Saturday, June 30, 2012

Online Shopping - Tudung Bawal 3 Tone - NFH BOUTIQUE

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:14:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Tudung : Bawal 3 Tone
#senang dibentuk
Harga : RM14
Warna : Pelbagai dan mengikut tempahan anda :)

Berminat ? Tinggalkan nama,alamat,num tel dan pilihan warna anda di laman facebook KYRA ISMERA

Turut menawarkan :






Friday, June 29, 2012

Online Shopping - Tudung Bawal Matahari - NFH BOUTIQUE

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:41:00 PM
Reactions: 
4 kata-kata hebat !
#017


#018


#003


#005

#007


Terbaru dari NFH BOUTIQUE.Belum lagi ada dipasaran.Terdapat pelbagai pilihan warna.

Tudung : Bawal Matahari
Warna : Pelbagai
Harga : RM20 sehelai ( tidak termasuk postage )

Berminat ? Boleh tinggalkan nama,alamat,num telefon dan kod pilihan anda di laman facebook KYRA ISMERA.


Turut menawarkan :





Wednesday, June 27, 2012

Cerpen : Bukan Takdir Seketika ( part 2 )

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:16:00 AM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !
Cinta perlu dicari

T
atkala itu semua mata terpandang akan satu arah yang menghasilkan bunyi yang tragis.Sehinggakan Makcik Bedah yang tengah goreng mee pun turut terbantut gorengnya.Tragis benar bunyi yang baru didengarnya.Gempa bumi kah ?

“Cikgu tolong saya,saya dah tak boleh bangun..perit sangat rasanya cikgu”Khalif menyeringai sakit.Tangannya yang tadi memegang bihun sup tertumpah.Bertambah malang apabila kuah sup yang panas tu tertumpah di paha kanannya.Sudahlah punggungnya baru saja menghentak permukaan bumi.Paha pulak sudah merasa panas kuah sup.Benar kata orang malang memang tidak berbau.Tapi masih boleh dihidu.

“Macam mana kamu boleh jatuh ni Khalif ? Ya Allah budak ni..boleh patah tulang pinggul tau tak..Haa Haizam tolong saya papah si Khalif ni ke kereta..kita bawa dia ke hospital..yang lain boleh pulang ke kelas..Siapa yang ingin memberi maklumat tentang perkara ini boleh jumpa saya selepas tamat kelas sesi pagi” Cikgu Umair sudah bertukar nada percakapannya pada akhir kata-katanya.Dia tahu angkara siapa sebenarnya.Sudah 5 tahun dia menjadi guru disiplin sekolah.Asam garam anak muridnya telah dia tahu.

Akibat insiden tersebutlah Adam Fairuz didenda semasa perhimpunan sekolah.Matanya masih liar mencari gadis pujaan hati di khalayak ramai.Namun pencariannya gagal.Walaupun dia malu tetapi hatinya rasa puas apabila dia mendapat tahu bahawa Khalif terpaksa bermalam di hospital akibat keretakkan tulang pinggul.

T
elefon yang berdering di meja sebelah menggangu konsentrasi Liyana Humaira dalam menguruskan dokumen kes Dato Sibalakuman.Dikerling ke meja sebelah,tiada orang rupanya patutlah dari tadi asyik berdering sahaja.Kepalanya dipanjangkan ke arah pantry mencari sahabat yang hilang entah kemana.Telefon menjerit lagi lantas tangannya pantas menyahut panggilan tersebut.

“Syarikat Guaman Gee Anisah,boleh saya bantu ?” suaranya dilunakkan gaya penyambut telefon bertaraf 5 bintang.
“Boleh saya bercakap dengan Cik Liyana Humaira?”suara ditalian memberi respon.

Liyana Humaira menjenguk kembali ke mejanya.Telefon di meja Irdina yang berdering tetapi dia yang dicari ? Atau dek kerana terlalu leka menyusun dokumen sehingga dia tidak perasan bahawa telefon di mejanya berdering.Ahh tidak mungkin.

“Hello ? Hello ? Boleh saya bercakap dengan Cik Liyana Humaira ?” sedikit tegas berbanding tadi.Masih bertanyakan soalan yang sama.
“Ia saya bercakap,boleh saya bantu encik ?”rasa bersalahnya menebal kerana mengabaikan soalan yang ditanya oleh klien tadi.
“Saya Zafran Nufail”sepi.

Zafran Nufail ? Anak Dato Amir Nufail ke ? Ke Zafran Nufail pengawas nerd sekolah aku dulu.Eh tak kan pengawas nerd nak call aku ? Tapi suaranya macamm..

“Er boleh saya bantu ?”Liyana Humaira mencecah kesunyian.Hatinya secara tiba-tiba berdegup pantas.Kenapa ?

“Saya anak Dato Amir Nufail.Ingat lagi kes rasuah yang ditarik balik ?” suara tadi bersuara tapi seolah-olah ditahan-tahan.
“Ya saya masih ingat lagi kes tu.Saya peguam yang terlibat dalam perbicaraan tersebut..untuk makluman Encik Zafran kes tu sudah ditutup atas persetujuan pihak makhamah dan kedua-dua pihak.”Benar.Kes itu telah ditutup tempoh hari.Tapi kenapa pemanggil di talian ni seolah – olah ada sesuatu tidak kena dengan kes tersebut.Nak buat sebutan kes semula ke ? Eh mana mungkin.

“Sebenarnya saya telefon bukan hendak bicarakan soal kes tu tapi soal individu.Boleh kita berjumpa?”
Hati perempuannya dirombak resah.Hal individu? Kenapa ?








Monday, June 25, 2012

Cerpen : Bukan Takdir Seketika ( part 1 )

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:58:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
cinta itu comel


L
eka Liyana Humaira memerhatikan sekumpulan pelajar yang rancak berbual dan bergelak ketawa.Langsung mereka tidak pedulikan bunyi bising yang dihasilkan oleh roda komuter yang galak bergeleseran.Apa yang mereka ketawakan pun tidak pasti.Mungkin sesuatu yang buat hati mereka tercuit lucu.Dipalingkan ke hadapan,melihat bangunan yang tersergah di kota bandaraya.Namun,ianya tetap tidak berjaya menenangkan hatinya.Hatinya gusar,jiwanya resah.

“Wey,keychain aku hilanglah.Ala..spoil mood lah macam ni !”gadis yang bertocang kuda gelisah seketika.Di toleh kiri kanan atas bawah,sekitar tempat duduknya.Mencari barang yang hilang.

“Keychain yang mana hilang Eisya ?” tegur  lelaki yang dari tadi hanya berdiam diri memerhatikan gelagat rakan-rakannya.Turut sama dia memanjangkan leher kiri kanan atas bawah mencari barang yang hilang.

“Keychain tu ada tulis nama Eisya,yang warna unggu pink tu” gelisah di wajahnya kian terserlah.Air mata sudah mula bergenang.

Humaira semakin pelik.Hanya kerana keychain yang seberapa harganya gadis itu sanggup bersusah payah mencari ? Hinggakan air mata gadis tu sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu banjir.Mahal sangatkah keychain tu ? Ala,ChowKit banyak.Susah sangat pasar malam dekat taman aku tu pun ada jual.Siap boleh tawar harga lagi.Nak letak nama depan belakang pun no problem.

“Eisya jangan nangis ya,nanti kita cari.Mungkin terjatuh kat sekolah tadi” sambut lelaki tadi.

Monolog Humaira tentang pasar malam yang menawarkan keychain tadi terus lenyap entah kemana.Lelaki tadi memujuk lembut.Kekasihnya barangkali.

Alahai lembutnya mamat tu pujuk.Baru sekolah menengah,kalau dah besar nanti macam manalah agaknya cara dia memujuk.Cair taik telinga mungkin.Segaris senyuman terlakar kasar.

T
erlintas di fikiran Irdina untuk bertanyakan kes Dato Ramli yang sudah lama terbengkalai.Dahulu masa sebutan kes diadakan,kes itulah yang menjadi topik perbualan hangat.Siapa tidak kenal Dato Ramli,Pengusaha KM Square.Tapi sayangnya dia dituduh dalam kes rasuah.Kes yang dipegang oleh Liyana Humaira.

“Maira,apa dah jadi dengan kes Dato Kepayat tu ? Menang ke Kalah ?” Irdina menggantikan nama Dato Ramli kepada Dato Kepayat.Entah dari mana munculnya nama tu pun tak tahulah.Liyana Humaira yang gelarkan Dato Ramli sebegitu.Bila disoal mengapa Dato Kepayat.Hanya jungkitkan bahu sebagai jawapan.

“Kes tu pihak lawan tarik balik.Katanya nak selesaikan secara individu.Aku pun tak faham dengan dunia bisnes ni..Mulanya bukan main lagi pihak lawan nak ketengahkan benda ni.Alih-alih diorang jugak yang tarik balik kes tu” dengusan kecil terlahir.Penat dia memikirkan apa sebabnya.Untuk mengoret lebih lanjut,itu bukan lagi bidang tugas dia.

“Biar betul ? Macam tak percaya je Dato Amir Nufail tu tarik balik.Dia tu kan seorang yang tegas.Pantang ada yang salah.Mesti di cari akar umbi permasalahan itu timbul.Masalah rasuah kali ni bukan sebarang kes,tapi ditarik balik.Mesti ada sesuatu kan ?” Irdina membalas pandangan Liyana Humaira.


Sudah 3 tahun mereka terlibat dalam kencah dunia guaman.Macam-macam kes yang mereka dengar.Macam-macam kes yang telah mereka selesaikan.Tapi entah mengapa kes Dato Ramli jugak yang menarik minat mereka berdua untuk mengupas lebih lanjut.


Z
afran membelek fail yang ada ditangannya.Fail projek dengan Syarikat KM Square.Permintaan untuk bekerjasama dalam projek bersama semakin tinggi.Mungkin hikmah ayahnya menarik balik kes rasuah tersebut.Tiada apa yang perlu ditelingkahkan apabila Dato Amir sendiri dapat menyelidik hal sebenar yang berlaku.Rupanya ada orang dalam dari syarikat saingan cuba merosakkan perhubungan baik antara Syarikat  I-My dan Syarikat KM Square.


Sifat baran Dato Ramli sudah pun diketahui ramai.Sifatnya pantang dicabar dan ego yang tinggi akan membuatkan ramai pihak gerun terhadapnya.Atas kelemahan tersebutlah syarikat kelolaan Adam Fairuz cuba mencucuk jarum agar perhubungan ayahnya dengan Dato Amir renggang lantas merugikan kedua-dua pihak.

“Adam Fairuz !” lantang pengetua andartu itu ‘menyeru’.
“Saya belum pekak lagi Puan,tak payah la Puan nak jerit bagai..bingit tahu tak..patutla tak kahwin sampai sekarang..eh bukan puan..cik..maafkan saya” sinis kedengaran di telinga Puan Hazidatul Aiman.

Memang sepatutnya gelaran yang sesuai adalah cik tapi memandangkan status yang dipegangnya adalah pengetua,lantas penggunaan Puan digunakan atas urusan yang melibatkan profesionnya.

“Pandai kamu menyusun bicara ya..Kenapa tak masuk kumpulan pidato sekolah ? boleh jugak kamu menyumbang jasa..sumbang pingat dari kamu menyumbang peningkatan dalam kes disiplin.Buat malu sekolah je.Bila kamu nak berubah Adam Fairuz b Kamaluddin ?” sinikal juga yang dibalas.Adam Fairuz  bukan sebarang pelajar,prestasi akademiknya boleh dibanggakan setanding dengan masalah disiplinnya.

“Buat apa masuk debat.Tu si Maira tu ada..menyakitkan hati je puan..kalau puan nak saya masuk bertanding untuk pertandingan akan datang..saya setuju,tapi dengan syarat Maira dibuang dari kumpulan yang bakal mewakili sekolah..boleh ?” matanya dikejit nakal.Tangan memeluk tubuh.Seolah seseorang yang harus dihormati dan sentiasa dimerlukan.Perasan.

“Tak payah la kamu nak mengayat saya Adam.Saya dah faham sangat tektik kamu tu.Kalau betul-betul kamu nak join pertandingan tu dah lama kamu masuk.Tak hiraukan si Maira tu masuk atau pun tidak.Nak dajalkan orang number satu.Sudah,saya tak nak dengar semua tu..Saya dapat laporan kamu melakukan 2 kesalahan disiplin yang berat.Sebagai hukuman,kamu akan dirotan masa perhimpunan sekolah..kedua kamu dikehendaki melakukan kerja amal selama 2 minggu berturut-turut.”Pedas bunyinya.Siapa sangka seorang pengetua akan berkata begitu.Agaknya mungkin itulah sebab utama kenapa dia tidak bertemu jodoh.Garang dan berbisa.

“Puan..apa pulak ? apa yang saya dah buat ? kerja amal sudahlah.Tak payah la nak rotan dekat himpunan.Malu woo.Jatuh macho saya nanti.” Gelisah di hati hanya dia yang tahu.Apa kata Nisa nanti.Aduh.Musnah semua rancangan.

“Alasan tidak diterima..kamu dah buat budak junior kamu masuk hospital,kamu dah buat kerusi sekolah patah..jadi kamu harus bertanggungjawab atas segalanya.” Malas hendak melayan kerenah yang satu ini.Lagi dilayan lagi menjadi bahasa pidatonya.


Ada saja hujah untuk menangkan diri.Tegakkan benang yang memang basah tak kering-kering.

H
idayati Hanisah.Seorang yang lembut budi bicaranya.Manis senyumannya.Baik pekertinya.Seindah nama dan maksudnya.Petunjuk Allah dan yang takwa maksud disebalik nama.


Gadis yang menjadi pujaan ramai lelaki termasuk gangster sekolah,Adam Fairuz.

Masa rehat tadi digunakan  untuk membalas dendam.Juniornya Khalif Imran cuba untuk mengayat Nisa buah hati tak berlesennya.Senyuman Shah Rukh Khan yang Khalif berikan kepada Nisa membuatkan hatinya panas.Ditambah pula apabila Khalif memberikan bungkusan hadiah kepada Nisa.Terus menggelegak hati remajanya.

“Kau Nampak tak si Khalif tu ?” mata tajamnya menikam susuk tubuh yang sedang membeli makanan.
“Ha apasal ? Apa lagi kau nak buat kali ni ? Aku dah cuci tangan bro ! serik !” sudah malas dia ingin bersengkokol dengan Adam.Dia tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bukan lagi berdrama hero di sekolah.
“Pengecut la kau Man ! Puihh ! Cuci tangan konon.Kau tunggu.Kau tengok !” dengusan keras ditinggalkan buat si kawan.Marahnya semakin membuak-buak.Kakinya laju ke arah orang yang disebutkan sebentar tadi.

Nahas kau jantan ! Berani sangat sentuh cikaro aku.Bermonolog sebelum rancangannya dilakukan.

“Arghhhhh !!! Sakittnya Ya Allah !!”

..bersambung..







Saturday, June 23, 2012

Love-But-Not-Pleasure-But-Yes # 13

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:47:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !

Triple L 
Love | Laugh | Life

Love-But-Not-Pleasure-But-Yes # 12

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:48:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !



- lonely -


- sweet -


- nice -


- comfortable -


- annoying -



Love-But-Not-Pleasure-But-Yes # 11

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:22:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !



manusia.
tak semestinya seorang yang sentiasa ceria itu sebenarnya dia betul-betul ceria

manusia.
senyuman yang dihadiahkan adalah kesedihan yang cuba disimpan

manusia.
gelak tawa yang sering menggeletek jiwa itu hanya sebagai pengubat duka lara

manusia.
ceria untuk membuatkan orang lain ceria

manusia.
punya ceria | fake

manusia.
tersenyum cuma | fake

manusia.
terdiam cuma | hati merintih sedih

manusia.
pelbagai ragam

manusia.
tak dapat kau jangka

manusia.
seperti badut

badut.
gembira | fake | punya rasa tersendiri

badut | manusia | kehidupan

Thursday, June 21, 2012

Manusia Mudah Menilai

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:14:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
comel kan budak ni ?impression bebeh !

Assalamualaikum people !

Terfikir sejenak tentang pemikiran atau pandangan kita antara manusia dengan manusia.
Pernah tak anda terfikir hal ini.

Kita sering kali menilai seseorang itu melalui kata-kata yang kita dengar berbanding kita cuba untuk mengenali siapa dia sebenarnya.

Kebanyakkan manusia zaman sekarang sangat mudah menilai orang lain. Kalau buruk kata orang, maka buruklah dia menilai. Jika baik kata orang, maka baiklah dia menilai.

Pernahkah kita cuba untuk mengenali seseorang itu dengan sendiri berbanding mempercayai kata-kata di sekeliling ? 

Mudah kan manusia. Geram  apabila segelintir manusia yang sering kali mudah menilai seseorang dengan hanya mendengar kata-kata yang berterbangan tanpa ada bukti yang kukuh.

Mudah kan manusia. Menjatuhkan maruah orang lain hanya melalui sekilas pandangan.

Pernahkah mereka selidik terdahulu apa yang didengar.
Apa yang di nampak.

Enak mulut mengatur bicara, mengata yang bukan-bukan sahaja sedangkan ia dusta belaka.

Benarnya itu adalah manusia.
Manusia yang punya hati busuk.
Manusia yang mungkin tiada pendirian dalam hidup.
Kerana lebih rela mempercayai membabi buta berbanding usul periksa.

hakikatnya itu manusia.

Untuk manusia sebegitu.Tahniah kerana engkau buat mereka yang dicerca lebih berjaya

Untuk manusia sebegitu.Tahniah kerana sering kali percaya tanpa usul periksa.

Untuk manusia sebegitu.Tahniah kerana terus bangkit tanpa menghiraukan kata-kata mereka.





Wednesday, June 20, 2012

Happy Birthday Somebody !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:44:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !



Happy Birthday Somebody ! :)
Somebody I used to know him well.

untuk dia yang ku panggil sayang ;

selamat ulang tahun !
moga hari ini lebih baik dari semalam.

untuk dia yang sering buat ku tersenyum ;

selamat ulang tahun !
usiamu kian mengjangkau dewasa.
ayuh kita seiring bersama,menghadapi cabaran alam dewasa.

untuk dia yang sering buat ku tertawa ;

selamat ulang tahun !
tiada apa yang mampu ku berikan
selain doa buatmu bahagia.

untuk dia yang menjadi gula hati ;

selamat ulang tahun !
hadirmu bermakna sentiasa
tiada kata saingi segala
hanya perasaan setia yang ku ada

untuk dia bakal tulang rusukku ;

selamat ulang tahun !
moga kita kekal bersama
menghadapi segalanya.
usah bermuram duka.
aku sentiasa buatmu ketawa.

selamat ulang tahun yang ke 20 gula hati : Muhammad Rizuan b Razali

Tuesday, June 19, 2012

Online Shopping - Jacket Ellegant - NFH BOUTIQUE

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:07:00 PM
Reactions: 
15 kata-kata hebat !

#soft purple

#black



#white

#pink

products name: ♥ jacket mimie ♥

price : rm37
:: add poslaju semenanjung rm6 /sabah Sarawak rm9

free size : can fit s-m-l
- Design jacket yang comel ,sesuai dipadankan dengan dress/tops/singlet =)



************************************************


#white





#soft pink

products name: ♥ jacket marcello ♥
price : rm35
:: add poslaju semenanjung rm6 /sabah Sarawak rm9


free size : can fit s-m-l
- Design jacket yang comel ,sesuai dipadankan dengan dress/tops/singlet =) 




INBOX/COMMENT : NAMA,ALAMAT,NUM TEL,CODE 


  1. Tudung Bawal Latin - RM 8 SAHAJA
  2. Dinner and Casual Dress from NFH BOUTIQUE





Monday, June 18, 2012

Shopping Online -Dress Dinner and Casual - NFH BOUTIQUE GALLERY

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:14:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !



♥ SAKURA FLOWER DRESS
free size
material lycra,length 140cm

SPECIAL PRICE: RM67 only! 
NORMAL PRICE : RM98 !

free size ;- can fit s/m/l strtchable smpai xl ♥
stretchable.., high quality, sedap pakai ..! ♥

♥ utk wanita2 yg gemarkan pemakaian yg cantik &sopan =)
#sgt sesuai digayakan ke mana2 majlis/ wedding/ tunang/ photoshoot /pejabat ,kain sgt selesa ♥



 princess dress   
code : 6810

RM65 only!!

colour : grey
free size ;- best fit s/m/L size,
stretchable.., high quality, sedap pakai ..! ♥




code : ♥ CINDERELLA SKIRT   ♥ 
colour :YELLOW
price : rm50

colour available : BLACK ,BROWN, YELLOW, TURQOISE,PURPLE,RED,LAVENDER,SWEETPINK, PEACH ,ELECTRIC BLUE ,PINK

size: free size, can fit s/m/L (stretchable)

*pinggang jenis getah,stretchable
material : lyrca spandex ,sedap n selesa pakai
 





PRODUCTS NAME; ♥ blouse aneeysa ♥

COLOUR ; SOFTPURPLE

*MUST HAVE! LIMITED STOCKS!
--> SESUAI DIPAKAI DGN JEANS/SKIRTS TAW! :)

special OFFER PRICE ; RM40 ONLY!

SIZE; FREE SIZE (can fit s/m/l strtchable until xl!)

material ;knitted cotton




Berminat ? Tempah sekarang selagi stock masih ada :)
Boleh tinggalkan nama,alamat,code,colour,dan num phone.
Boleh juga inbox msg di KYRA ISMERA - FB

TUDUNG BAWAL LATIN RM 8 SAHAJA ! HARGA BOLEH DIKURANGKAN SEKIRANYA ANDA BELI SECARA PUKAL :)

Shopping Online -TUDUNG BAWAL LATIN - NFH BOUTIQUE GALLERY

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:12:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
TUDUNG BAWAL LATIN RM8 SAHAJA !








lebih 120 warna yg menarik terdpat dlm koleksi kami...:))dpat kan dgn hrga yg sngt berpatutan,,Juga dijual 

secara borong..:)Harga Borong 10 pcs : RM80 Harga Borong20pcs : RM140*Harga borong sudah termasuk 

pos ke semenanjung sahaja.* Tambahan caj RM10 utk pos ke sabah/ sarawak.*PM me for best price..:)



INBOX/COMMENT : NAMA,ALAMAT,NUM TEL,CODE TUDUNG,WARNA TUDUNG,




DINNER DRESS -CASUAL DRESS ! CLICK HERE

Sunday, June 17, 2012

Bangga Dengan Maksiat yang Dilakukan . Shameless

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:53:00 AM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !



bukan KUNO seorang wanita itu sekiranya tidak berpeleseran seperti wanita yang lain,bukan NAIF sekiranya wanita itu jarang keluar rumah untuk bergembira dengan bukan muhrimnya.kerana,itulah ada KELAINAN yang wanita itu memiliki berbanding yang lain.itulah KEISTIMEWAANnya berbanding wanita yang lain.

wahai LELAKI,bimbinglah tulang rusuk mu untuk ke arah kebaikan.bukan kau NODAINYA dan kau tinggalkannya di pinggiran jalan.


Assalamualaikum people ! and morning !


Apa yang DISLIKE ?
Sebenarnya aku baru sahaja terbaca status seseorang di laman muka buka.
Meng-update sesuatu yang tak perlu.

Kenapa perlu update sebegitu ?
Banggakah dengan kemungkaran yang dilakukan ?
Rasa hebat dapat buat sesuatu yang MUNGKAR ?

Malas aku copy paste kan status tersebut.
Biar hanya yang tertentu sahaja.
Cuma,lebih kurang bunyinya akan aku contohkan :


  • happynya,baru balik dari dating..sayang abang
  • On the way nak ke rumah ****** 
  • Bermalam di rumah tersayang
dan sebagainya ? Apa ini kawan ?
sungguh pun kau punya keluarga yang merestui tapi sedarkah tak ramai yang berprasangka baik ?
Status yang boleh menjadi bahan umpatan,bahan cacian,fitnah.

Sungguh kau jaga aurat kau depan dia semasa di rumah ? Sedangkan apabila diluar pun sakan kau memegang tangan yang bukan muhrim.Inikan di rumah yang tiada pandangan orang umum.

Wallahualam.Itu hanya kau yang tahu.
Mungkar yang kau buat,usahlah kau hebahkan.
Biar sahaja menjadi rahsia engkau.
Jangan biar orang lain turut menumpang dosa engkau.

Picisan untuk diri sendiri dan kawan-kawan.
Yang buruk kita jauhkan,yang baik kita perbanyakkan.

Sememangnya aku bukan siapa yang mampu memberi nasihat.
Tapi aku mampu sedarkan diri aku yang mana perlu yang mana tidak.




Friday, June 15, 2012

Cinta Muka Bulu ! BULU ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:43:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
 Bhahaha..sumpah lawak ! berbulu perut gelak ! :D have fun ya people ! :)



tak normal kalau anda tak ketawa ? ketawa  tak ? jom kongsi komen :)

Thursday, June 14, 2012

Blog Review by Syakirah Rusli

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:05:00 PM
Reactions: 
4 kata-kata hebat !
Blog Review by Syakirah Rusli




assalamualaikum and hye peeps !

  • Kyra's twin make a contest ! - Blog Review by Syakirah Rusli
  • the blog owner - known as KYRA ! *see my twin :P
  • this is the first contest that she make for bloggers | do support Syakirah Rusli ! :)
  • im feeling lucky if im chosen to be the 20 in the list :)(:
best of luck to me and my twin :P

*blog dah sama warna neh ! PINK :)

Undefined | Telling me WHY

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:38:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
undefined




assalamualaikum and evening people ! may live happily =.=

well,here I am.obviously telling you something.its UNDEFINED what  actually are.Get my point ?

again,the mood of feeling uneasy faced by me.its hard to define what the main problem with.but,its here and totally happen.

feeling something that going wrong.
feeling something that uncomfortable with.
feeling nervous.

aren't something happen ?

Allah knows everything.
may live in Allah bless.

the dreamer | nothing impossible 

Monday, June 11, 2012

Bloglist Kyra Ismera - May

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:27:00 PM
Reactions: 
7 kata-kata hebat !
Seperti yang dijanjikann..taraa ! terima kasih kepada yang join :)


  1. http://qaleshyaumairah.blogspot.com/2012/05/saya-nak-join-segmen-adek-kyra-ismera.html 
  2. http://kisahkitajer.blogspot.com/2012/05/ada-segmen-la-jom-join.html 
  3. http://thisissensei.blogspot.com/2012/05/segmen-bloglist-kyra.html 
  4. http://gilecontest.blogspot.com/2012/05/segmen-bloglist-kyra.html 
  5.  http://diariesaya.blogspot.com/2012/05/segmen-bloglist-kyra-ismera.html 
  6. http://iemagurlz.blogspot.com/2012/05/1st-segmen-bloglist-kyra-ismera.html 
Thanks to them :)

  1. http://lindazehan.blogspot.com/
  2. http://sayasukanyanyi.blogspot.com/
  3. http://hanadababygurlzstory.blogspot.com/
  4. http://nahdatulizah.blogspot.com/
  5. http://misszuryana.blogspot.com/
  6. http://therainisfallingsoami.blogspot.com/
  7. http://widieabudakjahat.blogspot.com/
  8. http://yayaonly.blogspot.com/
  9. http://mysuarablog.blogspot.com/
  10. http://cheriterahatyhaney.blogspot.com/
  11. http://anna-lifeiscun.blogspot.com/
  12. http://haniungu.blogspot.com/

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea