Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Friday, March 23, 2018

Sesudu Teh & Gula Sudah Mencukupi

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 12:27:00 PM 1 kata-kata hebat !

Aku lihat warna teh itu hitam, bukankah warna teh sepatutnya coklat pekat sedikit merah. Susah untuk aku gambarkan warna teh dalam penulisan.


Tapi aku yakin semua orang pernah melihat warna air teh o.

Perlahan-lahan aku cuba menghirup air teh o itu. Rasanya tanpa gula boleh buat muka sedikit pelik dahi berkerut, itu semestinya.

Berapa banyak gula yang perlu aku letakkan supaya menepati citarasa ?

Dalam hidup ini adakala rasanya seperti minum teh tanpa gula.

Mungkin rasanya seakan-akan tidak boleh menerima dan ada sedikit tekanan jika hati tidak tenteram.

Dan waktu itu, kau perlu tambahkan gula dalam kehidupan supaya kau dapat rasa kemanisan dalam hidup.

Hidup ini sukar untuk aku gambarkan. Kali pertama mungkin akan ada banyak pertikaian, kenapa rasanya begitu, tapi lama kelamaan bila kau mula sedar kewujudan gula dalam kehidupan.

Pada aku sesudu teh dan gula sudah memadai kerena tidak terlalu manis dan tidak terlalu pekat.

Kerana itulah hidup yang aku dahagakan. Di dalam kesederhanaan ada kebahagian


Credit : HafizKhalifaChannel

Tuesday, January 02, 2018

Sayang [1]

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:14:00 PM 0 kata-kata hebat !
Demi kamu, aku coretkan juga. 

Untuk seketika, aku dikelilingi rasa bahagia yang luar biasa. 

Mimpikan putera yang manis senyumnya, baik perwatakkannya. Namun terselit sakit derita. 

Pada mulanya biasa saja, entah bila dan bagaimana kita mula suka sama suka. Kau cuit aku, aku cuit kau. Akhirnya sama-sama ketawa gembira. 

Masih aku ingat momen kita berdua, senyuman manja dan kau tak lekang dengan usik mengusiknya. 

Tahu, ada yang tak suka, namun kau biarkan saja. Tetap juga kau layankan aku dengan baiknya. Kau berikan aku senyum bahagia, hingga aku leka ianya cuma sementara. 

Hingga seketika, aku dikhabarkan kau telah tiada. Belum sempat bersua muka untuk terakhir kalinya, kau pergi juga tinggalkan cinta. 

Hanya surat buat pengubat luka. Moga kau tenang di sana ya.




Monday, July 24, 2017

Rindu yang Sakit

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 2:24:00 PM 0 kata-kata hebat !


Rindu.

Satu kata kerja. Mengikut Kamus Dewan Edisi Kedua, rindu didefinasikan sebagai (1) perasaan(berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dengan seseorang. (2) Dendam perasaan sangat cinta atau kasih.


Sakit.
Adjektif. Juga melalui Kamus Dewan Edisi Kedua, sakit merupakan (1) berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagian kerana sesuatu sebab. (2) berasa sedih(susah), sengsara.



Rindu yang sakit,

Perasaan (berasa) sangat/ingin bertemu dengan seseorang tapi ianya berasa sedih (susah) sengsara.

Kerna rindu itu sakit.

Ubat hanya doa, dan kenangan yang ada. 

Alfatihah.

Hj Osman Hj Yahaya
(2012/11/25)
Dalam ingatan




Indah indah bawa bertandang,
Pucuk pauh kicap manis,
Rindu siang bawa bertandang,
Rindu malam bawa menangis






Monday, May 11, 2015

Catatan

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:43:00 PM 0 kata-kata hebat !
Kehidupan yang mewarnai, menggambarkan perasaan hati.


Gabungan warna yang meng-ghairah-kan menghasilkan satu intipati jiwa yang berseri.

Dengan rahmat ini, tubuh itu masih berdiri di atas kaki sendiri sambil tersenyum.

Senyum yang mengambarkan dia punya kehidupan yang ter-istimewa.

Melengkapi dilengkapi dan ia mewarnai setiap lukisan hati.

Terus mewarnai, dan mengembirakan hati.

Kerna satu hari, segalanya hadir dengan satu yang sempurna dan lengkap tanpa cacat cela.

Rahmat ini, syukur hendaknya Tuhan.

dan moga terus menyinari.


Saturday, January 18, 2014

Wajah Hampir Sama. Adakah Dia Jodohku ?

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 9:49:00 PM 2 kata-kata hebat !




Bismillah.

Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Benarkah begitu ?

Jodoh itu rahsia Tuhan, mana mungkin ditebak begitu. 

Bagaimana pun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan bahawa tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya, jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh saling mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang dilakukan oleh seorang psikologi. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumah tangga namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai kontak yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya, jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

Mingguan Wanita, 04-10 Muharram 1435 Hijrah


 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea