Sunday, June 14, 2015

Persoalan Kehidupan yang Bakal Terjawab

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 10:53:00 AM
14/6/2015.


story will be a history.

bila bukak facebook, 

dulu, penuh gambar tunang - menjadi tunangan orang

kemudian, penuh gambar bersanding - bertandang

sekarang, gambar bakal bakal ibu ayah, bakal bakal waris dan ada pun berstatus ibu ayah.

dan

aku terfikir, dah tiga phasa rupanya. Dan aku masih di sini, 

di sini yang masih mencari tapak utuk berdiri kukuh.

Apa aku yang lambat untuk bangun berjaya atau mereka yang memilih muda dalam setiap perkara ?


lalu aku lempar,

lemparkan semua minda yang ada, memikirkan..

apa yang aku ada ?

dari segi asetnya, dari segi tahap ilmunya, dan dari segi ekonomi kerjanya.

aku ada ? semua, tapi bukan sepenuhnya.


dan tiba-tiba, 

aku diberi satu tarikh.

untuk aku pilih ya atau diam, tanda belum bersedia.


sumpah, aku mahu. tapi kadang rasa diri belum bersedia.

lalu aku serah pada Yang Esa,

seperti mana aku pernah terdetik dulu.

'' aku takkan fikir hal ini, biar masa menentukan dan ia akan berjalan seperti hendakNya ''


namun, 

tika masa itu semakin hampir, kenapa aku pilih untuk menangguh ?

dan air mata menitis

tanda 1001 rasa.

yang ada gembira sedih suka gusar dan segalanya.

Kepada Dia aku berserah, untuk menentukan yang terbaik buat hambaNya yang bernama Hanis Nabilah dan Muhammad Rizuan.

Semoga dalam lindungan Ilahi.

1 kata-kata hebat !:

Anonymous said...

Hi Kyra Ismera, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea