Thursday, January 24, 2013

Life is Like Examination

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:38:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !
Kehidupan kita sebagai manusia umpama peperiksaan.

Banyak persoalan yang harus kita jawab untuk memastikan kita berjaya atau sebaliknya.

Peperiksaan dan Kehidupan.

Kalau kita diuji dengan soalan yang susah, itu dugaan dan ujian yang harus kita tempuhi.

Kalau kita sabar, bertahan, selalu ingat Allah dan kita mampu menjawab dengan betul soalan tersebut walaupun ia susah percayalah nescaya martabat kita diangkat tinggi.

Begitu juga sekiranya soalan tersebut senang.

Namun, harusnya kita ingat kadang kala yang senang itu yang membuatkan kita jatuh.

Yakin lah. Soalan susah atau senang yang diuji dalam kehidupan sebenarnya bukan kita yang tentukan. Tapi Allah yang tentukan.

Sekiranya anda dipilih oleh Allah untuk menjawab kesenangan, berhati hatilah. Untuk pastikan anda tidak gagal.

dan sekiranya Allah uji anda dengan kesusahan, bersabarlah dan berhati hatilah.Untuk pastikan anda lulus. 

Harus diingat.

''Sabar ketika senang, lebih susah berbanding sabar ketika susah.''


Wednesday, January 23, 2013

Hidup Umpama Bola - Sepak, Terajang, Terabai

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:24:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !
Hidup umpama bola. Itu yang sering dibicarakan. Tapi sedarkah disebalik sifat BOLA itu sendiri ?


Kenapa hidup umpama bola ?

Sebab bulat ?

Tiada penghujung ?

Mungkin itu bagi anda. Tapi bagi saya, ya ini yang cuba saya sampaikan.

Fikirkan kembali. Pada dasar luaran kita fikirkan bola itu tiada gunanya. Hanya sebagai alat permainan.

Sepak, tendang. Itu sahaja. dan itu bola. TAPI

Tanpa kita sedari, tanpa bola.. Permainan bola tidak dapat dimain.

Tanpa bola, permainan bola tidak sehebat mana.

Tanpa bola, permainan bola adalah permainan yang paling membosankan.

Lantas. Pentingkah bola ? Penting.

Seterusnya.

Bola itu penting. Harus dijaringkan ke gol untuk mendapatkan sebuah kemenangan.

dan apabila bola yang DISEPAK berulang kali oleh beberapa kaki itu akhirnya berjaya melepasi tiang gol, ia dikira mata besar. Mata yang membuka ruang untuk pihak yang menjaringkan gol mengungguli permainan.

Tapi ! Apabila sudah mencapai kemenangan, adakah kita akan peluk cium ucap tahniah kepada bola ?

Tidak bukan ?

Tapi kepada siapa yang diucap tahniah, dipeluk, diberi penghargaan ?

Kepada mereka yang MENYEPAK bola. 

Sedangkan bola yang menyumbang kejayaan itu kaku di tepi tiang gol tanpa diusik dan diambil.

Anda rasa hidup anda umpama bola ?

Anda yang disepak ke hulur ke hilir, tapi anda masih membantu mereka untuk berjaya. Namun akhirnya, bila mereka berjaya, anda dilupakan, diabaikan. 

Adakah anda sebegitu ?

think it people - kyra



Saturday, January 19, 2013

Entrepreneur Programme

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:05:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
Assalamualaikum..


Here am I. Stood in front of my laptop. and trying to write something.

Something that I don't know how to write, how to express it and how do you interpret it.

Heww. Sound like something serious going by kan ?


Actually there's nothing pun. But just fyi these few days I'm quite busying with college works.

There's a lot ! 2013 - might be the year that full of mysterious moments and challenging too.

Firstly, about our Entrepreneur Subject Course.

for the month of Jan. We have to be a petani. Masuk kebun and do something that you will ask you self 
'' this is crazy, totally crazy. out of studies. and am I a Pertanian student ? or else I am an Accounting student ? ''

that's only for month of Jan. but ! you have to know what will happen to us on the month of Feb until early April.

- we will be anak angkat of peniaga pasar malam. for EVERY WEEK - starting on Thursday until Sunday ! and we have to stay at their house doing some work that have some relation to entrepreneur.

Did you know that is totally crazy ?? 

But for being such a positive student, I'm try to think positive or else I will get tense.

So, hoping that all these current thing will brought us something valuable that the other people can't have it.

It might be soft skill that we will apply later :)



our kebun - Hazman. Azwan, Hanis, Baity,  Shikin and Suba


oh yaa. meet me halfway :D 






Monday, January 14, 2013

3 Peluang Populariti di Facebook

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:40:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
3 Populariti di Facebook.

Banyak pro's and con's melalui penggunaan medium perhubungan Facebook. Untuk facebookers, I guess they might know it well. Cuma kadang kala benda tu buat-buat tak nampak. 

1. Panggilan
oh ya, nama yang tertulis di IC kadang kala tak terpakai lagi. Semuanya lebih senang dengan menggunakan nama yang digunakan di Facebook. 

Contoh : Rogayah - Nama fb : Ogy 

secara tak langsung

'' weh rogayah exciden. jom la pi tengok dia kat sepital ''
'' rogayah ? rogayah mana pulak hang ni ? ''
'' lah rogayah budak course Elektrik tu ''i
'' nama fb ? ''
'' ogy''

''laa..dia ka.. ogy tu ? kenai laa ''

nampak ?

2. Pemberitahuan secara tak langsung. 

yang ni kadang kala buat kita rasa menyampah.Bila kita bertanya dijawabnya..

Update status : sedihnyew, umah tite ada orang machuk tadew. abang polis datangg, nasib baek ensemm

esok.

'' weh betui ka abang polis yang mai rumah hang tu ensem ? ''
'' eh mana tau ni ? sapa bagitau hang ? ni mesti mulut-mulut puaka ni ''

kan ? macam gampang. Dah tulis bagi tahu satu dunia, bila ditanya dilencongnya ke lain.

3. Gossip

no need to give an example as well as you know kan ? 


Puas ke dapat populariti dengan Facebook ni ?

As soon as you trust yourself, you will know how to live. - Kyra


Friday, January 04, 2013

Cara Mengatasi Stress

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:49:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !
Cara Mengatasi Stress



sumber : iproduksi

Wednesday, January 02, 2013

Termaktub

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:11:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
Mudah memberi nasihat
Susah mendengar nasihat

Senang mencari nasihat
Susah nak ikut nasihat

Susah nak terima nasihat
Senang nak dengar nasihat

Susah nak luah nasihat
Senang nak dengar nasihat

susah senang, mudah payah.
ayuh berubah

cabaran lagi menanti
kesabaran lagi meninggi

ayuh. 
mencipta generasi
2013 kini didiami.



tiada rupa, tiada nama. hidup baru bermula.

Selamat Datang 21. Tinggal kenangan 20. - Kyra

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea