sort of life - kyra |
Hening suasana pagi. Sejuk mencengkam hingga ke tulang. Tubuh sayu tu masih lagi terjaga matanya. Satu persatu gambar ditenung. Jauh mengingati memori silam yang berjaya melahirkan kegembiraan, namun pengakhirannya penderitaan. Selimut ditarik menutupi keseluruhan badan. Air mata mengalir perlahan, seolah-olah mengikuti perlahannya masa untuk dipanggil esok hari.
'' awak matahari saya ''
'' kenapa saya matahari awak ? ''
'' matahari sentiasa memberikan cahaya pagi yang membawa semangat, cahaya teriknya tengahari membawa kesabaran dan cahaya petang memberikan kedamaian ''
'' tapi itu belum lengkap, kerana matahari hilang pada waktu malam ''
senyum.
'' lengkap. sekiranya awak mengiktirafkan saya bulan. ''
'' bulan ? ''
'' ya bulan, bulan yang bakal melengkapkan kitaran hidup. Hilangnya matahari, munculnya bulan yang memberi sejuta makna harapan ''
sejuta makna harapan ?
Air mata jatuh menitis lagi. Kini dia umpama bulan yang masih menanti mana hilangnya mentari matahari. Matahari dan bulan yang dahulunya melengkapkan hari. Kini sayu meninggalkan malam.
0 kata-kata hebat !:
Post a Comment