Thursday, August 28, 2014

Resipi | Chocolate Moist Cake | Senang dan Sedap

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 1:22:00 AM
Reactions: 





A.w.b.t

Ehem.. Tadi petang buat Chocolate Moist Cake with Cream Cheese Filling. Bukan makan pun sebenarnya, tapi seronok nak buat, seronok tengok orang, seronok tengok orang puas makan.

Alhamdulillah, resipi ni dah lama guna. Lagi lagi dekat ganache tu.. umphh.. berkilat, pekat and yummy !

Ayuh mulakan !

Apa yang awak awak perlukann ialahhh :

Bahan A :

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan gula 
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh asen vanilla
3 biji telur

Cara-cara memasak :

1. Masak kesemua Bahan A sehingga sebati ( tak nak berketul ). Sejukkan
2. Pukul telur sehingga kembang ( kelihatan buih-buih putih)
3. Masukkan Bahan A yang telah dimasak.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama bikarbonat
5. Kukus selama 1 jam 10 minit. Pastikan air didih tu dah mendidih panas kukus.

*pastikan loyang ditutup dengan aliminium foil/plastik/kain supaya wap air tak masuk.
*jangan buka penutup pengukus semasa memasak.

Susu cair tu kalau engkorang malas keluar kedai, boleh aje engkorang bancuh susu tepung tu. Tadi guna 3 scoop untuk bancuh susu.

Lepastu, kalau engkorang rasa engkorang dah cukup manis, engkorang tak payah la letak gula. Engkorang adjustlah susu pekat tu lebih sikit atopun engkorang kurangkan gula.

Tadi tak guna gula pun, just adjust susu pekat bagi lebih sikit. Sebab kitorang tak suka sangat manih manih. :D

Chocolate Ganache :

1. 300gm coklat
2. 1 sudu besar susu pekat
3. 1/2 cawan susu cair
4. 2 sudu butter
5. 1//4 cawan air panas

Cara memasak :

Kaedah double boiler.

1. Masukkan susu cair dengan susu pekat. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan coklat yang dipotong dadu sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Matikan api, masukkan butter.

adunan ganache yang pertama tu boleh la tuang sikit sikit dekat kek tadi, sebab nak bagi dia serap masuk. Barulah moist !

tapi tinggalkan separuh, untuk topping ye !

1. Lebihan ganache tadi, masak kembali kaedah double boiler, masukkan air panas.
2. Kacau hingga pekat.
3. Tuang atas kek sebagai topping.

Cream cheese tu boleh je korang beli yang dalam tupperware kat kedai kek. Masukkan dalam piping bag/plastik lauk tu then picit atas kek.

Kalau tak nak cream cheese pun boleh, taburkan chocolate rise atau chocolate chip atau apa apa lah yang engkorang rasa engkorang nak letak atas kek tu :D

Mudah kan ? Selamat mencuba yaw ! Kalau jadi kek engkorang tu, jangan lupa share sikit gambo kek tu..

hehehee..

hmm, tangan ambe keras, tak reti nak bagi cun cun. Lebihan ganche tu cam comot sikit. Nanti engkorang pepandailah adjust bagi molek molek ye.





shinning tu yang cantik. Senget benget tu engkorang abaikan lah. Nak masuk perut jugak kan ? Iye dok ?


7 kata-kata hebat !:

ASaDa RyutaRo said...

macam senang je nak buat.. tapi saya nak makan je boleh x?

poskan please... lalala~

Hanis Rahim said...

Atete Asadaa.. pos ye ?

Payment double lah.. boleh ?

Alah, mintak je cik isteri buatkann.. Baru sewittt :D

Mudah cepat dan senang !

Busyra Bt Takiyudin said...

waa. sedap tuuu

Hanis Rahim said...

Boleh la cuba nanti :)

pastu boleh kongsi kat sini kan.. hehe

hidayu ayumie said...

uh sedap2.. dah penah try resepi ni jugak... sudi2 lah singgah teratak usang sy.. budak baru belajar http://hidayuayumie.blogspot.com/

Miss Sasu said...

salam perkenalan..

jemput ke blog saya

Emma Naeema said...

macam best jer....nak try la resepi kyra pulak harap lebih moist...:)

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea