Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Wajah Hampir Sama. Adakah Dia Jodohku ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:49:00 PM 2 kata-kata hebat !




Bismillah.

Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Benarkah begitu ?

Jodoh itu rahsia Tuhan, mana mungkin ditebak begitu. 

Bagaimana pun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan bahawa tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya, jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh saling mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang dilakukan oleh seorang psikologi. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumah tangga namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai kontak yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya, jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

Mingguan Wanita, 04-10 Muharram 1435 Hijrah


Friday, December 13, 2013

On The Street Where You Live.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 3:19:00 AM 0 kata-kata hebat !






Bismillah.

3.20 am. Still awake. Live up for something. Something that make me smile broadly. Enjoying listen and feeling deeply with the lyrics. Cliche !  Haha. I do love it most, relating it to the reality that I'm going to face it.

Oh ya, let me share with you what had made me still awake at this time and I got an important interview in the evening. Gosh Nis ! You should get off !



On The Street Where You Live.

But I prefer more from the My Fair Lady Musical. The sound had made me live up with the exotics lyric. Ouch ! Here, the one that I said. It mixed with the Nat King Cole version at the end. I'd love most the words in the beginning of the video.





..... she completely done me in, and my heart when to a journey to the moon....



A014

 (dan dijadikan indah) kepada manusia:  iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(3:14)

Wednesday, July 10, 2013

Allah Rindu Hambanya.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:10:00 PM 0 kata-kata hebat !
Terlalu selesa dalam kehidupan,

Hingga leka dengan yang kehidupan sebenarnya.

Angkuh tanpa sujud,

Angkuh tanpa merayu,

Kerana terlalu selesa.

Namun,

Allah sayang hambanya,

Dia kosongkan hati,

Sehingga wujud rasa gelisah,

Gundah gulana, serba tak kena.

Lalu dia sujud menyembah,

Dahi bertemu sejadah,

dan

Dia pulihkan perasaan itu.

Hati yang kosong kini terasa terisi,

Terima kasih Allah.

kerana rindukan doa hambaMu.

kerana masih mendengar doa hambaMu

Monday, July 01, 2013

Luka Itu Boleh Dirawat Kecuali Mati

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:38:00 PM 0 kata-kata hebat !





Luka itu boleh dirawat kecuali mati.

Mendalam kan ? Tulus menusuk hati.

Setiap luka ada ubat sebagai penawarnya, tapi mati ?

Penawarnya ada,

Doa, kiriman ayat-ayat suci.

Tapi kadang kala bila berhadapan luka Mati,

ia sedikit berlainan.

lain feeling kata orang.

tapi luka mati istimewa,

kerana kita sendiri yang belajar untuk merawat, dengan lebih ikhlas

lebih yakin, lebih merendah diri.


tapi,

pesanan untuk diri,

kita kena belajar untuk kurang membuat luka

sungguh kita tahu, ia susah dirawat.

Ia masih tinggalkan parut.

Kekal.
Mencari senyum tuhan.

Monday, May 20, 2013

' Share ' di Facebook | Fitnah |

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:06:00 PM 2 kata-kata hebat !
Fitnah.


Dalam Arab, ia bermaksud dugaan atau ujian.

Mengikut wikipedia, fitnah merupakan komunikasikepada satu orang atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas suatu peristiwa yang dilakukuan oleh pihak lain berdasarkan atas fakta palsu yang dapat mempengaruhi penghormatan, wibawa, atau reputasi seseorang.

 fakta palsu yang dapat mempengaruhi penghormatan, wibawa, atau reputasi seseorang.

Besarnya ' peranan ' fitnah. 

Sungguh yang memberi fitnah itu kuat orangnya. Kuat mempengaruh orang lain supaya tiada ragu rragu dengan percakapan binasa fitnahnya.

Ya anda berjaya ? Berjaya menabur fitnah yang mungkin besar impaknya kepada manusia yang tidak berdosa.

Namun, harus ingat.

Anda juga ' berjaya ' mengaut dosa.


dan Siapa yang akan terlibat dengan dosa besar fitnah ?

1. Individu yang mula-mula mencipta dan merancangan berita fitnah itu dengan diubah suai gambar-gambar palsu (superimpose) dan dimuatkan dalam internet (facebook, blog atau you-tube)

2. Semua akhbar yang memuatkan dalam akhbar mereka tanpa usul periksa di petik daripada laman sosial dan membenarkan berita-berita atau gambar-gambar berupa fitnah tersebut.

3. Sesiapa sahaja yang ‘share’ dan ‘like’ dan mempercayai dan menyebarkan pula berita fitnah tersebut kepada rakan-rakan mereka dalam facebook atau blog.

4. Semua saluran televison yang menyiarkan berita fitnah dan membesar-besarkannya seolah-olah perkara tersebut benar-benar berlaku tanpa membawa saksi dan bahan bukti yang sahih.

 5. Semua NGO , kelab, persatuan, pemimpin parti politik , pemimpin masyarakat, bekas pemimpin negara, pensyarah, wartawan, penulis blog dan artis yang menyokong dan memberi komen negatif tanpa membawa saksi yang adil terhadap berita fitnah terutama yang melibatkan tuduhan zina atau liwath maka mereka semuanya akan mendapat saham DOSA BESAR . Sia-sia sahaja amal soleh dan amal ibadah mereka di dunia kerana seronok mempromosikan berita fitnah dan tuduhan jahat . Termasuk juga individu yang hebat memperkatakan Islam dan pakar motivasi tetapi tewas dengan hasutan syaitan mudah mempercayai fitnah dan tuduhan zina dan liwath kepada seorang muslim tanpa membawa 4 orang saksi yang adil. Setakat dakwaan tidak cukup untuk disabitkan kesalahan seseorang muslim.


Mohon share, supaya anda tidak terpengaruh dengan fitnah laman sosial.

sedikit cebisan dari  : Masjid Taman Puncak Jalil

Tuesday, March 26, 2013

Pulang.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:50:00 PM 1 kata-kata hebat !
Sebesen baldi yang didalamnya sedikit air kosong ada disisi katil.

Didalamnya terdapat buih buih lendir yang tidak diterima untuk proses penghadaman.



Dua jasad sedang diduga.

Dimana nikmat sihat ditarik buat seketika.

''maktok timbang berat dah tinggal 47. hari tu berat jugak 52. kian turun dah. tak lama lagi ikut tokyah la''

sepintas tangan menampar manja kaki kurus yang bersuara tadi.

fikirnya bukan waktu membincangkan soal mati.

baru genap 4 bulan arwah pergi.

sedih dihati masih berbekas.

tidak mampu untuk ditambah lagi bilangan kesedihan.

''awak tak mau ikut tokyah ?''

''nak''

itu pengakhiran hidup. Cuma belum tahu bila.

Menanti dengan redha, bersama bekalan yang bakal dibawa.

Entahkan cukup entahkan tidak.

Doakan semuanya baik-baik sahaja.


Proses Pulang.

Monday, March 25, 2013

Bukan Lagi Solehah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 7:14:00 PM 1 kata-kata hebat !
Untuk hidup, perlukan pelbagai pengorbanan.


Untuk keselesaan pada masa mendatang, keselesaan sekarang harus dikorbankan.

Untuk kesenangan masa hadapan, kesenangan sekarang harus diketepikan.

Untuk menghindari rasa susah kemudian hari, rasa susah harus dilaluinya dulu.

Bukan langkah mudah untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Sokongan memainkan peranan utama.

Keluarga semestinya menyokong.

Tapi persekitaraan ?

Itu iblis nyata yang kadang kala dikaburi mata kesenangan dunia.

Untuk menjadi yang lebih baik itu mudah, mudah mengikut tingkat iman.

Insyaallah, kita sama-sama menjadi hamba.

Hamba yang ingin keredhaanNya.

Terima kasih buat mereka yang menyokong langkah awal kearah pembaharuan diri.

Semoga Allah merahmati kalian. Amin.



Wednesday, February 13, 2013

Menanti Jodoh dengan Doa

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:45:00 PM 0 kata-kata hebat !
Rela ku tunggu jawapanmu
Masihkah aku ada di hatimu

Saat ini..



Since everyone already got their boyfriend, my life are getting bored. But, I'm try to be such a positive girl. Which is I know, what ever it is. Allah knows everything. He know my jodoh. :)


  12122012 - Azzalea Batrisya

Since adik got engaged, mak selalu asking me about KAHWIN. Every day and worse every minutes ! Makk, anak mak ni bukannya tak laku tapi anak mak ni lebih suka berserah pada ketentuan Allah. What ever it is,Ad yakin.. Allah knows what the best, and He know who is my jodoh :)

  12122012 -Adlan Rafie       


'' Ibu, ibu yakin ke dengan keputusan ni ? "
" Yakin nakk, ibu dah serah semuanya pada Allah "
'' Ibu yakin Lea akan bahagia ? "
'' Insyaallah Lea, Lea yakin dengan qada dan qadar kan ? "
" Yakin bu "

Aku terima nikahnya Nur Azzalea Batrisya bt Afwan Hadi dengan mas kahwinnya sebanyak RM55.55 tunai.

'' Azzalea Batrisya ?? "
" SubhanAllah, awak suami saya ? ''


15 tahun sebelum...
Sekolah Rendah.

" Adyan suka tengok dia tu.. adyan suka dia maakk..semalam kan makk Adyan tulis surat bagi dekat dia..tapi dia tak balas pun surat Adyan maakk ''

'' Adyan anak mak yang baik kan ? Kalau Adyan suka dekat Azzalea, Adyan kena berdoa hari-hari bukan bagi surat hari-hari "



" Ibuu, hari ni ada orang bagi surat dekat Lea.. Lea dah lama suka dia bu.. nah bu baca surat ni "

" Azzalea, seorang muslimah yang baik, dia akan sentiasa doakan orang yang disayanginya tu.. bukan dengan seronok melayan surat macam ni "


Dulu awak tak balas pun surat saya kan.. tup tup dah jadi isteri saya.. Gembira saya tau - Adlan Rafie

Walaupun saya tak balas surat awak, tapi saya tak pernah putus doakan awak.. dan sekarang awak sah menjadi suami saya - Azzalea Batrisya

Jodoh tu kan rahsia Allah | Kyra




Monday, February 11, 2013

Emansipasi Wang

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 5:35:00 PM 0 kata-kata hebat !
Memandangkan cuti mid sem baru sahaja bermula, maka ayuh ! berekplorasi minda bersama !


Antara buku yang menjadi pilihan and hell yeah, bau kedai lagi :D 

by John Gray

by Jack Canfield, Mark Victor Hansan, and Amy Newmark

by Muhammad Muhyiddin

by Hilal Asyraf

by Ustaz  Kazim Elias

Emansipasi Masa dan Wang :)









Thursday, January 24, 2013

Life is Like Examination

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:38:00 PM 1 kata-kata hebat !
Kehidupan kita sebagai manusia umpama peperiksaan.

Banyak persoalan yang harus kita jawab untuk memastikan kita berjaya atau sebaliknya.

Peperiksaan dan Kehidupan.

Kalau kita diuji dengan soalan yang susah, itu dugaan dan ujian yang harus kita tempuhi.

Kalau kita sabar, bertahan, selalu ingat Allah dan kita mampu menjawab dengan betul soalan tersebut walaupun ia susah percayalah nescaya martabat kita diangkat tinggi.

Begitu juga sekiranya soalan tersebut senang.

Namun, harusnya kita ingat kadang kala yang senang itu yang membuatkan kita jatuh.

Yakin lah. Soalan susah atau senang yang diuji dalam kehidupan sebenarnya bukan kita yang tentukan. Tapi Allah yang tentukan.

Sekiranya anda dipilih oleh Allah untuk menjawab kesenangan, berhati hatilah. Untuk pastikan anda tidak gagal.

dan sekiranya Allah uji anda dengan kesusahan, bersabarlah dan berhati hatilah.Untuk pastikan anda lulus. 

Harus diingat.

''Sabar ketika senang, lebih susah berbanding sabar ketika susah.''


Friday, January 04, 2013

Cara Mengatasi Stress

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:49:00 PM 1 kata-kata hebat !
Cara Mengatasi Stress



sumber : iproduksi

Sunday, November 18, 2012

Arak dan Babi.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:52:00 PM 0 kata-kata hebat !
Arak dan Babi.


Komen / Feedback



hamba Allah yang 'latest' komen :  seburuk2 babi .. babi lah binatang yang paling ... tinggi kesesuaiannya dengan badan manusia ... sebab struktur jangtung manusia yang paling dekat adalah dengan struktur jantung babi ... hahhaa.. klaka kan tapi benar .. sebelum ada transplan jantung antara manusia dengan manusia ... pengkaji menggunakan jantung babi sebagai ... bahan uji .... dan ..................sebelum adrenalin sintetik ditemui .... berkurun lama kita merawat penyakit kencing manis menggunakan adrenalin babi ... yer .. pahamkan yang itu .. MAHA ESA tidak akan menjadikan satu benda tu yang buruk2 dalam buruk pasti ada cantiknya dalam cantik .. pasti ada buruk nya ... sesungguhnya ... DIA lah yang paling sempurna tiada duanya ....................... jangan terlalu streotaip dalam hal menghukum ... kerana segalanya adalah dari DIA .... dan pahamkan kembali ayat ....SEGALA YANG BAIK ADALAH DARI ALLAH DAN YANG BURUK DARI KELEMAHAN KITA SENDIRI ....... jangan disebabkan akal kita yang lemah alkohol dihukum sedemikian rupa ... hahahhahahahahhahaha

Baca ? What say you ?

do not take easy about hukum Allah,people.


Monday, November 12, 2012

Langkah.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:13:00 AM 1 kata-kata hebat !
Langkah.


Tiap detik, langkah itu pasti akan menuju. Menuju ke arah seterusnya.

Kadang kala kita sebagai hamba, hilang arah tuju seketika.

Namun tanpa kita sedar, walaupun begitu.

Langkah kita sentiasa diteruskan.

Seboleh bolehnya melangkah tanpa mahu berhenti.

Melangkah mencari yang abadi, melangkah mencari keredhaan Ilahi.

Teruskan melangkah. Hingga langkah terakhir diakhiri dengan

Asha du'alllah, illa ha ill lallah. Wa asha du an na Muhammad ma dan Rasullullah.


Monday, October 15, 2012

Manisnya, Perhubungan.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:33:00 PM 0 kata-kata hebat !
as sweet as relationship.



Anak Pak Ali, cucu Mak Tom,
Assalamualaikum.


Perhubungan yang disusuri ikhlas pasti manis rasanya. Perhubungan yang diselitkan dusta, pasti hempedu rasanya.Maka seimbangkan lah antara pahitnya hempedu dan manisnya ikhlas agar rasa dalam perhubungan itu kembali nuetral dan sedap-sedap manis.

Pastinya bosan jika sesuatu perhubungan itu terlalu sempurna. Mengejar kebahagian yang terlalu extream sehinggakan perasaan bosan itu hadir. dan semestinya tatkala bosan itu hadir, nescaya langkah untuk berkecai  sesebuah hubungan itu akan mula merekah.

Cemburu dan dicemburui. Sayang dan disayangi. Hormat dan dihormati.
Pastinya elemen itu perlu dalam sesuatu perhubungan.

Cemburu dan dicemburi. Mencemburui.

Itu merupakan perisa selingan yang menyedapkan citarasa sesebuah perhubungan itu sendiri.
Sudah pasti sesuatu perhubungan itu akan menjadi bosan sekiranya pasangan terlalu yakin dan percaya terhadap pasangannya. Tak salah andai kata memupuk perasaan kepercayaan. Tapi kadangkala, rengekkan cemburu itu bermain peranan penting dalam menyisipkan lebih lagi perasaan sayang dan cinta.

Sayang dan disayangi. Menyayangi.

Aspek penting dan tunggak dalam sesebuah perhubungan. Sudah pasti ianya perlu bukan,kerana untuk apa perhubungan itu hadir tanpa rasa sayang,disayangi dan ingin menyangi. Selitlah perasaan sayang itu sebaik mungkin. Selitlah dengan penuh kesederhanaan agar sayang tidak bertukar menjadi benci suatu  hari nanti. Lahirkan butir-butir sayang dengan benih yang ikhlas dan suci. Jangan cambahkan benih sayang yang diselitkan rasa ragu-ragu dan penuh dengan perasaan was-was. Yakinkan kasih sayang itu. Sayang kerana Allah, perhubungan kerana Allah. InsyaAllah, kekal until Jannah.

Hormat dan dihormati. Menghormati.

Antara perkara yang harus dan seterusnya wajib hadir dalam sesebuah perhubungan.Hormat menghormati antara pasangan. Hormat pegangannya, hormat apa yang disenanginya dan hormat apa yang kurang digemarinya.Hah top top la perhubungan itu andai kata 3 asas penting itu diselitkan.

Wajib berusaha, berdoa dan akhirnya tawakal.

Dalam mengecapi perhubungan jangalah lupa kepada Dia yang telah pinjamkan nikmat gembira dalam perhubungan. Antara anugerah yang dihadiahkan buat insan yang terpilih. Jadi setelah anda berusaha, berdoa dan seterusnya tawakalah agar kekal bersama.

doa ku utuskan.



Wednesday, July 25, 2012

Tazkirah Ramadhan : Ustaz Roslan Che Ros

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 8:56:00 PM 0 kata-kata hebat !




ceramah : 4 jenis nafsu yang diceritakan dan persoalan kenapa wanita lebih ramai di neraka sedangkan wanitalah yang paling senang masuk ke syurga.

Assalamualaikum.

Tadi ada sesi tazkirah Ramadhan bersama Ustaz Roslan Che Ros ( RCR ).
Bagi yang sering mendengar ceramah agama di radio-radio utara mahupun kuliah di tv,mungkin anda mengenali ustaz ini.

Syukur sangat sebab dapat bertemu kembali mendengar ceramah dengan ustaz rcr.
Lagi best tadi sebab dapat seat depan.
Line num dua.Memang nampak muka ustaz.

Yelah,kali terakhir dengar ceramah ustaz rcr pun masa program maulidur rasul di poly.
tu pun nampak ustza kecik ke kat depan tu sebab dewan kuliah dah penuh sangat dengan orang.
hinggakan buka opintu belakang pun terkena buntut orang.hehe


tadi dah try upload video.tapi xleh bukak :(



Saturday, May 19, 2012

Romantik ala Rasulullah

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:09:00 PM 4 kata-kata hebat !

assalamualaikum and Saturday smiling to everyone ! :)


alhamdulillah,kali ni saya ingin berkongsi tips tentang beromantik.Beromantik cara Rasulullah saw..Seperti yang kita telah sedia maklum,Rasulullah sendiri menjadi contoh teladan terbaik untuk menjadi seorang suami yang mencintai dan menghargai isteri.Antara tips yang boleh diamalkan ialah ;


  1. Bersegera menemui isteri jika tergoda
    • Daripada Jabir,sesungguhnya Nabi saw pernah melihat seorang wanita,lalu Baginda masuk ke tempat Zainab lantas menunaikan keinginan Baginda kepadanya.Setelah itu,Baginda keluar dan bersabda yang bermaksud ; " Apabila seseorang antara kamu melihat seorang wanita yang menarik,hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut " ( riwayat al - tarmizi )
  2. Bergilir minum pada tempat yang sama
    • Aisyah r.h.a pernah berkata " Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid,lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku,lalu Baginda minum.Kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya,kemudian Baginda mengambilnya daripadaku lalu Baginda pun menghirupnya " ( riwayat Abdul Razzaq dan Sa'id bin Mansur )
sememangnya ini adalah salah satu komunikasi nonverbal yang ditonjolkan oleh Baginda.Lihatnya betapa indahnya kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah.Bahasa tubuh sebenarnya lebih efektif bagi menyatakan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri.

Tapi kepada yang belum kahwin tu,bersabarlah ye,jangan aplikasi kepada kekasih pula.Mungkar jadinya :)
Yang baik kita kongsikan,yang buruk kita perbaikikan.

sumber : solusi

Friday, May 18, 2012

Petanda Suci Selepas Haid dan Nifas

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:23:00 PM 7 kata-kata hebat !
assalamualaikum and happy weekends guys ! :)



 kali ni nak sentuh sikit bab yang kadang kala kita sebagai wanita terlalu ambil mudah dengan perkara ni.Pernah kan ada cecair jernih keluar di alat kelamin anda ? cecair apa tu ? kena mandi hadas tak ? bersih tak ? boleh bawa solat tak ?

sebenarnya,apabila menjelang hari-hari akhir tempoh haid dan nifas,warna darah haid dan nifas akan berubah secara beransur-ansur kepada warna yang lebih cerah.Menurut ahli ulama,ada dua cara untuk mengetahui dan memastikan bahawa seorang wanita itu sudah suci dari darah haid dan nifas iaitu ;

  1. Cecair berwarna putih ( al Qassah al-Baida' )
    • selalunya cecair ini akan keluar bila hari terakhir haid.
    • ini membuktikan bahawa anda sudah suci dari darah haid.
  2. Kering ( jaf )
    • selain dari petanda keluarnya cecair berwarna putih sebagai tanda suci,terdapat juga satu lagi petanda iaitu kering daripada sebarang warna merah atau warna darah.
    • ia boleh diperiksa dengan memaksukkan sejenis kain kapas berwarna putih ke dalam vagina.
    • jika tiada sebarang warna darah yang keluar,maka wanita itu boleh segerakan mandi hadas dan seterusnya melakukan ibadah lain.
  • Cecair keruh atau kuning selepas mandi wajib
    • tidak lagi dikira berada di dalam tempoh haid atau nifas kerana cecair yang keluar selepas tempoh waktu haid atau nifas tidak lagi dikira sebagai haid atau nifas.
  • Cecair keruh atau kuning sebelum haid
    • sekiranya ini berlaku,ianya belum lagi dikira sebagai haid dan dia wajib mengerjakan ibadah
    • jika keluar cecair berwarna hitam dan berbau busuk tepat dalam tempoh haid,maka wanita tersebut dikira berada dalam tempoh haid

sekarang anda semua tidak lagi ragu-ragu tentang permasalahan ini.kongsikan bersama rakan-rakan yang lain. :)

sumber : solusi

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea