Wednesday, March 03, 2010

Katakan Ianya Cinta (part2)

menulis seikhlas sejujurnya oleh Kyra Ismera at 11:15:00 AM

“Nur..dengar kata bos kita nak 'pencen' .Betul ke apa yang aku dengar?”
“Mana kau tahu hal ni?”Hairan.Dato baru sahaja memberitahu kepadanya.Bagaimana Elyana sudah tahu?Dengarkah dia perbualan tadi?Ke aku orang terakhir yang tahu hal ini?Hatinya bergerutu sendiri.
“Semalam masa lunch aku terserempak dengan Fazy..Dia yang khabarkan pada aku..Beria-ria dia bercerita dekat aku..katanya anak saudara Dato yang akan ganti tempat dia..entah betul ke tidak aku pun tak tahu..kau tahu la kan si Fazy tu..Berita apa yang dia tak tahu..”
“Betul..baru je tadi Dato bagi tahu aku..katanya esok anak saudara dia akan melawat pejabat”
Elyana hanya mengangguk dan meneruskan kerjanya yang terbantut tadi.Mungkin dia juga seperti aku.Memikirkan kerenah bos baru dan melupakan kebaikan bos sekarang.Nur melepaskan satu keluhan.


Trafic jam membuatkannya penat dan letih.Beginilah putaran hidup di kota raya.Penuh dengan kemudahan dan tak lupa juga keburukan kemudahan-kemudahan tersebut.Fikirannya melayang ke kampung.Apalah khabar ibu ketika ini.Ibunya membuat keputusan untuk menetap di kampung selepas kematian ayahnya.Ibunya menetap di rumah peninggalan arwah neneknya.Lantas di dail number ibunya.Bergunung rindu terasa.
“Assalamualaikum ibu..”
“Walaikummusalam..Nur sihat?”suara girang ibunya membuatkan rindunya sedikit terubat.
“Anak ibu ni sentiasa sihat..ibu..Nur rindu ibu..”rengeknya.Manja!
“Kalau rindu baliklah kampung..boleh ibu masak masakkan kegemaran Nur..Lagipun along nak balik minggu depan..”
“Iye ke ibu?Seronoknya..baiklah ibu minggu depan Nur balik..”
Talian dimatikan selepas salam di beri.Teringat akan alongnya yang jauh di negara orang demi mengejar cita-cita.Hanya mereka dua beradik yang sering menyuntik semangat ibu.Ibu sering kesunyiaan selepas ayah kembali ke rahmahtullah.Ayahnya meninggal kerana sakit ulser perut.Akhinya Nur tertidur bertemankan air mata kerinduan dan kenangan manis bersama ayahnya.Kenangannya mati apabila terdengar bunyi hon dari arah belakang.Seraya dia mengucap kalimah Allah bagi menghilangkan rasa terkejut.


“Perkenalkan ini anak saudara saya Aliff Idham yang bakal mengantikan tempat saya”Dato Mustapha memperkenalkan ’waris’nya sebaik sahaja Nur masuk ke dalam biliknya.
“Nur Qistina Alesya”
“Aliff Idham”
Tangan mereka bersatu tanda permulaan perkenalan.
”Nur,mungkin saya akan bersara awal dan mungkin juga dalam minggu ini Aliff akan masuk kerja.Saya harap segala dokumen dan kertas kerja yang lalu sudah lengkap dan jika ada sebarang masalah awak boleh rujuk Aliff”Itulah personaliti Dayo Mustapha.Tegas dan cekap dalam membuat kerja.Dia tidak suka kerja yang dibuat separuh.Itulah yang membuat Nur kagum dengan bosnya.

0 kata-kata hebat !:

 

KYRA ISMERA Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea