Wednesday, December 05, 2012

Saat.

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 4:04:00 PM
Reactions: 
Runtuhan rindu. Saat kenangan itu menghembus.
Bersama kita kongsi rasa, dahulu.

Saat kau hadir mengusap kelabu jiwa.
Senyuman menggoda, buat aku tertawa.

Kasih tiada tandingnya,
Ingat lagi aku,

Di tengah jalan itu, kau
gadaikan nyawa.

Demi aku.

Kau abaikan kerlingan tajam.
Saat aku dikendong ke mana saja kau berada.

dan, sekarang.
kau sengaja tinggalkan memori 

Buat aku terpinga,
Mencari mana hilangnya wira.

dan akhirnya.
aku sedar.

kau sebenarnya tiada.
dan tenang tersenyum di sana.

redha, utus fatihah 
buat peneman di sana.

0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea