Tuesday, February 28, 2012

Hadis Pilihan : Menuntut Ilmu

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:31:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
jika kamu disoal,antara ilmu dan harta.pilihlah ilmu kerana para sahabat pernah berkata
'' ilmu akan memelihara kita,tetapi harta perlu dipelihara''

Assalamualaikum..

Perkongsian untuk kali ini adalah lebih mengenai Ilmu dan beberapa hadis pilihan yang berkaitan dengan ilmu dan boleh membantu untuk kita lebih mengenali siapa diri kita sebenar.

Segala apa yang kita lihat,kita pelajari, dan kita dengar adalah untuk ilmu dan ibadah.

- ilmu adalah pokoknya,ibadah adalah buahnya -
- menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap muslim -

  • Pembacaan dan Penulisan
bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.Dia telah menciptaklan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui
(Al - Alaq : 1-5 )
  • Berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang belum diketahui
Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan
(An Nahl : 19 )
  • Mengenali diri sendiri
Dan pada dirimu sendiri,maka apakah kamu tidak perhatikan ?
(Az- Zariyat : 21 )
  • Tanggungjawab membina kehidupan dan menunaikan amanah sebagai hamba dan khalifah
Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab atau amanah kepada langi dan bumi serta gunung ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan pada kitika itu,manusia sanggup memikulnya.Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia adalah melakukankezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakannya
(Al Ahzab : 72 )

#ilmu tanpa amal adalah suatu kegilaan,manakala amal tanpa ilmu adalah suatu yang sia-sia

Pengerusi PRS,
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah


Saturday, February 25, 2012

Hidup Berorganisasi

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:12:00 PM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !


Assalamualaikum

Hidup berorganisasi umpama hidup berkeluarga dan hidup berjiran.

Hidup Berkeluarga : adanya ayah sebagai ketua.ibu sebagai penolong ayah.dan anak-anak sebagai penyeri rumah.Sama lah situasinya dengan hidup berorganisasi.Adanya YDP sebagai ketua,NYDP sebagai penolong ketua dan ahli yang lain sebagai penyeri dan tunjang kecil.

Jadi,apa yang boleh disimpulkan.Jika kita mampu merasa keluarga bahagia.Kita juga mampu merasa organisasi bahagia.Maknanya,organisasi yang berjaya dan organisasi yang boleh memberi faedah kepada umum.

Hidup berjiran : Setiap kediaman mempunyai jiranya tersendiri.Pelbagai jenis jiran kita temui.yang sombong,yang ramah,yang gah,yang baik budinya dan lain-lain.Tapi kita sebagai manusia yang hidup berjiran,kita mestilah berpegang pada prinsip hormat dan menghormati.

Sama jugalah dengan kisah berorganisasi.Setiap organisasi yang wujud pasti punya organisasi lain yang turut membangun bersama.Masing-masing membawa corak pemerintahan tersendiri,membawa imej tersendiri dan mempunyai moto dan visi tersendiri.

Jadi,jika kita mampu menjadi jiran yang baik.Kita juga mampu menjaga hubungan antara satu organisasi dengan organisasi yang lain.

Hidup organisasi ini banyak corak dan laluannya.Cuma kita kena pandai untuk memilih corak dan laluan yang baik untuk kepentingan bersama.

Pengerusi PRS,
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Nikah Khitbah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:01:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !


Assalamualaikum..

Nikah Khitbah..apa tu ?? oke lah..bahasa kampungnya Nikah Gantung..tapi secara lebih terperincinya ialah..kita bernikah,tetapi duduk berasingan..

Ianya sesuai dengan pelajar yang masih menuntut dan punya keinginan untuk mendirikan rumah tangga..sweetkan ?? yela..umur remaja,macam-macam benda negatif yang boleh dibuat bila adanya nafsu.TAPI tak semua,terpulang juga kepada pasangan itu sendiri..kalau dapat pasangan yang bukan jenis kuning..oke what ! kan ! couple,tiada dosa..yela..tak cakap lucah2..

kebaikan nikah khitbah :
  1. terhindar dari maksiat
  2. bercouple secara halal
  3. prestasi akademik semakin meningkat (dalam paper ada berita tentang ni )
  4. maruah terjaga
  5. ikatan terbina atas dasar yang sah :))
so,yang dah bersedia tu..tak salah kan ??
tapi main problem is family. kan ? mesti ada family yang membantah.
nevermine,kalau niat kita ikhlas..insyaallah :))

syukur sgt sbb MR bukan tipikal kuning
praise to be Allah :))

anda mungkin berminat dengan entry :

Friday, February 24, 2012

Jom Belajar Loghat Kedah (part 2 ) - PESBUK VERSI KEDAH

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:25:00 AM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !

Assalamualaikum..

Jom ber-loghat KEDAH lagi !
Pernah dengar Facebook versi orang Utara ??
tak pernah ?? rugi baq hang !! :D oke sebelum tu..hari ni nak introduce beberapa words untuk readers :)

  1. boh = letak
  2. toksah = jangan
  3. haru = sibuk
  4. baghu = baru
  5. pulun = bersungguh sungguh
nah ! link FB versi Kedah ! nanti boleh la korang sign up kannn :))

Tuesday, February 21, 2012

Jom Belajar Loghat Kedah (part 1)

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:09:00 PM
Reactions: 
18 kata-kata hebat !




Assalamualaikum..

ni nak ceghita kat hangpa semua.Tadi ni,oqang sebelah ghumah aku ni duk bising pasai pa tak taulah.Hingaq sampai ke ghumah aku boleh dengaq,dengaq kata dapoq ghumah dia terbakaq.Time duk ghembang2 tuh la dia nak terbakaq pon,time aku nak makan nasik(lauk toyu dengan ikan goreng).Xdak time lain ka nak terbakaq pon,dah la pagi tadi menyoqok pon dak,adik aku sentai habis koi cok kodok dengan pengat ubi mak aku buat,kuqang ajaq btoi..Tapi tu ceghita pagi tadi,ni dapoq ghumah sebelah aku ni,camana nak buat ni ? Segheyau jugak aku nak pi,bukan pa,satgi kalau tong gaih dia meletup haa..xpasai2 ngan muka aku yang hensem ni ceqeme..hehe.Tapi aku gagah pi jugak la kan,pasai anak daqa dia comei,dah la comei meghela plak tuh.Bleh aku qelin2 satgi tolong apa yang patut.Bila aku sampai ja kat belakang ghumah tuh,mak aii api dia punya panaih.Nak pi dekat pun tak boleh.Oqang kampong pakat duk kaut ayaq paqit nak simbah kat api. Ada ka pakai ayaq acaq ? Yang aku syok,ada soqang oqang tua ni ngan keleboq2 skali dia pi kaut.Buat pa paklong oii.Buat habih qiang ja,xguna skupang pon.Ada yang duk punggai pasiaq pon ada ishh macam2.Satgi kalau kita pi tegoq dia habaq kata kita kuqang jaq,biaq pi lah.Yang budak2 plak duk kalut qabat pokok nak tengok,hish satgi ngan pokok2 dia sambaq mampuih.Bodo piang jugak budak2 ni.Masa tuh aku tengok zen ghumah dah duk meltik2dah..pii....qhumah aku!! Baqu teghingat,camana ni,mampuih la mana aku nak tidoq malam ni kalau dia sambaq ghumah aku..beghembun la..ghumah aku !!wei tolong la..

belajar loghat Kedah jom ! dah baca petikan di atas ? faham tak ? =.=


  1. toyu = kicap
  2. hangpa/hampa = korang
  3. oqang = orang
  4. duk = tengah/sedang*sedang buat/tengah buat
  5. pasai = tentang
  6. ka = ke
  7. daqa = dara
  8. menyoqok = sarapan
  9. koi = kuih
  10. cok kodok /cekodok = jemput jemput pisang
  11. segheyau = risau
  12. gaih = gas
  13. ceqeme/ceme = cacat
  14. meghela = gatal/gedik
  15. qelin = mengerling
  16. kaut = ambil
  17. simbah = curah
  18. ayaq caq = air parit
  19. soqang = seorang
  20. keleboq = lumpur
  21. habih qiang = habis tenaga
  22. skupang = sepuluh sen
  23. punggai = baling
  24. habaq = bagi tahu
  25. kuqang jaq = kurang ajar
  26. qabat = panjat
  27. sambaq = sambar
  28. mampuih = mati/mampus
  29. bodo piang = bodo sangat
  30. kalut = sibuk
  31. satgi =jap gi /sekejap lagi
  32. zen = zink
  33. ghumah = rumah
  34. beqembun = berembun
selamat berloghat ! :)

Monday, February 20, 2012

When Im Down

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:23:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




its come for no reason..
i don't know why..
but can feel it..

something goes wrong..
but i cant detect what it is..

i heard my heart say..
for the time being..
its cry but the same times its happy
and now i did a smile..

but..
its fake..
and i know it well..

whats wrong actually ?
is it me ?
you ?
them ?
us ?

please do tell me..
is it a secret ?
didn't let me know ?

then why should i have that awkward feeling ?
seem easy
but actually not

i really hate the feeling that i feel right now
i'm too eager to know..
but actually i didn't have to..

should i ?

if i wrote in english,its mean
i really mean it..
i'm really in the situation..
and i stuck..
for no reason..
and its happen to me..
please Allah..do me some favour :(


Sunday, February 19, 2012

Pendengar yang Tuli

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:09:00 PM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !


Assalamualaikum..

pendengar.pendengar yang baik atau sebaliknya.sebenarnya itu tidak menjadi isu.yang menjadi isu bila.mendengar tapi tidak mengendahkan.maksudnya umpama yang bercerita seorang diri dan yang mendengar umpama tidak mendengar.

mungkin ramai yang tidak perasan hal yang satu ini.tapi tahukah anda sebenarnya ini adalah isu sensitif.isu dimana yang boleh menitiskan air mata seseorang.pernah sedar akan hakikat itu ?

cuba anda bayangkan.apa perasaan anda bila anda ghairah bercerita kisah anda,tetapi hanya dibuat tidak endah dan seterusnya si pendengar mengubah topik umpama anda yang bercerita tidak wujud langsung disisinya.bagaimana perasaan anda ?tepuk dada,tanya emosi.

mungkin anda anggap ini hal remeh.tapi anda pernah terfikir tentang yang bercerita ? mungkin ada kesedihan yang dia cuba pendamkan.dan kamu yang terpilih untuk mendengar.tapi kamu ?apa perasaan yang bercerita ? pernah anda terfikir side effect kepada yang bercerita ? tidak kesiankah anda ?

kenapa anda bersikap begitu ? dia hanya insan biasa yang hanya memerlukan sedikit masa anda untuk mendengar kisahnya,mendengar masalahnya.bukannya mengambil masa yang lama.15 minit mungkin ? bagaimana nanti sekiranya anda punya masalah..tapi tiada yang mahu mendengar dan akhirnya yang sidia juga sudi mendengar masalahmu.apakah perasaanmu ketika itu ? pernah terfikir ?

duduk dan berfikirlah.bila bercerita tidak mahu mendengar.bila tak bercerita,dikata pula menyimpan rahsia.bila bertanya,dimarah.bila tak bertanya dikata tidak ambil berat.semuanya salah.jadi apa sebenarnya yang betul ?

moga aku bukan seperti berikut.mohon Allah jauhkan.

Thursday, February 16, 2012

MY EXBOYFRIEND IS A GAY !

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:49:00 PM
Reactions: 
7 kata-kata hebat !



figura diatas sedikit sebanyak memberi kesimpulan keseluruhan


maaf.andai entry ini terkena batang hidung sipolan dan sipolan.hanya sebagai entry biasa yang mungkin mampu mengubah persepsi dan mungkin membawa kebaikan.#kalau geli geleman jangan baca :D under age tutup mata oke !

sudah lama aku bercinta dengan dia.sayangnya aku hanya pada dia.dia yang aku sayang.dia yang aku rindu.dan dia,dia,dan dia !

tapi tiba ketika masanya hatiku dirombak oleh si... ! ah ! wujud dia yang lain ?? mana mungkin ! eh tidak ! tidak ! stop bicara hati ! stop mata jiwa ! stop ! jangan curang ! jangan ! jangan !

itu yang berlaku.2 tahun dulu.sekarang aku hanya mampu tersenyum dan kadang kala meremang bulu roma ku bila wall fbnya aku buka dan baca.aku stalker ? entah.mungkin.

dulu memang dia yang aku sayang.sehingga aku berjumpa dengan si X lantas hatiku terdetik untuk meninggalkannya.entah kenapa.namun hatiku kuat menyatakan bahawa ada sesuatu yang pelik sedang dan tengah berlaku kepada dia.tapi aku masih gagal mencari punca utama.

kerana.cintanya padaku tetap sama.tetap utuh di mataku.tiada cacat celanya.cuma...

ah ! abaikan kisah ku yang dulu.senang ku sinopsiskan.Allah maha Adil,Allah maha kaya.memang benar caturan ku dulu.benar tindakan aku untuk putuskan hubunganku dengan si dia.kerana diaa...

tinggalkan dulu persoalan itu.aku tergelak sendirian bila mana aku terimbau peristiwa aku dan dia putus.mencarut umpama air paip pecah di WALL FB.nasib baik bukan dikira vandalisme sebab menconteng dinding tak terpegang itu ! carutannya khas buatku.

tak kisah.mungkin itu memang salahku.biarlah mereka yang lain menggelarku BITCH tapi aku punya reason kukuh.kenapa dan kenapa.

kerana : sekarang : dan dulu :
dia : seperti gambar diatas.bercumbuan di alam maya seolah-olah orang awam itu bodoh untuk menggelarnya GAY.cuma status sebagai pelajar yang berwibawa,tiada siapa yang mampu bertanya
''wey ! ko gay ke ''
"wey,asal gila lucah ko kat fb !''
atau
"gila ko wey,ramai lagi perempuan beb ! mana nafsu ko ?''

entah.itu aku tidak pasti.tapi yang realiti. MY EX IS A GAY !

Sumber : Ex Girlfriend si Gay.actually both of them are my friend ! so,what to say is to the girl,may Allah bless you for what you have try to do.to the boy,im speechless ! #talktothehandmaybe:afterthis

Friday, February 10, 2012

Buat Baik Jangan Sekali,Buat Jahat Berpada-pada

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:58:00 PM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !

buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada.
senyum kepada yang menjeling
baik kepada yang jahat

pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar


hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna.kerana yang sempurna hanyalah di sana.nun dia akhirat.nun di syurga firdausi.di dunia hanya sementara,berpegang pada itu lantas aku terfikir soal manusia di sekelilingku.

benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali

tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada

MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan yang telah tertulis di loh mahfuz masing-masing.masing-masing hidup dengan perasaan hasad dengki walaupun peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.

bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.

cukuplah lakonan yang baik tu sedangkan hakikatnya vice versa.senangnya meludah perkataan yang menyakitkan.senangnya bercanda dengan memburukkan orang.senangnya lidah itu.sedangkan tiada apa masalah pun sebenarnya.

suka mencaci,suka mengata,suka menyindir hanya kau bukan seperti dia yang kau idamkan.sudahlah manusia.tutup mulutmu sebelum lebih banyak dosa yang bakal kau tanggung.sudah sudahlah menghina.letih telinga mendengar,sakit mata memandang.

walau apa pun terjadi,kepada yang jatuh cubalah untuk bangun.insyaallah Allah disisimu.Dampinglah dengan Alquran kerana itu penguat imanmu.Sujudlah keran disitu egomu akan makin terkawal.

Bangun dengan gagah ! jangan tunjuk kau lemah ! jangan jatuh kerana kata-kata tak berlesen ! hiduplah dalam prinsip hidupmu !

BAIK JANGAN SEKALI ,tetapi banyakkan
BUAT JAHAT BERPADA-PADA,janganlah selalu,kerana manusia itu tidak sempurna,tidak lari dengan perbuatan yang mengjengkelkan



Monday, February 06, 2012

Rahsia Diri

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:40:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !



Assalamulaikum..


entry kali ni tentang Rahsia Diri =.=
tadi kelas Softskill,setiap orang akan tulis satu peribadi kawan tersebut dalam satu kertas kecil..
so tadi ada dalam 30 orang,so akan dapat 29 feedback kawan-kawan tentang diri kita..

nak taw tentang saya ?? =.=




  1. berani
  2. senang berbincang
  3. kadang-kadang garang
  4. kadang-kadang pemalu
  5. banyak cakap
  6. berdikari
  7. manis
  8. banyak idea yang bernas
  9. sentiasa bersemangat dalam segala urusan yang dijalankan
  10. tak malu
  11. moody and caring
  12. suka cari gaduh dengan Johan
  13. suka tak puas hati dengan Johan
  14. banyak idea
  15. pandai cakap london
  16. baik
  17. petah berkata-kata
  18. pandai present
  19. pandai
  20. pandai,cool
  21. bertanggungjawab and senang memahami
  22. berkeyakinan tinggi
  23. berketerampilan
  24. TM(tade mood) terus
  25. pandai berkata-kata.selalu busy
  26. matang
  27. skema
  28. tulus kadang-kadang menjengkelkan
  29. banyak idea
  • actually memang suka gaduh dengan Johan,gurau memain =.=
  • sory untuk kawan-kawan,memang sem ni agak busy sebab kena urus PRS =.=
  • TM ?? haha sory-sory-sory :)

wallahualam'
cuba untuk perbaiki diri agar lebih baik =.=

Sunday, February 05, 2012

Blogger Meets Up ! Bowling Scene

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:08:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !


Assalamualaikum ! Salam maulidur rasul kepada semua umat Islam

gembira di hati masih lagi bersisa..Hari Sabtu lepas,PTSB,PBU dan PSP telah berjaya menjalankan Program Bowling 3 Serangkai yang diadakan di The Summit,Bukit Mertajam.Tahniah untuk semua pihak yang dah berjaya dan terima kasih kepada yang banyak membantu untuk melancarkan majlis =.=

di kesempatan tu kami para blogger rebut peluang untuk bertemu dari mata ke mata dengan blogger lain ! yeahh ! dapat jugak meet up blogger yang selalunya asyik dengar nama saja,tapi semalam..dapat jumpa,bersembang,kongsi-kongsi..and siap keluar beli hamper sama-sama lagi..hehe

memang best sebab tak pernah lagi meet up blogger macam tu..dah macam reunion blogger pun ada..dapat jumpa Sis Nanie Zainuddin :) (selalu nampak nama dia je kat fb dengan kat group Blogger Politeknik 1Malaysia)

tak kurang jugak saya berkesempatan berjumpa dengan YDP PRS PSP,saudara Azizul.Sempat jugak kami berbincang untuk program yang melibatkan ukhwah..cuma sedihnya tak dapat jumpa YDP PRS PBU..insyaallah lain hari =.=


#antara blogger yang turut hadir :
terharu sebab sis nanie kenal hanis rahim ! :P



Friday, February 03, 2012

No One Else

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:00:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !


Assalamualaikum..

Sarang-eeran geu maleun mothaedo meon gosaeseo eereogye baraman bo-ado
modeungeol jol soo isseoseo saranghal soo isseoseo
nan seulpeodo haengbokhamnida.


lagu ni dah berjaya buat hati aku tertaut dan terpaut..oh ! silap bukan lagu sebenarnya tapi lirik di sebalik lagu ! damn ! aku suka !

untuk pengetahuan,aku tak pernah and langsung tak pernah minat Kpop or Jpop..and now ?? oh maii !! :D

nevermine lah kan :)
dedicate this song to MR :) <3
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea