Wednesday, July 30, 2014

Kehidupan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:46:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !




Salam Syawal Ketiga, Salam Eid Mubarak.

Salam salam salam ! Salam kosong-kosong ya. 

Puas ketawa, puas berbual mesra, puas mendengar celoteh yang muda dan tua, puas rasa gembira. - PUAS.

dan dalam ketika ketawa, berbual mesra, mendengar cerita tua muda dan gembira - banyak sebenarnya perkara yang aku pelajari.

Kehidupan semestinya. Jujur aku katakan, tak mudah nak hidup apatah lagi hidup menghirup kesenangan.

Namun, itulah kehidupan.

Semua benda susah, nak kawin pun susah.. even nak makan pun susah. Tapi yang buat perkara itu menjadi senang, bila senangnya kita dengan positif dan menerima apa yang tertulis.

SHRMZB.


Friday, July 04, 2014

Resipi Mee Kuah ( Mee Jawa ) Utara

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:38:00 AM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !





Assalamualaikum.. dan salam Ramadhan.

Since, ramai request resipi mee kuah. Here, I'm going to share ok :)
Sangat mudah dan rasa yang InsyaAllah tip top lah habaq hang !

Untuk bett, dayah.. ni aku dah kasi resipi ni. Untuk keberapa kali pun tak tau la kan.

Itula jauh lagi, kalau dekat dengan aku. Selalu je aku buatkan untuk korang macam dulu-dulu.

Rinduu !

Ok. Terus ke resipi yaw !

Bahan-bahan.

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili boh / cili giling
Sos tomato / cili / tiram
4 ubi keledek ( sedang )
Udang / Ayam / Daging
Kulit Udang / Tulang daging *
Sayur - Sawi, Kobis atau yang bersesuaian mengikut citarasa.
Fishball / Fishcake

Cara penyediaan :

A.
1. Rebus ubi sehingga empuk dan kulit udang sehingga kulit kekuningan ( berasingan )
2. Blend ubi tadi. Asingkan.
3. Blend kulit udang bersama air tadi. Asingkan.
4. Blend bawang besar & bawang putih.

B.
1.  Tumis bawang yang telah diblend sehingga kekuningan.
2. Masukkan satu atau dua sudu cili boh. Ikut citarasa, kalau nak pedas boleh lebihkan.
3. Biarkan cili dan bawang tadi untuk seketika. 2-3 minit.
4. Masukkan air udang yang telah ditapis. Boleh juga digantikan dengan air rebusan daging.
5. Masukkan ayam / daging . Selalunya saya masukkan ayam. Sebab daging makan masa untuk empuk.
6. Biar didih seketika.
7. Masukkan ubi yang telah diblend tadi.
8. Masukkan sos cili / tomato dan tiram sesedap rasa.
9. Bila dah mendidih boleh masukkan fishball fishcake dan kobis.
10. Akhir sekali masukkan udang dan sayur. Udang dan sayur tu tak nak overcook, sebab tu masukkan last sekali.
11. Garam secukup rasa. Boleh juga masukkan sedikit gula atau perasa.

Siap !

Lepas tu boleh la rebus telur dan taugeh untuk hiasan. Untuk lebih umphhh, makan dengan cili potong. Pergh ! Membuka selera !

Apa yang buat kuah lebih sedap tu dari air rebusan kulit udang. Tapi boleh juga kalau nak gantikan dengan air daging, tapi tak berapa nak umphh la.

Tips : Jangan blend kulit udang terlalu halus. Nanti masa tapis, air masih lagi terasa sisa kulit udang.

Selamat mencuba ! Kalau ada yang mencuba tu, nanti komen-komen la ye. Berjaya ke idok kan :D

Salam Ramadhan dari Hanis, Rizuan dan kami sekeluarga.
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea