Awak sahabat saya kan?
Kita masih kawan kan?
Awak..saya minta maaf kalau tadi saya dah terkasar bahasa..dah marahkan kawan lelaki awak tu..
Awak..saya cakap macam tu tadi bukan sebab nak tengok awak gaduh dengan dia..
Saya buat macam tu sebab saya sayang awak..
Saya tengok tiap-tiap malam awak on phone dengan dia..
Sepanjang masa awak mesej dia..
Kadang tu saya tengok awak tido pun nset masih ditangan..sebab awak tunggu mesej dia..
Dan sebab utama saya buat macam tu sebab saya tengok keje awak semua tak menjadi..sebab asyik mesej dia..awak ambil masa sehari untuk siapkan nota tu sedangkan yang lain hanya ambil bpe jam je untuk siapkan nota tu..
Awak..saya sayangkan awak..saya tak nak awak terus hanyut..
Ye saya taw..saya pun tak sempurna..saya pun kadang ada jugak mesej2..
Tapi sebagai sahabat..saya rasa tanggungjawab saya untuk sedarkan awak..
Awak..awak tak pernah jumpa lelaki tu..
Awak tak taw lagi perangai sebenar dia..
Tapi saya tengok awak dah macam angau dengan dia..dan percaya sangat2 dengan dia..
Awak..saya takut awak terus hanyut dengan dia
Dia pun tak kenal awak lagi..jumpa pun tak pernah..
Awak sedar tak awak mula mesej dengan dia sebab dia tersalah number..
Awak..dulu awak kata..awak saje2 je mesej..tak nak layan sangat..sebab awak kata..tuh mamat entah dari mana..
Tapi sekarang?? Sampai dah ada rancangan nak bukak akaun bank untuk dia masukkan duit tiap2 bulan..untuk perkahwinan korang..
Awak..betul ke awak nak kawen dengan dia..awak dah piker habis2 ke…
Awak..dia keje di laut..selalu merantau..tak selalu di darat..awak..awak sanggup ambil risiko tu?
Awak..saya sayang awak..saya tak nak awak derita nanti..
Awak..saya nasihatkan awak jumpa la dia dulu k..kenal dulu isi hati budi macam mana..baru awak bukak langkah seterusnya..
Awak..sebagai sahabat..nasihat je yang mampu saya bagi kat awak..terpulanglah kat awak mcam mana awak nak terima nasihat saya..
Dan..saya nak mintak maaf sebab tadi agar kasar bahasa saya dekat kawan awak tu..maaf ye !
Awak..kita masih kawan kan?