Friday, June 28, 2013

L.O.V.E

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:14:00 AM 0 kata-kata hebat !


ini yang bergaduh,

ini yang mesra,

ini yang suam suam,

dan

ini yang sayang selalu :)


berkenan ? Pilih la mana satu :p


Tuesday, June 18, 2013

Salam Terakhir.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:16:00 PM 0 kata-kata hebat !
dulu, setiap kali Syawal

mereka yang terawal.

ya, seperti lirik lagu Black, Teman Pengganti.

dan kini semua itu diabadikan sebagai kenangan.

ya kenangan kita, kenangan milik kita semua.

Mulanya tokwan,

dan seolah-olah dia turut mengajak Tokyah untuk bersama,

sungguh, selepas 12 hari.

Tokyah turuti Tokwan.


Itu kisahnya.

Tapi Allah masih ingin lagi menduga

dia jemput lagi ahli keluarga kami, Uncle Sallehuddin.

ya, pemergian paklong seolah-olah sebagai hadiah hari ibu buat aunty Niza.

Saat semua gembira, Hari Ibu.

kami diam, mengingati semua memori lama.


Malam ini, air mata kami menyembah bumi lagi.

Toklong Majid, abang Tokyah pula tinggalkan kami.


dan kini, seolah-olah.

semuanya kosong.


Salam Terakhir, Salam Takziah.

Tokwan, Tokyah, Uncle Sallehuddin, Toklong Majid.
Tunggu kami disana ya.

Friday, June 14, 2013

Kenangan Cinta Platonik

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:55:00 AM 2 kata-kata hebat !
Kenangan.


Itu mahal harganya. 

dan kadang kala, ia tidak berharga kerana tak tertanding nilai harganya.

dan saat ni, otak giat memutarkan masa kebelakang.

mengingati suka duka dari awal hingga kini.

Peritnya dulu dalam mencapai kata persetujuan,

dan akhirnya membuahkan satu perkara yang barangkali hingga mati tak mampu dilupakan.

sungguh dulu, berat.

namun kini terasa ringannya.

dan disini juga, bersatunya sesuatu yang dianugerahkan Allah, perasaan.

mahal, berharga.

pada asalnya tiada apa-apa.

cinta platonik dan bertukar menjadi...

ah, usah dirungkai..

biar ia menjadi rahsia kerajaan Allah.

kenangan,

hidup dalam kenangan buat diri terbuai-buai.

namun harus cepat sedar,

sebelum enak dibuai sehingga lupa jauh tersasar.

dulu Kenangan Terindah ini, perit bagiku.

kini, ingin aku tukarkan

biar ia kembali indah seperti iramanya.

seperti liriknya.

kenangan terindah bukan milik siapa siapa

ia milik semua

malah tiada hak milik terpelihara

kerana ia kenangan yang terpahat

dalam sanubari, jiwa seseorang individu.

dan kenangan itu yang buat yang jatuh bangkit semula

yang lemah kembali bertenaga,

yang mati hidup semula

kerana ia kenangan,

kenangan istimewa milik kita semua.




Monday, June 10, 2013

Story.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:29:00 PM 0 kata-kata hebat !
Banyak benda sebenarnya nak story.


Dari A-Z

Copthorne, Penang.

Pantai yang awesome. Holiday yang nyaman.

= rinduku di ombak laut.

Jambatan kedua P.Pinang runtuh.

bersyukur sangat sebab pada hari kejadian tu kami sekeluarga lalu tempat kejadian. Seriously, memang ngeri lalu area tu. yelah kawasan under construction. semua terdetik dalam hati, 'kalau runtuh, memang mati. masuk paper '.

tapi semua tak terluah. sampai la kami balik dan selamat sampai rumah tengok berita tentang runtuhan tu. apa lagi semua ucap syukur. maktok siap sujud syukur.

kami lalu dalam pukul 3.00ptg dan kejadia tu jadi around 6ptg. Ya Allah, terima kasih sebab lindung kami sekeluarga.

kenapa lalu situ ?

sebab nak lunch dekat Restaurant Pen Mutiara.

superb awesome ! tak rugi weh ! tapi kena tempah sebelum makan :)

kari kepala ikan yang superb mantob plus kerabu pelam super awesome !

Restaurant Pen Mutiara

untuk tempahan : restaurant pen mutiara

= syukur kami semua 11 orang selamat sampai rumah. terbayang lagi jaring hijau yang runtuh tu. Takziah untuk keluarga mangsa.


Eksiden Dengan Lori.

ini kisah MR. balik kerja, area traffic light rumah boleh pulak ter eksiden. traffic light merah tapi lori tu dengan lajunya jalan rempuh MR.

melambung jugak katanya. tengok motor macam orang dah kritikal. masa kejadian dia call bagitaw " sakit, eksiden dengan lori.. dahla hujan.. nanti sy call balik " :D 

soryy tak sempat nak tanya banyak masa call tu sebab dalam kereta tengah cari umah maknjang, ada family gathering makang makang.

tapi syukur, Allah panjangkan umur. Luka kaki and bahu, bengkak-bengkak, terjongket jongket jalan.

=pakcik lori tak nak mengaku dia yang salah, sampai kena cari saksi. dan Alhamdulillah, saksi ada dan kes selesai.


Private Candidate.

private candidate untuk muet. memang main redah je ni. tak de kelas, apa tah lagi cikgu nak guide. gua rodong habis. 

=harap rodong kena.



Tuesday, June 04, 2013

Dilamar Ombak Laut

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:15:00 AM 2 kata-kata hebat !


Berdiri, mendengar gelora bahasa laut

berilusi, berimaginasi

berderu, kencang angin.

menghembus, deru ombak.

kini,

aku dilamar.

Dilamar rindunya pantai kepada pukulan ombak

kuatnya pukulan, menjadi saksi kuatnya pertemuan.

antara rindu, dan dendam.

Berdiri kaku,

Seolah-olah dikunci sang pencipta rasa.

Menikmati indahnya suasana

mendamaikan tak terkata.


Dengarkah ?

Ombak itu berbisik

Melamar aku untuk hidup umpamanya.

hidup bersederhana,

ada hari bergelora

ada ketika tenang sahaja.

tapi semua baik baik saja

hingga satu ketika

ia bangkit tunjuk kuasa

yang tenang laut, jangan disangka tak seumpama naga
 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea