Monday, July 24, 2017

Rindu yang Sakit

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:24:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !


Rindu.

Satu kata kerja. Mengikut Kamus Dewan Edisi Kedua, rindu didefinasikan sebagai (1) perasaan(berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan seseorang. (2) Dendam perasaan sangat cinta atau kasih.


Sakit.
Adjektif. Juga melalui Kamus Dewan Edisi Kedua, sakit merupakan (1) berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagian kerana sesuatu sebab. (2) berasa sedih(susah), sengsara.



Rindu yang sakit,

Perasaan (berasa) sangat/ingin bertemu dengan seseorang tapi ianya berasa sedih (susah) sengsara.

Kerna rindu itu sakit.

Ubat hanya doa, dan kenangan yang ada. 

Alfatihah.

Hj Osman Hj Yahaya
(2012/11/25)
Dalam ingatan




Indah indah bawa bertandang,
Pucuk pauh kicap manis,
Rindu siang bawa bertandang,
Rindu malam bawa menangis






Friday, July 07, 2017

Salam Untuk Esok

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:06:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
.

Apa khabar, esok.
Sihat ? Sakit ?

Apa khabar, esok.
Rindu bakal terjadi, esok.

Esok.
Mungkin masih sama

atau

Esok.
Mungkin sesuatu yang berbeza.

Esok.
Bagaimana ?
Caranya ?
Penyelesaiannya ?

Semuanya esok.

Dengan izinNya, esok sinar bahagia,
Buat kita semua


Menanti esok,
Kyra Ismera
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea