Friday, February 28, 2014

I'm Sorry !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:11:00 PM 1 kata-kata hebat !





'' I'm sorry for all, the things I've done just know I never meant to hurt you ''

Even you are not mine, and I'm not yours
its like something when smoothly between us

and you know it,
I admit it.

as what you had told before,
we are friends, family and partner.

best of luck,
from me to you.

may love, smile and happiness
are ALWAYS be with you.

dear you, :)
fillah abadan abada.



Thursday, February 27, 2014

Belajar untuk menghargai, Belajar untuk lebih menyayangi

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:59:00 PM 3 kata-kata hebat !





Sentap tak bila baca ? 

Kalau sentap, lihat balik. Bukan lihat kedepan tapi lihat kebelakang. 

Ingat apa yang dah kita lalui bersama. Dalam situasi susah senang, jatuh bangun. Itu semua benda yang kena ambil kira bila kita berada dalam situasi tersebut.

Mulanya memang kita rasa seronok, iyalah menyanyangi orang yang kita suka. Nama pun suka, mesti wujud jugak perasaan 'aneh' tu kan ?

Tapi bila kita look back, kita akan lebih menghargai. Kena fikir broadly sikit. Tak semua benda kekal, omputih kata nothing last forever. Tapi sekurang-kurangnya sementara berada di sisi kita tu, belajarlah untuk bersyukur lebih tepat menghargai.

Kena cuba bezakan antara sayang, suka dan cinta. Tiga benda yang nampak remeh, nampak benda yang sama tapi hakikatnya sangatlah rumit. Complicated.

Bukan inrelationship je kita kena tengok atau titikberatkan hal ni, tapi kena kaitkan jugak dengan kasih sayang keluarga.

Jangan kerana boipren/gupren kita tinggalkan family. Iyalah, konsep lari ikut jantan/betina tu sama la jugak dengan ; tinggalkan orang yang sayangkan kita demi orang yang kita suka.

Mainan dia sama jugak. Boleh relate dengan family relationship and love relationship.

Think more then twice. Jangan buru-buru. Tanamkan sifat sabar and make a better communication. Insyaallah :)

#pernah jugak nyarisnyaris terjerumus dalam situation tu, tapi alhamdulillah. sempat tampar pipi bagi sedar.

Keh keh keh.

Wednesday, February 26, 2014

Mencari Salah Pasangan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:01:00 PM 0 kata-kata hebat !





" Perempuan dengan sensitip memang berpisah tiada. Lelaki dengan ego,breaking up - no ways ! "

kan ? tapi itulah lumrah lelaki dan perempuan. Mungkin bunyi macam serabut, tapi tanpa kita sedari. Sensitif dan ego bila digabungkan akan jadi molecule yang sangat serasi.

Tapi serasinya mesti diselang selikan dengan molecule-molecule lain. Baru relationship tu umphh !

Baik buruk, itu fakta atau realiti yang kena serap dalam otak supaya kita '' terima seadanya ''

Kena start stop pointing others and cari kesalahan orang lain. Terutamanya dalam relationship.

Benda yang agak-agak boleh tolak tambah tu sidekick kan ajela.

Jangan just little thing yang annoying tu jadi penyebab relationship tu retak. Tak osem la awopp.

Abaikan sikit jap ego tu, ketepikan sikit sensitip tu.

Baru boleh Thumbs up !

Saat adanya crack dalam relay tu, try ingat balik..

1. apa salah dia kat kita, maybe tu reflect apa salah kita dekat si dia.
2. kesalahan yang dibuat tu kadang kala tanpa niat, its just happen in split of time.
3. ingat balik macam mana susahnya dulu korang nak bina relay ni
4. tak semua manusia boleh lari dari kesalahan, takat sikit-sikit tu.. just forgive.. that is the best way.
5. ingat, kalau relay tu tak pernah ada pertelingkahan, mesti bosan. So, kadang benda segini lah boleh buat       each other more lovely gittu.
6. ingat niat asal why both of u in that relationship ! hah, suka-suka ke serius ? kalau serius, anggap je tu          practice sebelum kawin. Kalau kawin lagi banyak dugaan dan cobaan tahuk ?

Hah, itu je kot. Mih Mih Mih.

May love are always be with you ~ :)

Monday, February 24, 2014

What next ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:57:00 PM 2 kata-kata hebat !






Assalamualaikum !

2014. Tahun yang aku rasa full of surprised.

Iyalah. Mula dengan hari pertama 2014.

Bertukar status dari pelajar kepada cikgu.

Day by day.

Month by month.

To many things happen.

dan masuk hospital untuk ke sekian kali juga.

haih.

May March bring me lots of surprise ! more and moree !

Please March, make me in love moree !

keh keh keh

Sunday, February 16, 2014

Kembar.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:07:00 PM 0 kata-kata hebat !




Assalamualaikum.

Susah untuk menangani stress atau tekanan. Susah untuk kembali cool bila dah stress. dan selalunya sangatlah mudah - benda di sekeliling kita untuk mempengaruhi, supaya lebih stress kan ?

contohnya suasana yang bising.

Padahal kalau tak stress, bising macam mana pun ia. Kadang tak rasa terpengaruh pun. Tapi bila stress, sudu berdenting pun boleh jadi isu.

sebab.

bila stress, hati lebih sensitif dari biasa.

bila stress, emosi tak dapat dikawal dengan sebaiknya.

bila stress, kadang keputusan yang dibuat entah apa-apa.

tapi itu situasi biasa.

luar biasanya aku.

yang aku mungkin ?

stress macam mana pun aku,
tetap akan kalah dengan Ezhan dan Ezfan.

penat macam mana pun aku,
tetap akan kalah dengan Ezhan dan Ezfan.

Hanya si kembar tu je yang boleh turn aku 360 degree.

Ajaib.

Aku tak tau kuasa apa depa guna.

but they will make me smile all day long.

tapi its just happen to me.

sebab, most cikgu cikgu kat sekolah akan mengadu pening bila face up dengan kembar tu.

even pakcik sepupu aku pun ( standard 6 ) tanya aku " kak ***** tak pening ka dengan depa ? tak stress ka dengan depa ''

ya, pakcik sepupu gua dajah 6. Nama keluarga terpaksa aku rahsiakan.

and yes, most of the people will ask the same.

' macam mana boleh tahan dengan depa ? '

Aku yang pelik atau diorang ?

Serius, penat yang rasa nak tidoq ja akan hilang bila aku mengajar depa *tuisyen

Thanks kembar. Riuh satu rumah !

I love my students ! More than they love me !

Wednesday, February 05, 2014

La Tahzan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:46:00 AM 0 kata-kata hebat !





Bismillah.

Sebenarnya, coretan kali ini aku tujukan khas buat teman yang agak rapat jugak dengan aku.

Iyalah sepanjang 3 tahun belajar, dia lah yang kerap bergaduh bertekak mudah terasa tolong dan semualah.

Kadang rajuknya sehari dua tak bercakap, kadang makan minggu. Tapi akhirnya baik semula. Mengada kan ? Kalah orang bercinta. Tapi itulah dia. 

Siapa tak kenal dia, semua kenal. Hampir kesemua pensyarah, junior dan senior kenal. Lain dari yang lain. Mulut bising tapi kuat touching. Hahaha.

dan aku faham, tak semua senyuman yang dia lemparkan membawa maksud yang sebenarnya. Kadang senyuman tu cukup untuk kaburkan orang betapa sedihnya dia.

Aku tahu, tak bagitau pun aku tahu. Sebab aku rasa macam aku dah kenal dia.

Tapi tak sepenuhnya.

Kadang kami bertukar cerita, kongsikan masalah bersama.

Sekarang, dugaan lagi menimpa dia.

Bunda tercinta terlantar sakit. Katanya tadi, esok pembedahan mata. Kesan jangkitan kuman dalam darah.

Turut mengalami komplikasi jantung dan buah pinggang.

Doakan bunda dia ya ?

Semoga bunda tercinta kembali sihat sedia kala.

'' weh ! hang kena kuat ! tabahkan hati.. ni dugaan untuk hang.. dugaan untuk hamba yang terpilih "

semester 1 :)

Doakan bunda dia ya ?

DOA UNTUK ORANG SAKIT

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ، وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ، وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ، وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّـدٍ.

 Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. 

Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin...


 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea