Saturday, August 09, 2014

Perubahan Zaman | Merindui, Dirindui

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:15:00 PM
Reactions: 



A.w.b.t

Perubahan zaman, zaman modenisasi. Terlalu moden hingga menyusahkan.

Sungguh, bila berjumpa masing-masing sibuk dengan gadjet.

Tapi bila tak berjumpa, sibuk untuk arrange 'lepak'

Lepak kejadah ?

Sungguh, aku rindu zaman aku buta IT.

Aku buta apa itu FB,

Aku buta apa itu YouTube.

yang dulu pada aku, internet adalah antara bahan terpantas dalam mencari sumber.

Zaman Yahoo jadi kegilaan, bukan Google.

Sungguh, aku rindu zaman berkomunikasi gaya sistem pesanan ringkas.

Tiada voice note, tiada whatsapp.

Tiada last seen ! Haha.

Zaman yang aku rindu, zaman itu.

Zaman aku yang buta dengan kelalaian dunia.

Sungguh, jauh dihati - aku pingin kembali guna telefon bimbit tanpa warna.

Apa orang kata ?

Telefon campak anjing ? 

Hah, yang itu.

Yang tiada sebarang aplikasi sosial yang melalaikan.

Sungguh aku rimas, 

Kerna aku bukan jenis bercinta dengan telefon.

Paling aku rimas, bebal - bila aku pegang telefon - notifikasi whatsapp yang bukan sikit bilangannya - 3 yang mininum dan maksimum 9.

Allahu !

Belum lagi panggilan tak terjawab, notifikasi email, SMS.

Haih.


0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea