Friday, January 31, 2014

Phrasa akan datang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:35:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
Bismillah. Untuk dua menjak ni.. aku dapat rasakan yang masing masing dalam proses memelihara dan menjaga hati masing masing. Dan terlalu yakin.. akan datang atau pun proses seterusnya akan wujud phrasa pemulihan. Lebih hebat dari biasa.. susah untuk dijayakan atau mungkin memang tidak akan berjaya. Namun aku nampak usahanya.. aku nampak yang sebenarnya. Dia ustaz. Aku yakin dia mampu. Terima kasih kerana wujudkan phrasa phrasa yang belum tahu status akhirnya. Aku hanya seketika. Namun seketika yang cukup bermakna.

Saturday, January 18, 2014

Wajah Hampir Sama. Adakah Dia Jodohku ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:49:00 PM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !




Bismillah.

Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Benarkah begitu ?

Jodoh itu rahsia Tuhan, mana mungkin ditebak begitu. 

Bagaimana pun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan bahawa tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya, jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh saling mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang dilakukan oleh seorang psikologi. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumah tangga namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai kontak yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya, jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

Mingguan Wanita, 04-10 Muharram 1435 Hijrah


Friday, January 17, 2014

Mimpi.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:46:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Bismillah..

Pertama sekali nak mintak maaf buat korang yang sedang membaca. Dua tiga menjak ni, tak dop entry yang boleh meningkaktkan pengetahuan atau info kalian kalian sekalian.

More on personal life. 

Entah kenapa since 2014 ni kerap pulak rasa tak sihatnya. Nak kata stress, tak tahu lah nak stress tentang apa. Nak kata soal kerja, not a big deal sangat pon.

Tapi itulah, berdasarkan entry lepas dan sampai sekarang.. keadaan masih lagi sama, masih belum dapat kembali nikmat sihat. Moga sakit ini dapat menghapus dosa dosa kecil :')

Semalam sebelum tidoq rasa macam quite ok.. rasa kuat sikit and tidoq pun tak terjaga/ terkejut tengah malam. Tapi semalam mimpi, ada seorang doktor perempuan meet me and dia cakap/suruh pi klinik buat medical check up.. sebab muka nampak pucat sangat, macam ada masalah kesihatan. Then dalam mimpi tu ia kan saja sambil pegang kedua-dua belah pipi and tanya balik doktor tu " nampak pucat sangat ke ? "

the doctor just anggukkan kepala dengan muka serius sambil cicip kopi.

hmm. bangun pagi tadi terus rasa badan macam pelik.. tengok cermin, Ya Allah pucatnya muka :( tapi lepas mandi, bergerak tawaf rumah, tolong mana mana patut and makan.. muka dah merah balik..

tapi still rasa lemah.. start petang tadi, lepas sediakan makan petang terus rasa macam nak baring je.. kaki tangan sejukk.. muka pucat balik :( sampai sekarang.

ikutkan hati nak tidoq ja, tapi kena kuatkan semangat sebab esok ada dua kelas tuisyen nak kena mengajar. Nak cari bahan yang sesuai dengan standard diorg. Nak sediakan latihan semua.

Alang alang update blog :/ :D

*saja nak sedapkan hati supaya always think that im a healthy young girl :')


will update something nice for you, esok. Promise.

Tuesday, January 14, 2014

.....

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:28:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !





Bismillah.

Sihat ? Oh, Salam Maulidur Rasul kepada muslimin & muslimat.

Entry kali ni, xd idea atau apa apa yang menarik pun. Cuma apa yang berlaku mengenai diri sendiri. 

Sejak kebelakangan ni, kerap sangat tak sihat. Apa puncanya pun tak tahu lah.

Muka pucat macam mayat, lemah badan, emosi tak stabil, rasa nak terperap je dalam bilik.

Sekarang, worst sikit.

Perut lapar, tapi xd selera.

Bila makan, muntah.

Macam membazir je makanan tadi tu.

plus

kencing kotor, ada darah.

nak mati dah ke aku ni ?

tapi amalan tak cukup lagi.

tak sedia lagi nak mati.

jangan kau jalankan tugas kau Izrail, tangguhkan dulu.

hingga cukup amalanku, datanglah menjemputku.


Sunday, January 12, 2014

Throwback

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:00:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !





Bismillah.

Untuk kali ini, hati bunga-bunga. Maka entry yang terhasil pun berbaur bahagia. Aceehh, nak muntah tak ? Hee, kalau dah terasa tu rasanya boleh la kot lajukan jari untuk tekan button merah kanan, atas sekali tu. Eheh..

Macam mana nak mula cerita ? Entah *senyumsenyum

Throwback.

Lagu Motif Band - Tuhan Jagakan Dia.

Cukup buat aku terkesima, terdiam terus sambil menitis air mata. Walaupun tak nyanyi, tapi bila dia pasang and dedicate untuk aku.. Oh Allahh....

dan beberapa lagi yang aku rasa . . . . . . . . . 

Okelah, tak semua benda patut dikongsi, nanti tak best la kan ?

For sure, haih. Sekali lagi dapat surprise ! Benda yang memang dah lamaaa sangatt nakk, tapi sebab hal-hal tertentu asyik terbantut je untuk dapatkan benda tu..

Tapi tadiii, alahaiii.. 5 min conversation yang buat aku menitis air mata, dan sekarang tunggu masa untuk benda tu sampai by hand kat aku je.

Tenkiuu tenkiu ! Hanya Allah je tau apa rasa hati ni. Melonjak gembira, lagi-lagi dari orang yang tersayang.

Dulu kata dia '' Bukan harga jadi keutamaan, tapi nilai pemberian tu yang paling berharga " *tears drop :')

Terima kasih, sebab jadi antara manusia yang sabar gila dengan kerenah aku. 

ILY :')

Friday, January 10, 2014

Manusia yang Suka Menghukum.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:26:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !





bismillah.

Sihat kalian kalian sekalian ? 

Panjang sikit mukadimah untuk hari ni, rasa nak baca boleh teruskan. Kalau rasa malas, boleh klik button merah kat hujung kanan sekarang. Silakan.

Emosi agak terumbang ambing untuk hari. Tanpa punca, cuma hasil dari pemerhatian, terus hati ikut terdetik beremosi sama.

Bukannya apa, stress bila tengok mangsa tempias. Maksudnya, orang lain yang salah, orang lain yang kena. Orang lain yang stress, orang lain yang dijadikan tempat luahan sumpah seranah stress. Sangat tak adil.

Sangat benci bila orang suka menghukum tanpa usul periksa, tanpa cuba memahami isi hati dan masalah yang melanda. Adil kah begitu ?

Cuba anda berada dalam situasi mereka dahulu, fahami kehendak dan masalah yang berlaku. Ini tidak, tanpa apa-apa, terus menghukum, mengata, mengeji buta.

Anda, telah membebankan lagi mereka. Anda, buat mereka rasa tersisih dengan dunia. Anda, buat mereka rasa sedih berduka. Puaskah hati anda ?

Sedih bagi aku bila melihat situasi luar biasa yang dianggap biasa pada mata dunia. Hidup dalam budaya tindas menindas, hidup dengan jayanya meletakkan hukuman tanpa usul periksa. Don't judge !

Siapa kita yang layak untuk menghukum manusia itu ini ? Sudah cukup sempurnakah kita ?

Berubahlah, cuba untuk fahami sebelum membuta tuli mencanang maki.

Wednesday, January 08, 2014

Talk 'Bout Life.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:31:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !







Bismillah.

Duduk terdiam, dan mula berfikir soal kehidupan. Kehidupan mendatang, apa yang kita bakal corakkan. Warna warni atau hitam suram kehidupan ?

Pernah juga, bila over thinking. dan akan rasa oh it's just some lame attempt of our self to create our own version of life and thus, not really working with it.

Tapi, actually when you really think about it, there is a whole story lying beneath the truth. Just waiting to be uncovered.

What we search is tranquility in our life. That will drag us to start to smile and do what ever we want.

And finally, we can find tranquility in almost anything as long as our heart lets you. Ketenangan bukanlah sesuatu yang sukar sangat untuk kita dapati. Yang penting hati, kalau hati kita tenang. InsyaAllah hidup kita juga akan tenang.

Thursday, January 02, 2014

2014.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:08:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Bismillah.

Alhamdulillah, tanpa sedar. Allah pangjangkan usiaku sehingga saat ini. Syukur.

Banyak benda yang berlaku dengan cepat. Benda yang semuanya tanpa dijangkakan.

Menjadi seorang pendidik warga Tahun 2.

Menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang.

dan seterusnya.

Untuk anak didikku sayang, sungguh pengalaman ini sangat bermakna buat cikgu.

Akan cikgu didik kamu sehabis kerah.

Ikhlas kerana Allah.


Untuk teman seperjuangan,

teman yang katanya kita kawan, kita keluarga, kita kekasih

terima kasih. 

Kerana hadir, mencorakkan hidup aku.

Untuk yang sentiasa sabar dengan telatahku, terima kasih.

dan keluarga, terima kasih sokongan depan belakang kiri kanan atas bawah.

do love all.

and please, don't let your heart break just because of me Someone :')


 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea