Wednesday, November 30, 2011

Rules and Regulations

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:22:00 PM
Reactions: 
6 kata-kata hebat !
Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day

‘’bang tolong bang,jangan pukul saya bang’’

‘’baru sekarang kau nak merayu JANGAN ! tadi aku mintak elok-elok,bukan main kau berdrama hebat ! nah rasakan’’

Hayunan buku lima tepat di mata kanan.Peritnya terasa hingga ke saraf.
Tendangan sulung jatuh tepat di ulu hatinya.Senak menyelubungi.
Mata sepet itu semakin layu.Kesakitan di badan kian merenggut.

Gelakkan galak masih lagi kedengaran,namun sudah sayup-sayup diawangan.
Akhirnya mata menyerah kalah.Lantas terkatup.Badan jatuh rebah.

“wey,sudah ! sudah ! terkulai dah si Adi ni ! kau nak bunuh dia ke Darius ?”
“ biar dia mampus ! baru dia tau langit tinggi ke rendah ! bukan aku mintak duit banyak pon..aku mintak yang mana ada dalam poket dia tu ! bapak kaya,anak kedekut ! puuihh !”

Cecair putih yang punya buih-buih kecil melekat di baju dan muka Adi,ludah.

Namun itu masih belum buat dia bermaya untuk membuka mata.apatah lagi bangun berdiri.

Dia Adi,Adi Muzalman b Adam Muzalman.

Ayahnya seorang pengusaha besar. Punya bisnes pelusuk negeri. Punya syarikat yang gah sedang membangun.

Namun dia ?

Dia hanyalah Adi yang biasa,Adi yang pendiam.Adi yang suka menyendiri dan seorang pemerhati yang baik. Oh ya tak lupa. Adi senang dibuli.

Dibuli ? membuli ?

Apa bezanya ? tetap BULI di hujungnya bukan ?

Adi mendengus perlahan. Mata kanannya masih lagi bengkak , senak di ulu hati masih lagi terasa sakitnya. Namun dia masih mampu tersenyum.

Baginya dia punya prinsip.
  1. Jangan melawan bila dibuli
  2. Jangan melayan sekiranya disendawa
  3. Jangan sesekali memberi wang kepada pembuli
  4. Jangan.
  5. Jangan..dan
  6. Jangan

Ahh ! prinsip bodoh. Prinsip yang memakan diri. Itu bukan untuk kebaikan,itu lebih kepada keburukan.

“ Itu bukannya berdisiplin sekiranya kau tak langgar prinsip bodoh kau tu ! itu memperbodohkan diri ! sanggup kau kena buli saban hari dengan Darius tu ? sampai bila Adi ? sampai bila ? ”

Arissa mula membebel. Tergesa- gesa dia selepas mendapat panggilan telefon dari guru disiplin sekolah. Katanya Adi ditemui pengsan di dalam tandas. Bila disoal puncanya,Adi hanya diam membisu.

Hanya Arissa yang mengetahui segalanya. Arissa seumpama diari harian Adi. Apa yang berlaku pasti dia akan ceritakan.

Adi orangnya bijak.Cuma dia sedikit dumbass. Terlalu berpegang kepada prinsipnya.

Entah mengapa,antara banyak-banyak undang-undang kehidupan. Undang-undang itu juga yang dipilih sebagai prinsipnya. Bila disoal mengapa, dia hanya menjawab ‘sekadar ingin mengetahui apa itu dunia’

Lame excuse.

“Adi Muzalman”
“ya akak”

“Rules and regulations,force you to play it safe and now get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day”

Ditinggalkan Adi dengan kata-kata tersebut. Arissa sudah malas untuk menasihati. Adi sudah dewasa. Pandai untuk membuat keputusan,pandai untuk mengubah diri

Dan akhirnya. Hari ini. Adi yang baru. Adi yang sudah Berjaya. Adi yang tidak lagi hidup dalam pegangan prinsip bodoh.

Terima kasih kakak.

Tuesday, November 29, 2011

Sketsa kehidupan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:20:00 PM
Reactions: 
5 kata-kata hebat !


You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?


matanya masih lagi melihat ke luar.masih lagi mengharap satu kelibat yang mungkin tidak akan tiba.pada kelibat itu dia bergantung nasib,bersandar harapan.kakinya dilunjurkan ke hadapan.minyak gamat di capai lantas penutup merah di buka.

titisan demi titisan minyak gamat jatuh dikaki mudanya.seperti air matanya yang jatuh menghentak lantai.diusap perlahan kakinya.kakinya yang dulu gah kemana saja.kini kaku di sisi katil.

rumah kotak itu menjadi tempat dia berlindung hujan panas.sekilas dia mendongak ke atas.ternampak sedikit lubang di hujungnya.tanda atap bocor.dengusan kedengaran.matanya kembali melihat ke luar jalan.masih lagi menanti kelibat itu.


dari sudut tengah rumah,Adi nampak segala perilaku kakaknya.kakaknya yang menanti suaminya yang memang tidak akan pulang.Abang Dian,sudah pulang ke rumah asal,kubur.

selepas kemalangan,kakaknya menjadi seorang yang pendiam.kecacatan fizikal kakaknya membuatkan keadaan bertambah rumit.Adi hanya mengharap ehsan orang sekiling untuk membantu mereka.tiada lagi kesedaran untuknya untuk bangun bekerja dan mencari rezeki.dia sudah putus asa,sudah banyak kali dia menghadiri temuduga.DULU.tiada satu pun yang lekat.

namun itu dulu.sekarang dia sudah menjawat sebagai jawatan tinggi di sektor awam.kakaknya tidak lagi menanti kelibat yang tidak mungkin datang.kakaknya mula tersenyum hiba melihat kejayaan adiknya yang dulu diam tanpa suara.semuanya berubah,mereka tidak lagi tinggal di rumah petak yang atapnya bocor.kini tinggal di rumah mewah beratapkan indah.

terdetik di hati Adi,benarlah


You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Monday, November 28, 2011

Quotes May Reflects Them

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:43:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !


kyra ismera :)



#the quotes reflects everything =.=




they say everything happen for a reason,but it will be nice to know some of the reasons why :)

Saturday, November 26, 2011

Dunia Penulisan dan jalan hidup baru

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:40:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !


assalamualaikum dan salam maal hijrah.

baru je lepas blogwalking.baru lepas bw blog Hanim.aku baca cerpen dia yang berkisarkan Daim dan Am.aku taw,tu watak favorite dia.dan sebenarnya watak itu wujud.Daim dan Am memang wujud.banyak rahsia disebalik dua nama tersebut.biarlah Hanim je yang tahu apa rahsianya.

bila aku baca penulisan dia,aku teringat dengan penulisan aku.dah lama aku tinggal dunia penulisan.dah lama aku biarkan cerpen aku tergantung tanpa penamat.dah lama aku tak buat cerpen baru.apa nak jadi ni hah ?

dulu aku aktif menulis.boleh dikatakan hari-hari aku menulis.ada saja idea aku untuk menulis.mungkin sekarang aku busy dengan kelas dan aku lebih tumpukan study.jadi minat ku terhadap dunia penulisan terpaksa aku hentikan seketika.

aku teringat kenangan aku masa jadi penulis online di 100penulis.memang best.dapat bergaul dan berkongsi tips dengan penulis yang lebih hebat.mereka memang hebat.setiap karya penulisan mereka pasti tersentuh.pasti memberi impak.karya aku ? entah.

puas aku belek balik karya ku.lebih 50 koleksi cerpen yang telah aku hasilkan.sikit bukan ? damn ! aku patutnya boleh buat lebih.dan cerpen tu ? aku just biarkan dalam folder NOVEL.malas untuk aku publish di blog.malas juga untuk aku utarakan di penulisan2u.walaupun dulu karya ku agak mendapat sambutan.

biarlah semua cerpen ku tersimpan rapi.satu hari pasti aku akan bukukan.bukukan? macam zahiril adzim.dari karya blog,dia bukukan penulisannya.Bogel Menemui Tuhan.(kot) aku ada jugak baca buku tu.aku tertarik karya untuk Shera.yang sekarang isterinya.kau memang care habis zahiril !

ciss.asyik cerita kisah orang.kisah aku ? entah.mungkin sekarang masa yang sesuai untuk aku mula menulis.untuk aku mula bercinta dengan words.kan ? insyaallah :)

#terharu bila ada yang ym,msg, n keep asking ''bila kyra nak update blog,nak baca cerpen lagi ''.thanks for those support me :)


*to be or not to be,there is the will = william shakespeare

maal hijrah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:22:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !


SALAM MAAL HIJRAH :)








Friday, November 25, 2011

wordless : describe a word

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 6:36:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
tokwan
wajah sejuta perasaan





Thursday, November 24, 2011

history of mine and them

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:49:00 PM
Reactions: 
3 kata-kata hebat !
MEMORIES IN SEM 2 :) FRIENDS FOREVER


masa kelas business management.sebelum gallery walk
sempat lagi possing..wee~~
taken by : hidayah wahab


possing lagi ! hehe..OSHA.class.bye !
taken by : nazerin jaini



underni pokok kelapakk.i will wait for youu~~
taken by : nazerin jaini



final presentation : business management
*sory wan ! salahkan orang yang ambik pic ny.:D
taken by : man KOT




again.keep possing :)
taken by : xtaw :D



tunggu turn masuk dewan kuliah : kelas Law
taken by : nazerin jaini




man comel.hasina vogue.johan gedik.hee
taken by : nazerin jaini



smile.
taken by : someone


zaman gediks sem 2 dah tamaatt.history is history. c:


Wednesday, November 23, 2011

Masterchef : cabaran memasak tanpa air

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:16:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !
assalamualaikum and happy wednesday.

cabaran untuk hari ni.cabaran masterchief : masak tanpa bekalan air.

tapi ni bukan masterchef yang kat astro tu.tapi ni masterchef kat rumah sendiri.
dem baru sekarang aku rasa susahnya nak masak bila insufficient air.and worst ada adik just goyang kaki main ps2 dan tunggu masa untuk makan.ciss.

well.aku mulakan 'percutian' aku kali ni dengan masak lunch.kesian pulak aku tengok.orang kat rumah ni hari-hari makan lauk beli.sampai dah muak.

so.menu hari ni.simple je.tapi oke abaikan
1.gulai ikan or u call it curry
2.ikan goreng
3.sayur kailan ikan masin
4.petai rebus
5.sambal belacan

simple je kan.tapi disebabkan insufficient air.aduh.dah macam stuck pulak kerja aku.apala yang diorg buat kat tangki depan tu agaknya kan.oh please abg/pakcik i need water.nak basuh ikannn

but then,aku just rileks,smile n buat je semua tu.macam orang dulu-dulu.angkut air dari toilet ke singki.then ulang lagi.dan ulang.dan seterusnya ulang lagi.

kena pulak time tu aku keep replaying lagu menuju wawasan by unic.pergh memang terbaik.lirik dia memang bagi semangat kat aku untuk teruskan misi masterchef.time tu pulak Seth msg aku,cakap orang dulu lagi teruk.masak pakai arang.lagi la kan.so disebabkan kata-kata tu,and lirik lagu tu.berjaya jugak aku siapkan semua.siap kemas dapur lagi oke ! hah spe cakap aku tak boleh buat ? boleh oke ! muahaha

untuk adik yang tengah hapy-hapy main ps2 tu,maaf la eh.kakak mu memerlukan tenaga kerja mu.alaa..no big deal sangat pun,mintak tolong potong bawang n tumbuk sambal belacan ja :D oke what dari suruh buat gulai kan ? hoho

last but not least.selamat menjamu selera ! :)

*dah nak habis masak baru air ada balik.then im keep smiling and thanks God :)


Tuesday, November 22, 2011

mamarazi 2 =P

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:04:00 PM
Reactions: 
4 kata-kata hebat !
well.well.well.

to my kembar nama hani syahirah or commercial name,hani ungu.

actually kita ada story yang sama :D
but,u ada yang 'mencuri'
tapi i,ada yang 'bagi' tapi lepas pada tu marah-marah..

well.itulah manusia kan.cerita kita lebih kurang sama.
nasib kita leih kurang sama.
tapi u,drastik sikit kot :D

but,tentang stalker ni.
memang lumrah kepada 'mereka'
nak cakap dengki.macam sarkastik sangat kan.
so i cakap,stalker-stalker ni tak matang.childish.

in my case :
dia 'bagi'
tapi dia marah-marah
dia 'bagi'
tapi dia buat taik kat nama i kat blog dia
tapi dia 'bagi'
nak je i cakap macam bitch.
tapi i tak la kejam sangat =,=
finally.dia shut up.

in ur case :
dia dah 'amik'
tapi takut-takut
dia dah 'amik'
tapi sibuk stalker kiri kanan
but actually dia takut apa yang dia 'amik' tu bakal hilang.
thats why duk stalker 24 hours =,=

apa pun.to us.kita sabar.but then sampai bila kan.tiba masa terluah jugak lava tu.
tapi sekarang i oke-oke aja.u je..erk..hopefully will be fine :)

Monday, November 21, 2011

diam bukan senyap

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:47:00 PM
Reactions: 
1 kata-kata hebat !
final dah habis.yes.sukasuka.tapi seth tak habis lagi.
nevermine seth.study!study!tinggal 2 paper je tu lagi sayang !

plan duduk rumah ni aku tak taw lagi apa.
pastinya buat kerja rumah tu menjadi perkara wajib.
mungkin aku cuba resipi baru dan suruh seisi keluarga makan.hehe
sedap tak sedap.tu belakang kira.janji kita cuba.

novel.aku aim aku nak baca banyak-banyak novel.puas.
aku nak layan feel.hoho
aku nak ambil tips cara menulis.
aku.novel.dah sebati.jangan pisahkan please !

tapi yang sedih.aku.seth.berpisah jauh.
haish.jaga diri seth.
jumpa 6 bulan akan datang.
ILY :)

Friday, November 04, 2011

Seth dan Saingan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:51:00 PM
Reactions: 
2 kata-kata hebat !






saingan aku sekarang makin hari makin meningkat.saingan aku semua bertindak dalam diam.aku rasa tersaing dan ingin terus bersaing.moga saingan aku buahkan hasil.

ada seorang dua yang sekarang ni memang menunjukkan bengis saingannya dengan aku.tak puas hati ? atau cemburu ? itu aku tak tahu.yang aku tahu mereka tersaing dengan aku.bermula dengan markah business math dan subject lain.typical aku memang pendiam-dalam kelas.

aku bercakap bila suara aku diperlukan.aku memberi idea sekiranya idea aku diperlukan.itu aku.memang aku bukan kaki bodek pensyarah seperti yang lain.itu bukan jenis aku.bukan jenis aku bodek pensyarah untuk dapat extra marks.usaha aku yang menentukan markah aku.bukan usaha bodek.

aku jadikan mereka saingan aku.dan mereka juga.saingan hebat.sama-sama mengejar kejayaan kawan.tak payah nak wujudkan perasaan dengki atau jelingan cemburu dekat aku.aku menyampah kau tahu ? annoying stupid face.

seth tan.seth tan versi aku.walaupun seth bukan satu kos dengan aku.tapi dia tetap saingan aku.saingan hebat aku.dan dia yang selalu suntik aku untuk terus bersaing.aku memang cemburu dengan seth.markah kuiz dan test seth memang top.salahnya hanya dua tiga.memang aku cemburu.memang saingan lah macam tu.kalau dia boleh dapat keputusan macam tu.aku pun sepatutnya boleh.dan alhamdulillah aku dah capai tahap tu.dan sekarang aku kena maintain keputusan kuiz dan test.kalau dia boleh.aku pun mestilah boleh kan ?

tapi seth lain.walaupun seth saingan aku.seth baik.seth tak jeling aku dengan jelingan cemburu.seth tak pandang aku sambil buat muka tak puas hati.seth selalu bagi semangat.seth selalu dorong aku untuk study bila M aku datang.terima kasih seth sebab dah jadi saingan aku dan pada masa yang sama kau SETH macam dalam Nora Elena.

seth dan saingan.itu perjalanan hidupku.

Tuesday, November 01, 2011

Ada orang puji aku COMEL

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:32:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
Baru lepas makan nasi putih,ayam goreng dengan sos.RM3.20.sedap bak hang !

Tak ada benda sangat yang aku nak kongsi kan bersama.Cuma nak bagi taw yang hari ni ada orang puji aku comel.

Sumpah aku bukan reka cerita.diorang yang cakap.bukan aku bodek.ikhlas dari lubuks hati mereka :D ayat aku ayat sengal.

Fine ! kau duduk diam-diam.biar aku cerita.dah macam paksaan kan.tapi.ada aku kesah ?

First : kawan akak roommate aku.yang aku panggil kak As.sebab aku tak taw nama betul dia apa.dan tu je yang aku selalu dengar akak roommate aku sebut.entah betul entah tidak.aku pun tak taw.tibai sajalah !

Tadi lepas kelas.aku ada gap sejam je.kelas hari ni memang penuh.dari 8-1 sambung pulak 2-6.sadis untuk minggu ni.sejam yang ada tu aku balik bilik.masa yang cukup-cukup untuk aku minum segelas white coffee sambil buang masa dengan dengar lagu.

aku ni tipikal agak kelam kabut.sebelum baju aku dirogol dengan tumpahan white coffee tu lebih baik aku tukar.aku pakai shirt smile yang memang fav aku dengan kain batik mama.dah.cukup simple.

Masa tulah kak as datang.kak as memang baik.sebab dia selalu puji aku.tadi dia tegur aku lagi.dia cakap perwatakan aku comel.ha-ha-ha.aku? comel? Ntah.klise.

Tak pe.orang puji.kita senyum sambil buat muka WOWW !ha-ha-ha
Nak taw apa akak tu cakap.dia cakap aku ni selalu je nampak cool.even kelas padat.even kuiz berlambak.aku tetap cool.cukup time,aku gi kelas.ouh.akak tu suka cara aku.dia cakap perwatakan aku comel.aku tak tau tu pujian atau sebaliknya.tapi ia cukup buat aku bajet artis.hahaha

Kedua : kat café.senior atas aku.yatt.dia cakap dia masih ingat lagi gaya aku nyanyi untuk slot game aku masa perjumpaan PRS.ohh tidak.aku malu.sebab tu lah satu-satunya slot yang aku menyanyi dengan muka kering tanpa rasa malu.aku memang tak malu time tu.tapi aku bangga sebab diorang ingat game yang aku ajarkan.oh aku perasan lagi.tak apalah.bukan selalu kan. :D

Tiba-tiba aku rasa entry aku kali ni macam aku bajet femes.hahaha.sory.blog aku.penulisan aku.so perlu kau kisah?

Aku rasa mesti banyak gila feedback lepas ni.lagi-lagi budak poly yang kenal siapa Hanis Rahim.ok semua tak kenal aku pun sebenarnya.hehe

Feedback yang aku jangkakan :

1.semua orang akan cakap.aku bajet gila.baru puji sikit dah masuk blog.
2.mesti ada yang akan puji aku lagi lepas ni.sebab.sapa puji aku.nama orang yang puji tu masuk blog.

*gila punya statement kan.haha.aku bukan gila publisiti.Cuma sekadar suka-suka.peace yalls !

what a life would be ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:04:00 PM
Reactions: 
0 kata-kata hebat !
nothing much to do.nothing much to say.and that we called it as Blogging.

assalamualaikum.
since these few weeks.im quite burden with some stuff.oh annoying.haters.
but,what to do..what to say..
that is life..that everyone faced it with different and various type of ways.

me ?
my ways ?
yes.this is my ways.opss.not this is but these are !
mean it ? get it ?
good !

hey bitches ! these are my ways !
is it bothering you ?
didn't huh ?

these are my ways,and thats are your ways :)
isnt ? nothing much to say
just a simple word that may help you to understand is
WE HAVE OUR OWN WAY =.=

so..
no need to judge me bitch !
no need to control me bitch !
no need to hate me bitch !
no need to take care of me bitch !
because your way is not my way.

last but not least !
both of us studies
BUT
my achievement is based on my own :)
will success by my own ! ;)




 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea