Wednesday, March 03, 2010

Katakan Ianya Cinta (part1)

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:13:00 AM

Pertemuan secara tidak sengaja dengan lelaki itu di perpustakaan awam tadi sedikit sebanyak merubah kotak ketenangan hatinya.Tengku Zainal,yang baru dikenali tadi telah berjaya merobek kenangan lalu bersama ayahandanya.Namanya persis nama anak Dato Zamaluddin yang dahulunya tidak kedekut dengan senyuman berubah menjadi pendiam dan lebih suka memerap di dalam bilik selepas kematian ibunya,Datin Rosmah disebabkan terlibat dengan kemalangan jalan raya.Jirannya itu telah berpindah ke ibu kota setahun selepas kemalangan yang tragis itu.Sampai sekarang dia tidak berhubung dengan bekas jirannya dahulu.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata terakhir arwah ayahnya yang memberi ‘wasiat’agar dia mencari kembali keluarga Dato Zamaluddin.Sampul putih yang bernama Dato Zamaluddin masih lagi di dalam simpanannya.Belum lagi diserahkan kepada tuan punya surat tersebut.Bingung memikirkan wasiat terakhir ayahnya.

“Nur Qistina..tolong bawakan fail projek terbaru syarikat kita dengan Salam Holdings”
Interkom di sudut tepi mejanya berbunyi lantas mematikan lamunannya.Pantas tangannya mencari fail projek yang diminta.Sudah menjadi tugasnya menyemak fail-fail projek terbaru sebelum dibentangkan semasa meeting board.Menjadi kelebihan bekerja di bawah syarikat ini kerana syarikat ini lebih suka bekerjasama dengan syarikat yang diterajui oleh golongan bumiputra.Secara tidak langsung membantu bangsa sendiri untuk lebih maju.

“Nur..minggu depan mungkin minggu terakhir saya berkhidmat di sini”
“Minggu depan?tapi kenapa Dato?”terpempan seketika dengan kenyataan bosnya sebentar tadi.Dia sudah selesa berkerja dengan Dato Mustapha.
“Saya dah lama berkhidmat di sini.Sudah tiba masanya saya mengundur diri dan memberi peluang kepada anak saudara saya untuk menunjukkan potensi dalam bidang pengurusan bisnes ni..”walaupun usia telah menjangkau 50-an tetapi wajahnya tidak menggambarkan usia sebenarnya.Mungkin disebabkan sifatnya yang sering tersenyum dan selalu bersenam.
Nur menganggukan kepala apabila mendengar kata-kata Dato Mustapha.Terselit kebenaran di setiap kata-katanya.
“Jadi anak saudara Dato akan mengantikan tempat Dato?”hatinya berdetik persoalan.Kenapa tidak diserahkan sahaja jawatan itu kepada anak bujangnya?Setahu dia Dato Mustapha mempunyai seorang anak lelaki tunggal.
“Ya..esok saya perkenalkan kepada awak.Esok dia akan datang ke pejabat untuk mengetahui sedikit sebanyak hal urusan pejabat sebagai persedian awal..saya harap supaya awak dapat membantunya dalam hal urusan pejabat sebab dia masih baru dalam bidang ini”Dato Mustapha mematikan lamunannya dengan senyuman yang manis.
“InsyaAllah..saya akan membantu setakat yang mampu..”tidak berani memberi janji yang pasti sedangkan dia juga baru dalam bidang ini.


0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea