Thursday, August 17, 2017

Resipi Laksa Utara

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:39:00 PM 1 kata-kata hebat !

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus laksa kering
  • 1/2  kg ikan sardin (7-8 ekor)
  • 3 sudu besar belacan
  • 2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • 2-3 keping asam keping
  • Garam, secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:

  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 biji bawang besar
  • 3 sudu besar belacan
  • 3 biji cili merah
  • sedikit air

Bahan untuk hiasan:

  • 5 biji telur, direbus
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang timun, hiris nipis
  • Limau nipis, di potong
  • 1 ikat daun selom
  • cili padi, hiris nipis

Cara Penyediaan:

  1. Rendam laksa kering dan kemudian rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan kisar halus hingga cili berwarna gelap dan terbit minyak. Masukkan bungan kantan, daun kesum dan asam keping semasa menumis.
  3. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama sedikit garam. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar separa halus isi ikan bersama air rebusan ikan. Masukkan isi ikan yang dikisar tadi ke dalam periuk bersama bahan tumis. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam tadi dan rebus dalam 20 min
  4. Masukkan garam & rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
  5. Hidangkan laksa bersama kuah dan bahan hiasan.

Tips :

1. Masukkan isi ikan yang di kisar apabila cili benar-benar masak dan terbit minyak.

2. Gunakan belacan yang dibakar




Monday, July 24, 2017

Rindu yang Sakit

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:24:00 PM 0 kata-kata hebat !


Rindu.

Satu kata kerja. Mengikut Kamus Dewan Edisi Kedua, rindu didefinasikan sebagai (1) perasaan(berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan seseorang. (2) Dendam perasaan sangat cinta atau kasih.


Sakit.
Adjektif. Juga melalui Kamus Dewan Edisi Kedua, sakit merupakan (1) berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagian kerana sesuatu sebab. (2) berasa sedih(susah), sengsara.



Rindu yang sakit,

Perasaan (berasa) sangat/ingin bertemu dengan seseorang tapi ianya berasa sedih (susah) sengsara.

Kerna rindu itu sakit.

Ubat hanya doa, dan kenangan yang ada. 

Alfatihah.

Hj Osman Hj Yahaya
(2012/11/25)
Dalam ingatan




Indah indah bawa bertandang,
Pucuk pauh kicap manis,
Rindu siang bawa bertandang,
Rindu malam bawa menangis






Friday, July 07, 2017

Salam Untuk Esok

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:06:00 PM 0 kata-kata hebat !
.

Apa khabar, esok.
Sihat ? Sakit ?

Apa khabar, esok.
Rindu bakal terjadi, esok.

Esok.
Mungkin masih sama

atau

Esok.
Mungkin sesuatu yang berbeza.

Esok.
Bagaimana ?
Caranya ?
Penyelesaiannya ?

Semuanya esok.

Dengan izinNya, esok sinar bahagia,
Buat kita semua


Menanti esok,
Kyra Ismera

Friday, April 14, 2017

Kelakar

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:30:00 PM 0 kata-kata hebat !
Mundar mandir. Kejap atas, kejap bawah. Naik turun tangga. 

Entah apa saja yang sibuknya.

' Hey, banyak tempat kau. Kejap atas, kejap bawah. Habis meeting room pun kau duduk '

Kerja.

Itu aja bidasnya. Tak punya lebih masa untuk terang mengapa.

Tapi, wujud juga sikap sambil lewa.

Bukannya apa, cari peluang kerja.

Jobstreet lah ceritanya.

Itu satu.

Dua.

Entah apa deskripsi terbaik,

' Kalahkan audit buat kerja '

Terima aja, sama - tak punya lebih masa untuk terang mengapa.

Sekarang.

Yang tinggal ini aja,

Yang lain sudah tamat jasa bekerja.

Jadi kelakarlah juga, Alihnya jasad muda itu juga yang giat kerah jasanya.



 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea