Terima kasih Allah.

kerana rindukan doa hambaMu.

kerana masih mendengar doa hambaMu

Monday, July 01, 2013

Luka Itu Boleh Dirawat Kecuali Mati

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:38:00 PM 0 kata-kata hebat !





Luka itu boleh dirawat kecuali mati.

Mendalam kan ? Tulus menusuk hati.

Setiap luka ada ubat sebagai penawarnya, tapi mati ?

Penawarnya ada,

Doa, kiriman ayat-ayat suci.

Tapi kadang kala bila berhadapan luka Mati,

ia sedikit berlainan.

lain feeling kata orang.

tapi luka mati istimewa,

kerana kita sendiri yang belajar untuk merawat, dengan lebih ikhlas

lebih yakin, lebih merendah diri.


tapi,

pesanan untuk diri,

kita kena belajar untuk kurang membuat luka

sungguh kita tahu, ia susah dirawat.

Ia masih tinggalkan parut.

Kekal.
Mencari senyum tuhan.
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea